Apakah beza mengikut dan mengikuti?Moho penjelasan. Terima kasih. | Untuk makluman, “mengikut” bermaksud “pergi bersama-sama dengan”. Contoh dalam ayat, Budak itu "mengikut" ayahnya ke hutan memikat burung.” Manakala “mengikuti” bermaksud “turut di belakang orang”. Contoh dalam ayat, Dia "mengikuti" ayahnya keluar dari rumah secara sembunyi-sembunyi”. | Tatabahasa | 20.05.2020 |
apakah maksud sembunyi dalam puisi dan kias?? | Frasa 'sembunyi dalam puisi dan kias' ini diambil dari lirik lagu, tuan/puan seharusnya memajukan soalan ini kepada penulis tersebut. Kami hanya dapat memberi maksud satu persatu perkataan di dalam frasa tersebut. | Makna | 27.12.2012 |
Apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat ini? Pihak berkuasa telah berjaya mengesan tempat sembunyi pendatang tanpa izin yang wujud di negara kita. | Ayat yang betul ialah "Pihak berkuasa telah Berjaya mengesan tempat persembunyian pendatang tanpa izin di negara kita". | Tatabahasa | 08.02.2015 |
Apakah terjemahan perkataan-perkataan di bawah dalam bahasa melayu untuk istilah teknologi? 1) Zoom in 2) Zoom out 3) setting - tetapan? 4) background selection 5) open - buka 6) hide - sembunyi? 7) help - tolong @ bantuan? 8) shortcut terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. zoom in - zum dekat 2. zoom out - zum jauh 3. setting - pengesetan 4. background selection - pilihan latar belakang 5. open - buka 6. hide - sorok/sembunyi 7. help - bantuan 8. shortcut - pintas | Istilah | 14.03.2013 |
definisi sekodeng/intai | Mengikut Kamus Dewan Edisi 4 kata intai bermaksud melihat dengan bersembunyi-sembunyi untuk mengetahui gerak-geri orang dll., mengintip. | Makna | 03.09.2007 |
apakah maksud kata 'meragau' dan bermain acilut' (ms 100) antologi harga remaja, teks komsas Ting.4? tq | Perkataan "meragau" tiada dalam rujukan kami, yang ada ialah "menggagau" iaitu meraba-raba dalam gelap atau mencari sesuatu dengan meraba-raba, manakala bermain aci lut bermaksud main sembunyi, iaitu sejenis permainan budak-budak atau cekup puyuh. | Makna | 09.02.2010 |
Hai, apakah terjemahan yang sesuai bagi "unhide"? Nyahsembunyikan atau tidak sembunyikan atau jangan sembunyikan? Sila nyatakan pendapat anda jika jawapan di atas tidak sesuai digunakan. Terima kasih. | Untuk makluman belum ada istilah khusus dalam bahasa Melayu untuk "unhide" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, unhide boleh diterjemahkan menjadi nyahsembunyi atau tidak sembunyi. | Istilah | 30.11.2012 |