saya ingin mengetahui ayat songsang yang manakah betul jika ayat susunan biasa ialah: Ayah memancing ikan semalam. A) Memancing ikan semalam ayah. B) Semalam, ayah memancing ikan. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima sekiranya dikemukakan dalam peperiksaaan SPM? | Kedua-dua jawapan tersebut adalah betul dan jika hal yang berkaitan dengan peperiksaan, sila rujuk Majlis Peperiksaan Malaysia. | Tatabahasa | 03.03.2011 |
( Mengapakah , Bagaimanakah ) dia tercedera semalam ? Apakah jawapan yang betul ? Boleh berikan sebabnya. Terima kasih. | Mengapakah dia tercedera semalam? Soalan ini bermaksud apakah yang menyebabkan dia tercedera? Bagi soalah "Bagaimanakah dia tercedera semalam? " bermaksud dengan cara apakah dia tercedera? Dalam hal ini kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks yang berbeza. | Tatabahasa | 02.10.2009 |
1.Mereka sudah mempelajari teknik menjawab soalan dengan betul semalam.( aktif) 2.Teknik menjawab soalan dengan betul sudah dipelajari mereka semalam.(pasif) 3.Teknik menjawab soalan sudah dipelajari semalam dengan betul(pasif). ayat pasif no. 3 betulkah? atau ayat no 2 lebih tepat? | Ayat no.2 lebih tepat. | Tatabahasa | 04.02.2008 |
Perbezaan semalam dengan kelmarin. Mohon penjelasan. T.kasih | Saudara Zulkifli, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kelmarin bermaksud sehari sebelum hari ini, semalam. Perkataan semalam bermaksud 1. satu malam: kalau ke kampung nanti, tidurlah di rumah nenek barang ~; 2. sepanjang malam: maka ~ itu Hang Tuah pun berhikayat pelbagai cerita; 3. hari sebelum hari ini, kelmarin: ~ kami pergi berkelah ke Port Dickson; Oleh yang demikian, kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang sama. | Makna | 05.08.2009 |
Saya ingin bertanyakan soalan berkaitan ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.. Apakah perbezaan antara; 1. Surat itu telah saya tulis semalam.. 2. surat itu saya telah tulis semalam penggunaan kata bantu dalam ayatyang telah dipasifkan harus berada di kedudukan sebelum atau selepas KGND? 1. saya telah makan semalam? atau telah saya makan semalam? diharapkan pihak PRPM dapat membantu saya.. | Hukum Aneksi Persona ialah peraturan yang menetapkan frasa kerja pasif diri pertama atau kedua, iaitu kedudukan ruang di antara kata ganti nama diri pertama atau kedua dengan kata kerja pasif tanpa awalan tidak boleh diselitkan sebarang kata. Sebagai contohnya, ...akan saya baca ....[_/] , saya akan baca [ x].. Frasa yang betul ialah ...telah saya tulis semalam. | Tatabahasa | 30.08.2013 |
Salam, Semalam emak saya ada mengunakan satu ayat iaitu "Dia telah di cabok" dan saya kurang pasti apa itu cabok. Apa yang emak saya bilang pada zaman dulu ayat cabok selalu digunakan. Apa yang diberitahu oleh emak saya, cabok ada tali ikan ekor pari yang digunakan dipenjara?. Saya kurang pasti, saya minta pihak tuan/puan boleh menjelaskan apakah ayat cabok ini seakan sebatan ? Fain | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah cabok tidak ditermui, yang ada ialah cabuk yang bermaksud 1. buruk dan tidak berguna lagi: kasut yg sudah ~ dibuangnya; 2. bp rendah kedudukannya atau kurang dikenali (dihormati, disegani dsb): aku hanyalah seorang pegawai ~; 3. rendah nilainya atau kurang bermutu (bkn sesuatu benda): aku naik kereta ~ saja, lainlah engkau. | Istilah | 26.10.2010 |
Puan, 1) Adakah perkataan "suntuk" hanya boleh digabungkan dengan perkataan "sehari' dan " semalam" iaitu "sehari suntuk" dan "semalam suntuk" ? 2) Tolong semak kesalahan dalam ayat di bawah :- Sudah dua hari suntuk dia membantu ibunya di bendang. Terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, suntuk bermaksud ;1 sudah sampai pada hadnya sehingga tidak dapat diteruskan lagi; telah terlampau atau terlewat waktunya; terlambat: Kita tidak sempat menyiapkan memorandum itu kerana masa sudah suntuk. sehari suntuk = sepanjang hari; semalam suntuk = sepanjang malam. 2 tidak panjang; pendek; singkat: suntuk akal tidak dapat berfikir lagi; pendek akal. tersuntuk tidak dapat maju atau tidak dapat mara lagi; terhalang; tertahan. kesuntukan 1 keadaan atau hal suntuk. 2 telah suntuk (waktu, wang dan lain-lain); mengalami keadaan suntuk; kehabisan atau kesempitan (wang, masa dan lain-lain). Ayat "Sudah dua hari suntuk dia membantu ibunya di bendang." betul. | Tatabahasa | 30.05.2013 |
hari ini lebig baik dari semalam? | Hari ini lebih daripada semalam. | Tatabahasa | 22.11.2008 |
merujuk kepada jawapan no.14, sekiranya saya beri contoh seperti berikut: I) saya TELAH belajar bahasa Melayu semalam. II) saya PERNAH belajar bahasa Melayu semalam. soalannya, tepatkah makna kedua-duanya? | Encik Ahmad Sabri, Jika mengikut bahasa Melayunya, perkataan pernah dan telah adalah pengaruh bahasa Inggeris. Tanpa penggunaan kedua-dua perkataan itu memberi makna yang sama. Cuma dalam bahasa Melayu ia akan lebih jelas dan mudah jika gunakan, semalam saya belajar bahasa Melayu | Tatabahasa | 11.10.2010 |
Adakah ayat ini betul: Tugas itu telah mereka siapkan semalam | Ayat "Tugas itu telah mereka siapkan semalam" adalah betul. | Tatabahasa | 20.05.2013 |