manakah ayat yang paling sesuai dari dua contoh berikut: contoh 1 : Sementara, purata bilangan mata pelajaran yang diajar oleh seorang guru di sekolah rendah dan menengah ialah 4 dan 3 mata pelajaran masing-masing. Contoh 2: Sementara, purata bilangan mata pelajaran yang diajar oleh seorang guru di sekolah rendah dan menengah ialah masing-masing 4 dan 3 mata pelajaran. mohon pembetulan. tq. | Ayat yang sesuai ialah ayat kedua. | Lain-lain | 06.07.2015 |
1. Sementara menanti makanan tengah hari yang sedang disediakan oleh penganjur kursus itu, kami menjamah sedikit makanan yang ada untuk mengalas perut. 2. Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati agar kehidupan rakyat di negara ini bertambah harmoni. 3. Program lawatan sambil belajar kelolaan Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini akan diadakan pada hujung minggu hadapan jika pihak penganjur mendapat kebenaran daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah. Tuan, bolehkah ayat-ayat di atas dijadikan ayat tunggal? | Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Ayat "Aktiviti fizikal ini dilakukan untuk pelbagai tujuan." merupakan ayat tunggal kerana mempunyai satu subjek dan satu predikat iaitu Aktiviti ini sebagai subjek (FN) manakala predikat ...dilakukan untuk pelbagai tujuan (FK). Predikat terdiri daripada kata kerja "dilakukan" manakala "untuk pelbagai tujuan" berfungsi sebagai keterangan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 486 untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai ayat tunggal. | Tatabahasa | 14.05.2020 |
Tuan, Mohon keterangan daripada tuan ayat seperti berikut: 1. Sementara saya menunggu, ibu membeli kuih di pasar malam. 2. Abang saya suka bermain bola sepak di padang yang luas / besar. 3. Kanak-kanak / Budak itu sedang bermain air di dalam air terjun yang besar / jernih. 4. Saya menunggang basikal pergi ke / ke sekolah setiap hari kecuali hari(perlu huruf besar?) Sabtu dan Jumaat. | 1. Sementara saya menunggu ibu membeli kuih di pasar malam. - ayat ini tidak lengkap, tidak ada predikat 2. Abang saya suka bermain bola sepak di padang yang luas/besar. - Perkataan luas/besar betul bagi ayat tersebut. 3. Kanak-kanak / Budak itu sedang bermain air di dalam air terjun yang besar/jernih. - betul 4. Saya menunggang basikal ke sekolah setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
1. Apakah perbezaan antara "sementara" dengan "manakala"? 2. Kaum lelaki membersihkan kawasan balai raya________kaum wanita pula menyediakan makanan dan minuman. A. Sementara B. Manakala C. Serta Apakah jawapan bagi soalan ini? | Sementara dan manakala, kedua-duanya ialah kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Lazimnya kata sementara digunakan dalam situasi ayat yang membawa maksud dalam tempoh atau dalam waktu tertentu, contoh ayat: Lebih baik berjagung-jagung, sementara menanti padi masak; dan perkataan manakala digunakan dalam ayat yang membawa maksud waktu atau pada ketika tertentu, contoh ayat: Dia tersenyum, manakala melihat adiknya tidur. Daripada penjelasan tersebut, perkataan yang paling tepat digunakan dalam tersebut ialah manakala. | Tatabahasa | 21.12.2013 |
1. Secawan kopi saya pesan sementara secawan teh dipesan oleh kakak. Adakah penggunaan 'sementara' di atas betul ? 2. Kita perlu menjalani tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita dengan sempurna. Adakah perkataan 'menjalani' di atas betul ? | 1. Penggunaan sementara dan ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis, saya memesan secawan kopi sementara itu kakak memesan secawan teh. 2. Perkataan menjalani bermaksud mengalami tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang betul ialah menjalankan. | Tatabahasa | 25.09.2012 |
Encik, 1.Penggunaan 'sementara' dalam ayat berikut betul @ salah? "Ahmad suka makan langsat sementara adiknya suka makan duku." 2. Adakah terdapat hukum bahawa 'demi' perlu diikuti oleh kata nama & 'untuk' perlu diikuti oleh kata kerja? Terima kasih. | Penggunaan yang lebih tepat ialah manakala. Demi dan untuk tidak semestinya diikuti kata nama atau kata kerja, dan kata tersebut mempunyai makna yang sama. | Makna | 12.09.2007 |
Apakah fungsi sementara dan untuk dalam semua ayat di bawah: 1. Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai 2. Hidup di dunia ini hanya sementara. 3. Hadiah ini untuk adik. 4. Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. 5. Kami ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajran. 6. Diana membeli buku untuk adik saya. Mohon diberi penjelasan fungsi/jenis kata. Terima kasih. | 1. Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. - Kata hubung 2. Hidup di dunia hanya sementara. - Kata adjektif 3. Hadiah ini untuk adik. - Kata sendi nama 4. Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. - Kata hubung 5. Kami ke perpustakaan untuk mengulang kaki pelajaran. - Kata hubung 6. Daya membeli buku untuk adik saya. - Kata sendi nama | Tatabahasa | 05.12.2012 |
Apakah fungsi perkataan sementara dan untuk dalam ayat-ayat yang berikut: 1(a) Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. 1(b) Hidup di dunia hanya sementara. 2(a) Hadiah ini untuk adik. 2(b) Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. 2(c) Kami ke perpustakaan untuk mengulang kaki pelajaran. 2(d) Daya membeli buku untuk adik saya. | 1(a) Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. - Kata hubung 1(b) Hidup di dunia hanya sementara. - Kata adjektif 2(a) Hadiah ini untuk adik. - Kata sendi nama 2(b) Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. - Kata hubung 2(c) Kami ke perpustakaan untuk mengulang kaki pelajaran. - Kata hubung 2(d) Daya membeli buku untuk adik saya. - Kata sendi nama | Tatabahasa | 29.11.2012 |
Tuan/puan, Saya ada beberapa kemusykilan bahasa: 1. Bagaimana membezakan penggunaan "sementara" dengan "manakala"? 2. Bagaimana membezakan penggunaan "Jika" atau "Jikalau" dengan "kalau"? 3. Apakah pola ayat berikut :"Bandar raya Kuching terletak di Sarawak"? Terima kasih | 1. Kata sementara digunakan dalam situasi ayat yang membawa maksud dalam tempoh atau dalam waktu tertentu; seperti contoh ayat - Lebih baik berjagung-jagung, sementara menanti padi masak, dan perkataan manakala digunakan dalam ayat yang membawa maksud waktu atau pada ketika tertentu, seperti contoh ayat - Dia tersenyum manakala melihat adiknya tidur. 2. Kata jika, jikalau dan kalau membawa maksud yang sama. 3. Bandar raya Kuching terletak di Sarawak - ayat penyata (FN + FN) | Tatabahasa | 11.08.2010 |
Bolehkah kedua-dua ayat di bawah di gunakan atau Ayat yang mana satu betul: 1. Ali membaca buku sewaktu menunggu bas. 2. Ali membaca buku sementara menunggu bas. | Ayat yang tepat ialah Ali membaca buku sementara menunggu bas. Kata sementara digunakan dalam situasi ayat yang membawa maksud dalam tempoh atau dalam waktu tertentu. | Tatabahasa | 29.10.2014 |