Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seluas

Peribahasa

Sukakan kemenyan,
     dibakar.

Bermaksud :

Sukakan pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan seluas-luasnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
boleh guna " seluas dengan stadium" ataupun "sama luas dengan stadium" atau " seluas stadium"? mana betul?Yang betul ialah seluas stadium atau sama luas dengan stadium.Tatabahasa21.09.2009
Salam sejahtera..... Di sini saya ada beberapa keraguan tentang penggunaan bahasa yang memerlukan penjelasan dan tujuk ajar pihak tuan. 1) Yang manakah ayat berikut benar penggunaan bahasanya? i) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu sama luas dengan gelanggang bola jaring ini. ii) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu seluas dengan gelanggang bola jaring ini. 2) Saya sering menghadapi masalah ketika menerangkan penggunaan imbuhan me...kan dengan me...i dan me.... pada situasi ayat yang berlainan. Namun muri-murid saya tetap keliru dan kurang memahami. Berikut, saya memetik beberapa ayat contoh yang menimbulkan keraguan. i) Emak sedang menghiaskan ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajar mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemui sebentuk cincin di halaman rumah. Sedangkan jawapan yang saya peroleh ialah : i) Emak sedang menghiasi ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajarkan mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemukan sebentuk cincin di halaman rumah. Justeru, saya amat memerlukan tunjuk ajar pihak tuan agar dapat membantu saya merungkai masalah saya. Penjelasan ini amat penting bagi saya memantapkan pengajaran saya dalam bahasa Melayu serta keberkesanan tahap kefahaman murid saya...... Sekian, terima kasih daun keladi dan salam sejahtera........1. Dari segi tatabahasa, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. Untuk imbuhan me-kan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Untuk pengetahuan Puan, buku-buku rujukan yang diterbitkan oleh penerbit luar (bukan DBP), kebanyakan mereka tidak sangat mementingkan penggunaan tatabahasa yang betul.Tatabahasa15.05.2010
Adakah struktur ayat-ayat dan ejaan berikut betul : 1) Kediaman impian yang dipenuhi ketenangan. 2) Gaya hidup selesa dan eksklusif di samping kawasan menghijau. 3)24 unit kediaman eksklusif dengan privasi tinggi. 4) Kediaman mesra alam. 5)Taman Desa Ros Residensi, dibina dengan visi yang ingin menawarkan kehidupan eksklusif, persendirian dan tanpa sempadan antara penghuni dan alam semula jadi. Terletak di tengah-tengah kawasan seluas 2.8 ekar, 24 unit rumah semi-D dua tingkat, dikelilingi lanskap kehijauan yang menenangkan

Sila buat permohonan untuk pengesahan sah bahasa iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/

Terima kasih.

Tatabahasa27.07.2018
Saya ingin memohon pandangan tentang betul atau salah penggunaan struktur bahasa melayu dan maksud "Maritim Malaysia" bagi meringkaskan nama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. 1. Adakah betul penggunaan ringkasan ini? kerana maksud maritim malaysia di dalam kamus adalah berbeza dengan tujuan APMM gunakan nama itu dan tidak melambangkan identiti sebuah agensi penguat kuasa. 2. Adakah penggunaan "maritim malaysia" ini sesuai digunakan terhadap sebuah agensi penguat kuasa yang bertaraf antarabangsa? 3. Adakah penggunaan ini memenuhi maksud struktur bahasa melayu bagi menyampaikan maksud oleh APMM? sebagai contoh ayat yang digunakan "Maritim Malaysia adalah merupakan sebuah agensi penguat kuasa maritim yang melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di kawasan Maritim Malaysia seluas 64,000 km persegi".Pengejaan nama khas dalam bentuk singkatan boleh dibuat dalam dua kaedah, iaitu singkatan seperti yang sedia ada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia diringkaskan menjadi APMM dan keduanya akronim, bentuk gabungan kependekan yang boleh disebut sebagai perkataan seperti Mara untuk Majlis Amanah Rakyat. Oleh itu, kami berpandangan penggunaan singkatan APMM mencakupi maksud perkataan yang terkandung di dalamnya dan sebarang perubahan nama seperti Maritim Malaysia melibatkan banyak aspek lain khususnya pentadbiran serta perundangan. Dari aspek bahasa, Maritim Malaysia bukan singkatan atau akronim.Lain-lain16.07.2025
Assalamualaikum wbt Tn. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan dengan perkara berikut: Adakah istilah PERsampelan atau PENsampelan yang perlu digunakan dalam penulisan tesis pada bahagian metodologi kajian. Terima kasih.Penggunaan "pensampelan" dan "persampelan" bergantung pada maksud dan konteks penggunaan. Pensampelan bermaksud proses, kaedah atau tatacara memilih sampel secara rawak. Persampelan bermaksud benda atau perkara yang dijadikan sampel atau penerangan mengenai sampel yang diambil secara rawak. Contohnya:

item sampling - pensampelan butiran (bidang Pendidikan)

Proses menguji kesahihan soalan peperiksaan dengan cara mencubanya terlebih dahulu pada sampel kumpulan sasar.

sampling site - tapak persampelan (bidang Pertanian)

Kawasan kecil yang digunakan sebagai sampel bagi kawasan yang lebih luas. Contohnya, bagi ladang seluas seribu hektar, beberapa tapak persampelan diambil daripada kawasan yang kecil untuk mewakili keseluruhan lading.
Istilah15.08.2016
Assalamualaikum dan selamat pagi Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan 'untuk' bagi ayat majmuk pancangan komplemen dan penggunaan 'untuk' bagi frasa preposisi. Saya agak keliru dengan kedua-dua perkara tersebut. Maklum balas dari pihak dbp saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Untuk sebagai kata hubung pancangan kompleman berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama.

Contoh:
Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.
Untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil.

Untuk sebagai kata sendi nama (preposisi) pula ialah menunjukkan kegunaan sesuatu dan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan.

Contoh: 
Derma untuk anak-anak yatim akan dipungut. (kegunaan)
Tanah seluas dua ekar itu untuk kami. (maksud bahagian yang ditentukan)
Tatabahasa13.12.2020

Kembali ke atas