Saya ingin menanya tentang perkataan "semata-mata". 1. Kedai ini bukan sebuah kedai herba Cina semata-mata. 2. Kedai ini bukan semata-mata kedai herba Cina. - Yang mana betul? - Apakah golongan kata bagi perkataan "semata-mata." | "semata-mata" sama makna dengan "hanya". Ayat yang tepat ialah: Kedai ini bukan semata-mata kedai herba Cina... semata-mata/hanya - kata tugas | Tatabahasa | 01.10.2012 |
Ayat manakah yang betul? (1) Kesimpulannya,kita haruslah.......agar Wawasan 2020 yang sering dilaung-laungkan tidak ditinggalkan semata-mata laungan kosong. (2).....agar Wawasan 2020yang sering dilaung-laungkan tidak ditinggalkan laungan kosong semata-mata . | kedua-dua ayat tersebutadalah kurang tepat, ayat tersebut sepatutnya berbunyi - ... agar Wawasan 2020 yang sering dilaung-laungkan tidak tinggal laungan kosong semata-mata . | Tatabahasa | 11.09.2008 |
Apakah golongan dan bentuk kata bagi perkataan semata-mata, sepatut, padahal dan termasuk(tergolong dalam)? Terima kasih. | Selamat ptg. Golongan dan bentuk kata bagi perkataan: 1. Semata-mata - kata terbitan 2. Sepatut - kata tugas 3. Padahal - kata hubung 4. Termasuk - kata terbitan /kata kerja Saudari boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lebih lanjut. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 02.03.2016 |
adakah frasa 'hanya ibu bapa sahaja /semata-mata itu salah? | Dalam satu ayat yang baik, penggunaan 'hanya' dan 'sahaja' tidak disekalikan. Sekiranya menggunakan 'hanya', tidak disusuli dengan 'sahaja' kerana dianggap lewah. 'Hanya' yang disusuli dengan 'semata-mata' juga dianggap lewah. | Tatabahasa | 24.05.2011 |
Salam, saya ingin bertanyakan kata pemeri. Apakah kata pemeri yang sesuai untuk ayat ini? Kisah yang dipamerkan di kaca televisyen itu _________ rekaan semata-mata. Terima kasih. | Kata pemeri yang tepat ialah "ialah". Kisah yang dipamerkan di kaca televisyen itu ialah rekaan semata-mata. | Tatabahasa | 13.09.2013 |
Adakah terdapat perbezaan antara penggunaan tanda baca bahasa Inggeris dan bahasa Melayu? Penggunaan semicolon (noktah bertitik), hyphen (tanda sempang), dash (tanda sengkang) dan sebagainya? Sebagai contoh, Najib terluka; dia tahu Sarah berbuat demikian semata-mata untuk melukakan hatinya. Atau Najib terluka. Dia tahu Sarah berbuat demikian semata-mata untuk melukakan hatinya (yang lazim ditulis). Terima kasih | Untuk penggunaan tanda baca dalam bahasa Melayu, gaya penerbitan DBP berpandukan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga dalam Bab 6. Semicolon atau tanda koma bertitik(;) digunakan seperti yang berikut: (a) Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. (Contoh ayat: Malam makin larut; kerja masih banyak.) (b) Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya. (Contoh ayat: Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik.) (c) Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. (Contoh ayat: Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za`ba, disesuaikan ke dalam bentuk buku teks; ada yang menerapkan teori-teori baharu.) (d) Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, terutama jika bahagian-bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma. (Contoh ayat: Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diucapkan sabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.) Berdasarkan huraian di atas, contoh yang tuan/puan berikan tidak sesuai menggunakan tanda koma bertitik dan perlu dipisahkan dengan tanda noktah. | Tatabahasa | 04.12.2018 |
Semua pungutan tol hendaklah digunakan oleh pemegang lesen semata-mata untuk penyelenggaraan sempurna jalan yang mana orang awam dibenar untuk menggunakannya. ADAKAH PENGGUNAAN PERKATAAN "DIBENAR" DI DALAM AYAT DI ATAS TEPAT? ATAU PENGGUNAAN "DIBENARKAN" SEPATUTNYA DIGUNAKAN? | dibenarkan | Tatabahasa | 24.12.2008 |
Apakah penggunaan perkataan 'perawi' khusus untuk pencatat hadis nabi semata-mata. Bolehkah ia menjadi maksud umum sebagai pencatat / pencerita? | Perawi dalam bahasa Melayu mempunyai dua maksud, iaitu: pertama, orang yang meriwayatkan hadis, dan kedua, orang yang bercerita atau pengarang cerita. | Makna | 28.11.2012 |
Salam sejahtera, Adakah "Mere Receipt" sesuai diterjemahkan sebagai "Resit tanda", "Resit Mer" atau "Resit semata-mata"? Jika tidak, sila nyatakan pendapat anda. "Merereceipt" adalah sejenis resit yang dikeluarkan oleh pihak bank. Contoh ayat: The terms of the Contract of Mere Receipt Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang mere receipt dalam pangkalan data kami. Kami juga tidak menemukan sebarang maklumat melalui carian di internet. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.01.2018 |
Hakim Lau juga tidak menerima hujah Pejabat Peguam Negara bahawa permohonan itu bersifat akademik semata-mata berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April lalu bahawa SPR dan bukan Speaker mempunyai hak untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi pilihan raya. Apakah maksud 'bersifat akademik' dalam petikan tadi? | Bersifat atau mengenai ilmu pengetahuan. | Lain-lain | 22.10.2009 |