Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.be.ro.no] | سمبرونو

Definisi : 1. tidak hati-hati (tidak difikirkan baik-baik), sembarangan sahaja, kurang teliti: melakukan sesuatu dgn ~; 2. kurang sopan (perkataan, perbuatan), kurang manis (dlm erti kiasan); menyemberonokan melakukan sesuatu dgn kurang teliti (kurang sopan, kurang manis, sembarangan, dll); kesemberonoan 1. perihal semberono (sem-barangan); 2. kelalaian, kelengahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
semberono (adjektif,)
Bahasa Asal :Jawa
1. Bersinonim dengan tidak berhati-hati: sebarangan, kurang teliti, sembalewa, cemekap, gubas, subal, cerabah, gabal, gaser, sambrana, tidak cermat, sambil lewa, sembarangan, sesuka hati, cincai, lebih kurang, asal ada, tidak bersungguh-sungguh, sambilan, sambil lalu,
Berantonim dengan teliti

2. Bersinonim dengan kurang sopan: kurang manis, biadap, gasang, kasar, lucah, gegabal, rampus, hokhak,
Berantonim dengan sopan

Kata Terbitan : menyemberonokan, kesemberonoan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah DBP kini ambil sikap lepas tangan dgn penggunaan BM yg 'entah apa2'? Sakit betul telinga bila radio dan TV gunakan perkataan 'diorang' dan 'kitaorang' secara berleluasa. Bayangkan penggunaan dialog 'kitaorang dgn diorang best giler'. Dulu dituturkan dlm program2 drama saja (anehnya drama dari syarikat penerbitan bukan Melayu dgn pelakun2 utama bukan Melayu seringkali lebih prihatin untuk gunakan perkataan 'mereka' dan 'kami'). Tapi kini program bual-bicara yg sepatutnya lebih bersifat akademik juga gunakan istilah itu. Apalagi program bersifat santai spt 'mad market' dan 'supper' di TV9. Rasanya TV9 memang jaguh dgn penggunaan BM semberono. Saya ingin cadangkan supaya DBP adakan anugerah tahunan bagi penggunaan BM terbaik utk stesen TV dan radio. Sebagai permulaan mungkin dalam dua kategori iaitu drama dan bual-bicara. Selain itu boleh juga umumkan stesen yg 'paling menghina BM'. TOLONG......TOLONG DBP. HENTIKAN PROGRAM BULAN BAHASA KEBANGSAAN NI. KEMPEN NI CUMA LAYAK MASA AWAL2 MERDEKA DULU. TAPI SELEPAS LEBIH LIMA DEKAD MERDEKA, KEMPEN INI BAGAI SATU PENGHINAAN PADA BAHASA UTAMA (kononnya) NEGARA INI APALAGI MENTERI2 PUN NAMPAK LEBIH SERONOK BERBAHASA PENJAJAH....Terima kasih atas makluman dan komitmen tuan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kami juga mengambil maklum cadangan tuan mewujudkan semula pengiktirafan kepada pihak media yang sama-sama berusaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Untuk makluman tuan juga, Bulan Bahasa Kebangsaan akan terus dilaksanakan kerana peri pentingnya mempersegar semangat kecintaan masyarakat terhadap bahasa kebangsaan dan memperkukuh keyakinan terhadap keupayaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan wahana perpaduan.Lain-lain29.10.2014
Salmiyah Umar Adakah DBP kini ambil sikap lepas tangan dgn penggunaan BM yg 'entah apa2'? Sakit betul telinga bila radio dan TV gunakan perkataan 'diorang' dan 'kitaorang' secara berleluasa. Bayangkan penggunaan dialog 'kitaorang dgn diorang best giler'. Dulu dituturkan dlm program2 drama saja (anehnya drama dari syarikat penerbitan bukan Melayu dgn pelakun2 utama bukan Melayu seringkali lebih prihatin untuk gunakan perkataan 'mereka' dan 'kami'). Tapi kini program bual-bicara yg sepatutnya lebih bersifat akademik juga gunakan istilah itu. Apalagi program bersifat santai spt 'mad market' dan 'supper' di TV9. Rasanya TV9 memang jaguh dgn penggunaan BM semberono. Saya ingin cadangkan supaya DBP adakan anugerah tahunan bagi penggunaan BM terbaik utk stesen TV dan radio. Sebagai permulaan mungkin dalam dua kategori iaitu drama dan bual-bicara. Selain itu boleh juga umumkan stesen yg 'paling menghina BM'.Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Untuk makluman tuan, DBP sememangnya memantu penggunaan bahasa dalam media elektronik. Kami bersetuju dengan pendapat tuan, ada rancangan televisyen yang cenderung menggunakan bahasa pasar atau bahasa rojak terutamanya rancangan berbentuk hiburan dan santai. Melalui kerjasama DBP dengan pihak media, kami berusaha untuk memperbaik mutu rancangan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayuyang menjadi citra kebangsaan.Lain-lain21.04.2014
Salam sejahtera, izinkan saya untuk luahkan pendapat dan pandangan saya terhadap bahasa Melayu sekarang. Sebelum ini saya pernah memperkatakan tentang peminjaman dan serapan istilah-istilah Inggeris dalam bahasa Melayu. Saya sedikit kecewa dan merasa takut jikalau terjadinya penginggerisan keatas bahasa Melayu sepertimana yang berlaku keatas bahasa di negara Papua New Guinea. Kalau kita lihat di sana, bahasa mereka bercampur aduk dengan bahasa Inggeris sehingga menjadi bahasa rojak serta hilang keaslian bahasa Ibunda mereka. Saya sebenarnya memang bersetuju dengan pendapat dan pandangan pihak DBP dan pakar bahasa Melayu hari ini tentang peminjaman dan serapan bahasa memang berlaku secara meluas dan menjadi kelaziman serta berlaku dalam semua bahasa di dunia ini. Ya, itu memang benar, tetapi peminjaman dan serapan bahasa yang sangat banyak dan melampau juga boleh merosakkan keaslian dan ketulenan bahasa kita seperti yang berlaku terhadap bahasa di negara Papua New Guinea yang saya terangkan diatas tadi.Kami ambil maklum dan amat mamahami rasa hati yang tuan nyatakan. DBP selaku badang yang berkepentingan dalam hal pembinaan bahasa dan sastera sentiasa berusaha mengawal pembentukan istilah yang dibuat secara semberono dan sewenang-wenangnya. DBP menaruh kepercayaan kepada pakar bidang dalam pelbagai disiplin ilmu serta pengamal ilmu dalam bidang tersebut yang membina dan menyusun pelbagai istilah. Sehingga kini ratusan ribu istilah telah dibina, namun sayangnya hanya sebilangan sahaja yang digunakan.Lain-lain15.11.2015

Kembali ke atas