Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sémbang) perbualan, percakapan: bertali-tali borak dan ~ mereka menjelang waktu petang; bersembang berbual, berborak, bercakap-cakap: kita sama-sama ~ tiap-tiap malam di tembok itu dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; akar meroyan ~ sj tumbuhan (ben-dalu), akar asam tebing darat, akar (daun) ketam, akar segunja, daun bajang, serundang, Anadendrum montanum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /sémbang/; bersembang bercakap-cakap atau berbual-bual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembang (kata nama)
Bersinonim dengan perbualan, percakapan, borak, obrol;,
Kata Terbitan : bersembang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SALAM SEJATERA.SAYA SUB INSPEKTER KARUNAKARAN PEGAWAI PENYIASAT KOMERSIAL DARIPADA IPD SEPANG.SAYA SEDANG MENYIASAT SATU KES PENIPUAN.SEBAGAI BAHAN BUKTI SAYA ADA 1 RAKAMAN VIDEO DUA LELAKI INDIA SEDANG BERSEMBANG DALAM BAHASA INDIA.SAYA NAK BUAT TRANSKRIP APA YANG MEREKA SEMBANG KE DALAM BENTUK TULISAN DALAM BAHASA MELAYU/BAHASA INGGERIS UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI BAHAN BUKTI DI MAHKAMAH.ADAKAH PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA?DENGAN SIAPAKAH SAYA PERLU MERUJUK PERKARA INI?HARAP PIHAK TUAN DAPAT BANTU SAYA.SEKIAN TERIMA KASIH.Untuk makluman tuan, khidmat membuat transkrip tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat Bahasa disediakan khusus bagi membantu pengguna menangani masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan, istilah dan tatabahasa.Lain-lain22.05.2013
Hai, apakah terjemahan bagi "Shoutbox"? Ini adalah untuk penggunaan laman web mudah alih. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk shoutbox. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah ruang bual atau ruang sembang.Istilah24.10.2012
Assalamualaikum, Saya ada dua soalan 1. Apakah perbezaan antara rangkai kata dengan frasa? 2. Dalam Kamus Dewan, hampir semua perkataan yang digunakan oleh masyarakat bahasa dirakam atau didokumentasikan. Jadi ada perkataan yang boleh digunakan dalam bahasa Melayu yang betul atau standard dan sebaliknya. Bagaimanakah pengguna bahasa dapat mengenali atau membezakan perkataan-perkataan yang boleh digunakan dalam bahasa Melayu standard berbanding perkataan-perkataan yang tidak sesuai digunakan berdasarkan entri dalam kamus?

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rangkai kata ialah kelompok beberapa kata. Frasa bermaksud kumpulan kata yg membentuk unit sintaksis sesuatu klausa.

2. Untuk mengenali atau membezakan perkataan yang boleh digunakan dalam bahasa Melayu standard dalam Kamus Dewan, saudara boleh melihat pada label  bp (bahasa percakapan) sebagai pemakluman kepada pengguna supaya menggunakan kata berkenaan sesuai dengan konteksnya. Maknanya kata yang berlabel bp tidak sesuai digunakan dalam situasi rasmi, tetapi tidak salah digunakan di luar konteks rasmi, seperti di kedai kopi, di rumah atau semasa bersembang-sembang dengan rakan sebaya. Saudara juga boleh merujuk Pendahuluan Kamus Dewan Edisi Keempat,  halaman xv untuk keterangan lanjut.   

Tatabahasa09.07.2010

Kembali ke atas