Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ up, a. see ~ out (sense a.); b. dispose of o’s property, menjual segala harta benda: he sold up and migrated to Australia, dia menjual segala harta bendanya dan berhijrah ke Australia; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : it’s a good scheme, and the union should be able to ~ it to the management, itu ialah skim yg baik dan pihak kesatuan harus dapat membuat pihak pengurusan menerima skim itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ to; ~ /so., st/, continue so., st about the capabilities etc of so., st, /membuat/ /sso, sst/ menerima /sso, sst/: (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ out of, habis [sso] jual: sorry, we have sold out of his cassettes, maaf, kasetnya telah habis kami jual; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ st out, a. dispose of o’s shares in a business, menjual semua: after falling out with his partner, he sold out his share of the business, selepas berselisih faham dgn rakan kongsinya, dia menjual semua sahammya dlm perniagaan itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : c. (of a saleable item) habis dijual: all the tickets for the match have sold out, semua tiket utk perlawanan itu telah habis dijual; d. betray a country or cause, membelot kpd: he was accused of ~ing out to the enemy, dia dituduh membelot kpd pihak musuh; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : b. dispose of the whole supply of st, menjual [sst] sampai habis: the shirts are a real favourite with the youngsters, we’ve sold out, kemeja itu benar-benar menjadi kegemaran anak-anak muda, kami telah menjualnya sampai habis; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ out, a. dispose of o’s shares in a business, menjual semua syer saham/ sso: when the company’s shares fell to sixty cents, he decided to ~ out, apabila harga saham syarikat itu jatuh menjadi enam puluh sen, dia mengambil keputusan utk menjual semua sahamnya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ off, menjual; (cheaply) jual murah: the company has sold off some of its less profitable subsidiaries, syarikat itu telah menjual beberapa anak syarikatnya yg kurang mendatangkan keuntungan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ for, see ~ at; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ down; ~ /so., st / down the river, (colloq) mengkhianati/ sso, sst/; (o’s country) menjual: he would ~ his own brother down the river if he had to, dia sanggup mengkhianati adik kandungnya sendiri jika terpaksa; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : these apples ~ at fifty cents each, buah-buah epal ini dijual dgn harga lima puluh sen sebiji; ~ st at, menjual sst dgn harga; ~ st at a loss, menjual sst dgn harga yg merugikan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ at, dijual dgn harga: these paintings should ~ at more than a hundred dollars a piece, lukisan-lukisan ini boleh dijual dgn harga lebih drpd seratus ringgit sebuah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ /os, so./ short, present in too poor a light, merendahkan diri: don’t ~ yourself short! You’re much more skilful than he is, janganlah merendahkan diri! Kamu lebih pandai daripadanya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : b. sacrifice o’s principles in a dishonourable way, menjual maruah sso: the police had sold themselves to the Mafia, polis telah menjual maruah mereka kpd kumpulan Mafia; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ os, a. promote os, menonjolkan diri: one has to be able to ~ os to a prospective employer, seseorang haruslah pandai menonjolkan diri kpd bakal majikannya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 5. (colloq), (usu pass.) cheat, kena /jual, tipu/: I think you’ve been sold, saya fikir kamu telah kena jual; 6. hold stocks for sale, menjual: excuse me, do you ~ children’s clothes?, maafkan saya, adakah kamu menjual pakaian kanak-kanak?; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. cause to be acceptable to, meyakinkan: you’ll have to ~ your boss this idea, kamu mesti meyakinkan bos kamu ttg idea ini; you’ll never be able to ~ that proposal to the electorate, kamu tdk akan dapat meyakinkan para pemilih dgn cadangan itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. cause people to buy, melariskan, melakukan: Professor Wu’s name on the book helped to ~ it, nama Profesor Wu pd buku itu membantu melariskannya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : there are those who would ~ their principles for lucrative positions, ada orang yg sanggup mengorbankan prinsip mereka utk mendapatkan kedudukan yg menguntungkan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : my brother agreed to ~ me his lawnmower, abang saya bersetuju menjual mesin rumputnya kpd saya; 2. give up for o’s own benefit or advantage, menjual; (o’s principles, chastity) mengorbankan: she sold herself for money, dia menjual maruahnya utk mendapatkan wang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. give, offer for sale (to), menjual [sst], menjual [sst] kpd [sso]: they decided to ~ the house and move to another town, mereka memutuskan utk menjual rumah itu dan berpindah ke bandar lain; the officer was accused of ~ing information to the enemy, pegawai itu dituduh menjual maklumat kpd pihak musuh; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. be marketable, laku, laris: this gadget is sure to ~, alat ini pasti laku; his books are ~ing well, buku-bukunya sangat laku; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi 1. make a sale, menjual: the new employee certainly knows how to ~, pekerja baru itu benar-benar tahu bagaimana hendak menjual; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. swindle, catch, penipuan: that watch is a complete ~, it’s never worked properly, jam itu betul-betul satu penipuan, krn selalu saja rosak; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n (colloq) 1. act of selling, penjualan: we shall adopt soft-~ methods, kita akan menggunakan kaedah penjualan secara lembut; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : b. (usu pass.) sell the whole supply of, habis dijual: the first edition of the book was sold out within a month, edisi pertama buku itu habis dijual dlm masa sebulan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sell


