| Pilih ayat yang betul. I Guru angkat Arisa selalu memberikan nasihat tentang pelajaran kepada keluarga Arisa. II Kakak dari menara gading disambut meriah oleh seluruh ahli keluarga. III Warga sekolah yang penyayang sentiasa membantu kelas dan menyelesaikan masalah. IV Adik angkat itu saling menghormati dan bersedia untuk membantu antara satu sama lain. A. I dan III B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV Apakah jawapan untuk soalan ini? Sila memberikan penjelasan untuk ayat yang salah. Terima kasih. | Tiada ayat yang betul. Kesemua ayat yang diberikan tidak lengkap dan tidak tepat dari segi konteks ayat. Sila rujuk buku Tatabahasa di bawah tajuk “Ayat” untuk melihat pembentukan ayat yang betul. | Tatabahasa | 17.04.2026 |
| Betulkah ayat ini? 1.Amir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka. 2.Pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.Apakah penjodoh bilangan bagi kumpulan bola sepak? | Jawapan: 1.Amir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka. 2.Pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut. Apakah penjodoh bilangan bagi kumpulan bola sepak? Jawapan: Pasukan bola sepak | Lain-lain | 08.10.2014 |
| Kajian menunjukkan bahawa lebih kerap ahli keluarga makan bersama-sama, maka lebih rendahlah kemungkinan anak-anak terbabit dalam gejala sosial. Adakah istilah kerap dalam ayat ini boleh digantikan dengan selalu? kalau tidak, mengapa? terima kasih! | Dalam konteks ayat tersebut, perkataan kerap lebih sesuai untuk digunakan. Merujuk kepada Kamus Dewan, "kerap" ditakrifkan sebagai: acap kali, berkali-kali, selalu, sering. Manakala "Selalu" ditakrifkan sebagai: sentiasa, selamanya, sepanjang masa. "Selalu" juga ditakrifkan sebagai seluruh, semua, terus dan langsung. Oleh itu, ayat yang dibina, perlulah mengikut konteks. | Lain-lain | 28.09.2020 |
| Salam, saya ingin bertanya mengenai dua soalan. Pertama, tentang kamus Melayu-Inggeris yg tersedia dlm kamus DBP dalam talian. Adakah terdapat kamus Melayu-Inggeris setiap edisi? Macam mana utk mencari dan menggunakannya? dan adakah DBP sudah tidak menyediakan sebarang kamus Melayu-Inggeris, kamus Oxford, kamus dwibahasa yg lama dan terkini, dan lain-lain yg berkaitan? Soalan kedua, kenapa DBP kurang memerhatikan sudut istilah dan kosa kata bahasa Melayu, dan kurang berperanan dlm penyumbangan kosa kata bahasa Melayu? Terutamanya dlm "Terjemah Google" atau "Google Translate", dek " Terjemah Google" sgt meluas penggunaannya dlm masyarakat antarabangsa. Saya lihat, bahasa Indonesia mendahului drpd bahasa Melayu dlm sudut kosa katanya. Utk padanan kata "look" saja, bahasa Indonesia memiliki 19 padanan kata iaitu 7 utk kata nama dan 12 utk kata kerja, manakala bahasa Melayu hanya memiliki 4 padanan kata. Sangat mengecewakan, memandangkan bahasa Melayu itu merupakan induk, dan seharusnya lebih kaya kosa kata drpd bahasa yg dilahirkannya. Bolehkah ahli DBP cuba utk memperkenalkan, memperkayakan dan menyumbang kosa kata yg byk kpd "Terjemah Google" supaya seluruh kosa kata bahasa Melayu dikenali, dikagumi, malah bahasa kebangsaan kita dpt dimartabatkan di persada antarabangsa. Sekian, terima kasih dan salam sejahtera! | Sila rujuk lampiran | Penyelidikan | 14.07.2023 |