Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera Tuan, saya mempunyai satu soal,yang mana betul,mengapa? dari semasa ke semasa atau daripada semasa ke semasa. Terima Kasih Tuan.Jawapan yang betul ialah “dari semasa ke semasa”.

Kata sendi nama “dari” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. 

Manakala kata sendi nama “daripada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. 

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (DBP, 2015) halaman 265 – 272.
Lain-lain10.09.2024
Tuan/Puan Inginkan kepastian: 1. dari masa ke semasa; 2. dari semasa ke semasa; 3. daripada masa ke semasa atau 4. daripada semasa ke semasa Terima kasih.

Puan Ruzaina, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. daripada soalan yang diberikan penggunaan yang tepat ialah dari semasa ke semasa atau dari masa ke masa. terima kasih.

Tatabahasa10.03.2009
salam..saya ingin bertanya tentang perkataan 1)dari semasa ke semasa 2) pada setiap masa adakah 2 perkataan ini sama maksud atau berbeza? apakah perbezaan antara dua perkataan itu dan contohnya..Waalaikumussalam. Perkataan “dari semasa ke semasa” dan “pada setiap masa” berbeza maksudnya. Perbezaan boleh dilihat dalam contoh ayat yang berikut: i. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa ii. Dia menjaga ibunya setiap masa di hospital Sekian. Terima kasih.Tatabahasa14.06.2017
dari semasa ke semasa/ dari masa ke semasa?dari masa ke masa/ dari semasa ke semasaTatabahasa22.12.2008
dari masa ke semasa atau dari semasa ke semasa?

Tuan,

Istilah yang sesuai digunakan ialah dari semasa ke semasa.

Tatabahasa26.09.2011
Assalamualaikum. Yang mana satu adalah betul, "dari semasa ke semasa" atau "dari masa ke semasa"? Terima kasih.salam.

"dari semasa ke semasa"
Tatabahasa18.10.2012
dari semasa ke semasa atau dari masa ke semasa....yang mana betul?Yang betul ialah 'dari semasa ke semasa' atau 'dari masa ke masa'.Tatabahasa11.05.2008
"SEMASA KE SEMASA" ATAU "MASA KE SEMASA"? MANA YANG BETUL??????????? DATUK K, SABAH.Yang betul ialah, dari masa ke masa dan dari semasa ke semasa.Tatabahasa11.02.2008
dari masa ke masa dari semasa ke semasadari masa ke masa dari semasa ke semasaTatabahasa17.09.2008
Mohon pecerahanan penulisan yang betul, "dari masa ke semasa" atau "dari semasa ke semasa". Maklum balas amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah dari semasa ke semasaTatabahasa05.10.2020
12345678910...

Kembali ke atas