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya Hafez dari Bandar Baru Bangi. Saya nak tanya makna perkataan kleptokrat / kleptokrasi? Terima kasih.Salam sejahtera, Kleptokrasi terdiri daripada perkataan ‘klepto’ iaitu pencuri dan ‘cracy’ yang bermaksud pemerintahan. Terma kleptokrasi mula digunakan oleh sarjana sosiologi iaitu S. Andreski dalam beberapa tulisannya seperti The African Predicament: A Study in the Pathology of Modernisation. Andreski (Ellis 2008:451) merujuk kleptokrasi sebagai “a system of government [that] consists precisely of the practice of selling what the law forbids to sell”. Takrifan Andreski tersebut, secara literalnya kleptokrasi difahami sebagai satu sistem kerajaan yang mengandungi amalan ‘menjual apa sahaja yang dilarang oleh undangundang’. Hal ini bermaksud bahawa fungsi organ-organ kekuasaan dalam kerajaan ditentukan oleh mekanisma permintaan dan penawaran atau supply and demand dan bukannya undang-undang dan peraturan. Dalam erti kata lain, kleptokrasi adalah berdasarkan sistem pasaran. Kekuasaan yang dimiliki oleh kerajaan ditukar dengan sogokan dan wang demi memperoleh keuntungan dan kekayaan peribadi pemerintah. Fungsi kerajaan telah bertukar daripada memberi perkhidmatan kepada rakyat kepada menjalankan perniagaan demi kepentingan peribadi pemerintah. Hal ini mengakibatkan sumbersumber awam dilarikan oleh individu yang dinamakan kleptokrat melalui amalan rasuah untuk kepentingan peribadi. (Petikan di ambil daripada artikel prosiding Kerajaan Kleptokratik Pasca Reformasi dan Impaknya terhadap Pendemokrasian di Malaysia dan Indonesia oleh Mohd Izzuddin Nazaruddin & Mohamad Agus Yusoff (2017). E-Proceeding of the 6th International Conference on Social Sciences Research 2017)Lain-lain25.05.2018
Saya keliru dengan ayat ini : "Bagaimanakah anda menjana gelagat staf anda untuk mencapai kemerlangan organisasi?" Adakah "menjana gelagat" dalam ayat / soalan ini maksudnya sama dengan "to empower" dalam B. Inggeris ? Harap pihak tuan dapat membantu menjelaskan.

1.     "empower” membawa maksud : =vt memberikan kuasa kpd, memberi [sso] kuasa: he ~ed his lawyer to sell his house, dia memberikan kuasa kpd peguamnya utk menjual rumahnya; he is ~ed to act on behalf of the organization, dia diberi kuasa utk bertindak bagi pihak organisasi itu.

 2.     "menjanakan" pula memberi makna = menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; 

3.     Kamus Dewan pula mendefinikan perkataan “gelagat” sebagai :a) tanda (akan terjadinya sesuatu): melihat ~nya, perang dunia mungkin akan meletus juga; b) tingkah laku, gerak-geri: ~nya membayangkan bahawa ia tetap akan mempertahankan maruah keluarganya.  Jadi di sini dapatlah disimpulkan bahawa menjana gelagat tidak membawa makna "to empower" dalam bahasa Inggeris. Sekian, terima kasih.    

 

Makna25.06.2008

Kembali ke atas