Apakah perbezaan perkataan Sejak dan Semenjak? Adakah Sejak merupakan sinkof bagi Semenjak? | Sejak dan semenjak sama sahaja maknanya. Kata sejak menerima sisipan em menjadi semenjak. | Tatabahasa | 22.12.2011 |
sejak dan semenjak | Soalan tidak jelas. Adakah saudara maksudkan makna sejak dan semenjak? Sejak dan semenjak mempunyai makna yang sama iaitu bermula dari , mulai. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 25.07.2011 |
Assalamualaikum, tolong jelaskan perbezaan penggunaan sejak dan semenjak. | Sejak dan semenjak membawa maksud bermula dr, mulai atau dari. Kedua-duanya membawa pengertian atau maksud yang sama. Terima kasih. | Makna | 08.10.2008 |
Apakah perbezaan penggunaan: 1. sejak - semenjak 2. telah - sudah 3. abstrak - mujarad | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sejak merujuk semenjak, yang bermaksud perkataan semenjak merupakan istilah yang lebih baku. Perkataan telah dan sudah, kedua-duanya sama maksud. Perkataan abstrak dan mujarad membawa maksud yang sama. Abstrak merupakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, manakala mujarad daripada bahasa Arab. | Istilah | 15.03.2009 |
Ada perbezaankah antara 'sejak' dengan 'semenjak'? Saya semak dalam kamus dewan lebih kurang sama tetapi soalan objektif PMR meletakkan pilihan sejak dengan semenjak, yang manakah jawapannya? | Sejak dan semenjak membawa maksud bermula dari, mulai atau dari. Kedua-duanya membawa pengertian atau maksud yang sama. | Tatabahasa | 24.05.2010 |
Selamat sejahtera, Soalan 1: Apakah perbezaan dalam penggunaan antara perkataan "sejak" dengan perkataan "semenjak"? Soalan 2: "Digantung sekolah" atau "digantung persekolahan", yang mana satu betul? Terima kasih! =) | 1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sejak dan semenjak mempunyai maksud yang sama, iaitu bermula dari, mulai, dari. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, sejak atau semenjak ialah kata sendi yang membawa maksud penanda waktu atau masa dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya: Hasnah sentiasa sugul sejak kematian ibunya atau Hasnah sentiasa sugul semenjak kematian ibunya. 2. Digantung sekolah | Tatabahasa | 16.07.2011 |
Bolehkah dua kata sendi nama bergabung seperti "semenjak dari" dan "seperti di". | Kata semenjak bermaksud bermula dari, oleh itu tidak perlu lagi diikuti dengan kata dari. Kata seperti bermaksud sama halnya, kata sendi nama di hadapan kata nama atau frasa nama, oleh itu seperti boleh diikuti dengan kata sendi di (dalam frasa nama). | Tatabahasa | 20.01.2011 |
Mana yang betul? 1.Ali berasa _____ semenjak isterinya meninggal dunia. kesepian / sepi / kedua-dua boleh diterima 2.Para penonton terpesona _____ kehebatan Abu mendeklamasi sajak. oleh / dengan /kedua-dua boleh diterima | 1. Ali berasa sepi semenjak isterinya meninggal dunia. atau Ali kesepian semenjak isterinya meninggal dunia 2. Para penonton terpesona oleh/dengan kehebatan Abu mendeklamasi sajak. | Tatabahasa | 09.07.2012 |
Yang mana ayat yang betul antara "Sebab itu semenjak mereka masih kecil lagi kedua-dua adik-beradik itu telah diajar supaya taat beragama" atau "Sebab itu semenjak mereka masih kecil lagi kedua-dua beradik itu telah diajar supaya taat beragama" | Kedua-dua ayat contoh yang diberikan itu tidak tepat dari segi tatabahasa. Ayat tersebut tergantung, tiada subjek dan tidak lengkap. | Tatabahasa | 29.10.2009 |
1. Apakah perbezaan dari segi penggunaan ayat sejak dan semenjak. Sebagai contoh: Krisis kewangan global yang terburuk sejak Kemelesetan Besar ini telah dicetuskan oleh kebankrapan satu daripada bank pelaburan global terbesar di Amerika Syarikat. 2. Apakah terjemahan untuk "International Financial Architecture". Sekian, terima kasih. Ramlee | 1.Kedua-dua istilah ini, sejak dan semenjak boleh diguna pakai. 2. Kami mencadangkan terjemahan bagi International Financial Architecture ialah Seni Bina Kewangan Antarabangsa. Walau bagaimanapun, terjemahan ini bergantung pada konteks atau bidang. | Istilah | 08.10.2009 |