Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bu.nyi.sem.bu.nyi] | ٢ سمبوڽي

Definisi : dgn tidak diketahui orang, (secara) diam-diam, (secara) senyap-senyap: dia masuk pertandingan nyanyian secara ~ kerana tidak direstui oleh keluarganya; dgn ~ dgn diam-diam: mereka meninggalkan tempat itu dgn ~; ~ puyuh prb a) menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; b) tidak mahu tahu akan perkara yg benar-benar berlaku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bu.nyi.sem.bu.nyi] | ٢ سمبوڽي

Definisi : se­­cara tidak dpt dilihat atau tidak di­ketahui orang: Dia membuat kerja itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sembunyi-sembunyi

Peribahasa

Sembunyi-sembunyi puyuh.

Bermaksud :

Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud sembunyi dalam puisi dan kias??Frasa 'sembunyi dalam puisi dan kias' ini diambil dari lirik lagu, tuan/puan seharusnya memajukan soalan ini kepada penulis tersebut. Kami hanya dapat memberi maksud satu persatu perkataan di dalam frasa tersebut.Makna27.12.2012
Apakah terjemahan perkataan-perkataan di bawah dalam bahasa melayu untuk istilah teknologi? 1) Zoom in 2) Zoom out 3) setting - tetapan? 4) background selection 5) open - buka 6) hide - sembunyi? 7) help - tolong @ bantuan? 8) shortcut terima kasihPadanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut: 
1. zoom in - zum dekat
2. zoom out - zum jauh
3. setting - pengesetan 
4. background selection - pilihan latar belakang
5. open - buka
6. hide - sorok/sembunyi
7. help - bantuan
8. shortcut - pintas
Istilah14.03.2013
definisi sekodeng/intaiMengikut Kamus Dewan Edisi 4 kata intai bermaksud melihat dengan bersembunyi-sembunyi untuk mengetahui gerak-geri orang dll., mengintip.Makna03.09.2007
apakah maksud kata 'meragau' dan bermain acilut' (ms 100) antologi harga remaja, teks komsas Ting.4? tq

Perkataan "meragau" tiada dalam rujukan kami, yang ada ialah "menggagau" iaitu meraba-raba dalam gelap atau mencari sesuatu dengan meraba-raba, manakala bermain aci lut bermaksud main sembunyi, iaitu sejenis permainan budak-budak atau cekup puyuh.

Makna09.02.2010
Hai, apakah terjemahan yang sesuai bagi "unhide"? Nyahsembunyikan atau tidak sembunyikan atau jangan sembunyikan? Sila nyatakan pendapat anda jika jawapan di atas tidak sesuai digunakan. Terima kasih.Untuk makluman belum ada istilah khusus dalam bahasa Melayu untuk "unhide" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, unhide boleh diterjemahkan menjadi nyahsembunyi atau tidak sembunyi.Istilah30.11.2012

Kembali ke atas