Tolong beri takrif - Bandingan Semacam berserta senarai bandingan semacam | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Namun melalui carian di Internet, kami temukan beberapa maklumat yang boleh membantu saudara. Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan. Bandingan semacam pada umumnya digunakan dengan perkataan macam, seperti, bagai dan laksana. Contohnya adil macam hakim, angkuh macam merak dan bebas macam burung.
| Tatabahasa | 13.03.2013 |
Mutakhir ini, liberalisasi semacam menjadi penyelesaian mudah dan mantra terbaru buat pemimpin. Apa makna perkataan mantra. | Dalam istilah puisi mantra sama dengan mantera iaitu kata atau ayat yang apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib. | Makna | 25.10.2009 |
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak anda kerana bertindak balas dengan serta merta setelah pertanyaan saya dihantarkan. Kecuali dari peribahasa, ada apa lagi tajuk yang saya boleh rujukkan untuk mendapat maklumat tentang bandingan semacam atau bahasa kiasan seperti pertanyaan yang saya buat sebelum ini? Terima kasih. | Buku-buku yang mungkin boleh dijadikan rujukan saudara ialah: 1. Peribahasa Sekolah Menengah , Asiah Abdul Rahman, DBP 2008. 2. Kamus Peribahasa Melayu ke Inggeris edisi kedua, Shamsuddin Ahmad, PTS 2007. 3. Minda Melayu, Penyelenggara Anwar Ridhwan, DBP 2008. 4. China- Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun, Abdul Rahman Hj Ismail, DBP 2001 Ada judul yang saya tidak ingat , ditulis oleh Amir Muslim, tentang peribahasa Melayu dan peribahasa Inggeris yang sepadan/sesuai. Mungkin buku ini boleh dicari di kedai buku di luar DBP. | Penyelidikan | 27.04.2011 |
Selamat sejahtera tuan/puan. Adakah perkataan "tandas" merujuk kepada tempat membuang air sahaja, ataupun perkataan tersebut juga bermaksud benda yang digunakan untuk membuang air? Adakah "mangkuk tandas" merujuk kepada seluruh benda (termasuk paip air dsb) ataupun bahagian yang semacam mangkuk? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, tandas bermaksud bilik khas (di tempat awam, sekolah, pejabat, dan sebagainya) tempat membuang air (yang dilengkapi dengan mangkuk tandas, sink, dan sebagainya), atau disebut bilik air. Mangkuk tandas sesuatu seperti mangkuk bentuk atau rupanya digunakan sebagai tempat buang air besar atau buang air kecil di tandas. | Makna | 12.10.2012 |
Salam Sejahtera, saya seorang pelajar Universiti dan sedang membuat kajian bandingan Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina tentang gaya bahasa dan bahasa kiasan. Adakah DBP menerbit sebarang bahan rujukan yang terdapat senarai A-Z bagi bahasa kiasan atau bandingan semacam? contohnya Adil seperti Hakim dll sampai Zalim seperti Firaun? Walaupun saya dapat cari bahan-bahan tersebut di mana-mana laman web dari google dll,tetapi semua bahan tersebut dikemas oleh individu yang bukan pakar dalam bahasa.Tatabahasa Dewan juga tiada maklumat dan bahan yang saya ingin cari,saya pernah melawat DBP KL dan cuba mencari senarai atau bahan yang saya sebut diatas tetapi akhirnya gagal juga. Terima Kasih. | Harap maaf. Buku yang khusus tentang kiasan bandingan seperti yang saudara maksudkan tiada dalam senarai penerbitan DBP. Yang ada ialah buku tentang peribahasa secara umum. Saudara boleh merujuk kepada Perpustakaan Negara tentang buku tersebut. | Penyelidikan | 26.04.2011 |
Assalamualaikum dan selamat pagi, Saya tidaklah ingin bertanya cuma saja nak berkongsi rasa. Daripada penelaahan saya dalam kamus Inggeris Melayu Dewan, banyak contoh yang diberi seolah-olah satu kod rahsia. (macam da Vinci Code). Sebabnya, contoh yang berkaitan politik dan keselamatan negara semacam sudah dijangka akan berlaku. Hanya yang terlibat dalam pembikinan kamus ini pasti tahu jawapannya. Sekadar rasa hati, bukanlah kepercayaan yang pasti. Sekian, terima kasih. Selamat maju jaya sidang KNDBP yang smart2, cun2, comel2, macho2 dan anggun2... Wassalam...hihihi... | Terima kasih atas pandangan saudara. Segala pandangan daripada pengguna bahasa amat dihargai bagi meningkatkan lagi mutu produk dan perkhidmatan kami. | Lain-lain | 30.05.2013 |
Selamat petang, Adakah wujudnya perkataan 'obses' dan 'pemerdagangan' dalam bahasa Malaysia? | Istilah obses tidak ada dalam bahasa Melayu, yang diterima pakai ialah obsesi yang bermaksud 1. sesuatu yg sentiasa mengganggu atau menghantui fikiran seseorang: segera dapat saya tangkap semacam ~ dlm kepala teman itu; 2. keadaan terlalu memikirkan sesuatu. Istilah pemerdagangan boleh digunakan dan ada dalam istilah ekonomi sebagai padanan kepada commercialization. | Istilah | 20.04.2010 |
apakah maksud "sida" | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, sida ialah gelaran orang daripada keturunan bangsawan; sida-sida sl 1. pegawai dlm istana (semacam pendeta); 2. pegawai dlm istana yang telah dikasi (dikembiri); menyidai sl mengasi, mengembiri. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
Keluar atau ke luar? Saya agak bingung bila menggunakan perkataan ini. Dalam ayat berikut yang manakah betul? a) Sejak pemergian anaknya keluar negeri, ia termenung sahaja. b) Memohon keluar negeri c) Dia berjalan keluar melalui pintu belakang. soalan seterusnya bagaimana membezakan dan lain-lain (dll) dengan dan sebagainya (dsb). Saya ucapkan terima kasih atas keterangan yang akan diberi kelak. | Keluar dan ke luar dalah perkataan dalam bahasa Melayu dan kedua-duanya mempunyai perbezaan. Keluar ialah bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya:2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll):3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll): 5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): 6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll): 8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll). Manakala ke luar pula ialah ke sebelah luar. a) ke luar negeri b) ke luar negeri c) keluar melalui pintu belakang. Lain-lain itu maksudnya tidak sama. manakala sebagainya bermasud untuk, bagi 2. jadi, menjadi, selaku:; 3. bertindak spt, selaku: demikian pula, lebih-lebih lagi: a) lain-lain serupa (semacam) itu: b) sepatutnya:. T.kasih. | Lain-lain | 08.09.2008 |