Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.ba.rang] | سمبارڠ

Definisi : apa (asal, siapa, dll) sahaja, se-barang, asal sahaja: Hayati orang bersuku, berhindu, berkaum kerabat, bukan ~ orang; sembarangan dgn begitu sahaja, tidak me-nentu, tidak dgn usul periksa, tidak memilih: abang tidak patut menuduh ~ spt itu; buku itu agak ~ isinya dan agak liar gayanya; menyembarangi melakukan dgn sem­barang-an (tidak dgn usul periksa, ikut suka, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.ba.rang] | سمبارڠ

Definisi : apa-apa atau sesiapa saja; asal saja; sebarang: bukan ~ orang orang yg ada kelebihannya atau keistimewaannya. sembarangan ti­dak dgn usul periksa; dgn begitu saja; tidak dgn pilih-pilih lagi: Jangan suka menuduh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembarang (kata tugas)
Bersinonim dengan apa sahaja, apa-apa pun, sebarang, asal sahaja, siapa sahaja;,
Kata Terbitan : sembarangan, menyembarangi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan "sebarang" dan "sembarang" mempunyai penggunaan yang sama? Adakah penggunaan kedua-dua perkataan ini tepat dalam ayat-ayat di bawah? 1. Kerajaan tidak akan memperkenalkan sebarang/sembarang cukai baharu pada tahun ini. 2. Masyarakat tidak dibenarkan untuk menyebarkan sebarang/sembarang maklumat yang boleh menggugat ketenteraman awam.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sebarang bermaksud
a) bukan yang biasa sahaja;
b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dan lain-lain);
c) bukan apa-apa; sebarangan lazimnya digunakan dalam istilah bagi padanan arbitrary dalam bahasa Melayu. 

Manakala sembarang pula bermaksud apa-apa atau sesiapa saja; asal saja; juga bermaksud sebarang.

Oleh itu, dalam ayat ini tidak perlu digunakan perkataan "sebarang" atau "sembarang".

Ayat yang tepat: 
1. Kerajaan tidak akan memperkenalkan cukai baharu pada tahun ini.
2. Masyarakat tidak dibenarkan untuk menyebarkan maklumat yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Lain-lain09.09.2021
Sila semak perkataan "sembarang" dalam ayat di bawah sama ada betul atau salah dari segi penggunaan istilah. 1. Remaja yang kulitnya berminyak pula tidak perlu menggunakan sembarang pelembap.Tidak perlu gunakan perkataan "sembarang".

Ayat yang tepat: Remaja yang kulitnya berminyak pula tidak perlu menggunakan pelembap.
Lain-lain07.09.2021
Mohon pihak DBP berikan jawapan untuk mengelakkan kekeliruan. Ayat & perkataan manakah yang betul? 1. bicara bukan SEBARANG bicara 2. dia bukan orang SEMBARANGAN Saya keliru untuk menggunakan perkataan SEBARANG, SEBARANGAN, SEMBARANG & SEMBARANGAN.Merujuk Kamus Dewan, sebarang bermaksud a) bukan yang biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dan lain-lain); c) bukan apa-apa; sebarangan lazimnya digunakan dalam istilah bagi padanan arbitrary dalam bahasa Melayu; sembarang bermaksud  apa-apa atau sesiapa saja; asal saja; juga bermaksud sebarang; dan sembarangan bermaksud tidak dengan usul periksa; dengan begitu saja; tidak dengan pilih-pilih lagi. Berdasarkan maksud yang diberikan kedua-dua ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa07.01.2011
Salam. Saya ada beberapa soalan yang perlukan penjelasan daripada pihak DBP untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. 1. hukum-ahkam ATAU hukum-hakam. (mana yang betul?) 2. kaucakapkan ATAU kau cakapkan. 3. mengabarkan ATAU mengkhabarkan. (contoh ayat yang saya jumpa: Pelayar berambut kerinting macam mayang pinang, tersenyum manis mengabarkan berita.) 4. sebarangan ATAU sembarangan (contoh ayat: Lantaran itu, Salleh mengingatkan diri agar jangan mudah berkata sebarangan.) 5. sebarang ATAU sembarang (contoh ayat: Jangan sekali-kali mudah mengeluarkan perkataan kepada sebarang tempat.)

1. Perkataan yang betul ialah hukum-hakam.

2. Ejaan yang betul ialah kau cakapkan.

3. Perkataan yang betul ialah mengkhabarkan. 

4. Merujuk contoh ayat yang diberikan, perkataan yang betul ialah sembarangan. 

5. Merujuk contoh ayat yang diberikan perkataan yang betul ialah ... sembarang/sembarangan tempat ....

Tatabahasa06.01.2011

Kembali ke atas