Di sini, saya nak tanya tentang tatabahasa. 1. kuatkuasa-----kuat kuasa penguatkuasa-----penguat kuasa penguatkuasaan-----penguat kuasaan 2. pemuda-pemuda-----pemuda-pemudi 3. pusat beli-belah-----pusat-pusat beli-belah pusat membeli-belah-----pusat-pusat membeli-belah 4. sementelahan sementelahan itu 5. justeru, justeru itu, 6. ....kita akan dapat..... .... akan kita dapat..... 7.....saya akan mendapat.... .......akan saya mendapat.... .......saya akan dapat.... .....akan saya dapat..... ....saya perlu..... .....perlu saya...... 8. anti dadah antidadah Kelab Anti Dadah Kelab Antidadah Kelab AntiDadah Kelab Anti-Dadah Kelab Anti-dadah Kelab anti-dadah Kelab anti-Dadah Kelab anti dadah Program Anti Dadah Program Antidadah Program AntiDadah Program Anti-Dadah Program Anti-dadah Program anti-dadah Program anti-Dadah Program anti dadah Kempen Antidadah Kempen anti-Dadah ...*.dan sebagainya......... 9. kita haruslah.... kita seharuslah.... kita seharusnya..... seharusnya kita........ harus kita........ haruslah kita.......... 10. keistimewaan alam semulajadi keistimewaan alam semula jadi 11. mempertingkatkan mempertingkat 12. memperbaiki memperbaik 13. perkataan yang bersifat "memper...kan" , "memper...", "memper....i". | 1. Kuat kuasa, penguat kuasa, pegawai penguat kuasa, penguatkuasaan. 2. Pemuda, pemudi serta pemuda dan pemudi. 3. Pusat beli-belah, pusat-pusat beli-belah. 4. Sementelah dan sementelahan. 5. Justeru. 6. ... kita akan dapat ... 7. ... saya akan mendapat ... dan ... saya perlu ... 8. Antidadah, Kelab Antidadah, Program Antidadah, Kempen Antidadah 9. Kita haruslah dan kita seharusnya 10. Keistimewaan alam semula jadi 11. Mempertingkatkan 12. Memperbaik 13. Apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 208. Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper-...-i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 211. Awalan memper- biasa juga dirujuk sebagai awalan per-. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 177. | Tatabahasa | 29.10.2012 |
1. Sementelahan itu atau Sementelahan (kalau digunakan dalam permulaan ayat) 2. Sehubungan dengan itu atau sehubungan itu? | Menurut data kami, perkataan yang betul ialah sementelahan yang bermaksud lebih-lebih lagi; tambahan pula: Ibu tidak ke pasar hari ini kerana sakit kepala, ~ pula hari hujan lebat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Mengikut Kamus Dewan, perkataan sehubungan bermaksud berkaitan dengan, bersangkutan dengan. Frasa sehubungan dengan itu bermaksud sama dengan. Oleh yang demikian, frasa sehubungan itu dan sehubungan dengan itu, kedua-duanya betul. Walau bagaimanapun, frasa yang lebih tepat ialah sehubungan dengan itu kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu perlu ada perkataan dengan. | Tatabahasa | 13.06.2018 |
Bolehkah "sementelahan" digunakan pada pangkal ayat? Contohnya: Sementelahan, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama dan moral kepada anak-anak. | Sementelahan ialah kata nama dan kata nama boleh hadir pada awal ayat. | Tatabahasa | 21.04.2015 |
“Aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan.” Ini ayat contoh dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, pada halaman 1439. Pada masukan ini dinyatakan sementelahan bermaksud lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi. Bukankah ayat ungkapan yang wajar digunakan dalam ayat contoh ini ialah “sementelahan” sahaja tanpa “pula”? | Penggunaan "pula" menjadi "sementelahan pula" dalam ayat yang diberikan tidak salah, cuma lewah. | Tatabahasa | 23.02.2009 |
“sementelahan itu”betul tak? ribuan terima kasih | Perkataan "Sementelahan" bermaksud: lebih-lebih lagi, tambahan pula atau apalagi. Tidak perlu ditambah dengan perkataan "itu". | Istilah | 20.06.2016 |
1. AMAT baik sekali / SANGAT baik sekali / SUNGGUH baik sekali......Bolehkah saya menggunakan kata-kata penguat ini bersama-sama dengan SEKALI?? 2. bagaimanakah untuk menggunakan "sementelahan" ?bolehkah saya menggunakannya seperti ini :Sementelahan itu (yang bermaksud 'selain itu' ) Terima kasih... :p | 1. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan ketiga-tiganya boleh digunakan dengan perkataan "sekali". 2. "Sementelahan" atau "sementelah" bermaksud lebih-lebih lagi, tambahan pula atau apalagi. Contoh ayat: Aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan. | Tatabahasa | 17.07.2009 |
bolehkan kata klasik seperti sementelahan dan marcapada digunakan dalam karangan pmr/spm? kalau tidak, apakah penanda wacana yang sesuai untuk menggantikanny? | Kedua-dua perkataan ini masih boleh digunakan. Walau bagaimanapun perkataan lain yang boleh digunakan ialah 1. marcapada- dunia sekarang ini 2. sementelahan- lebih-lebih lagi,tambahan pula,apalagi. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 03.02.2009 |
boleh ke penanda wacana seperti Lebih-lebih lagi dan Dengan ini digunakan di hadapan ayat? boleh tak Marcapada dan sementelahan digunakan sebagai penanda wacana ? bukankah kata2 tersebut ialah bahasa melayu klasik? boleh ke digunakan lagi? | Lebih-lebih lagi digunakan dalam ayat bukan di hadapan ayat seperti dalam penggunaan berikut: Mereka yang mempunyai sifat kegembiraan ini selalu murah rezeki, lebih-lebih mereka yang peramah dan berbudi bahasa. Dengan ini boleh digunakan di hadapan ayat seperti dalam penggunaan berikut: Dengan ini dimaklumkan bahawa ... . Kata marcapad dan sementalahan masih digunakan dalam penulisan. | Tatabahasa | 16.07.2008 |
biasanya bila hari Halloween kanak-kanan America akan pergi rumah kerumah dan berkata "Trick or treat". Apakah istilah yangs sesuai untuk diterjemahkan. | Tidak ada maklumat tentang frasa tersebut dalam pangkalan data kami, sementelahan amalan tersebut tidak ada dalam budaya kita di Malaysia. Penterjemah boleh mencadangkan padanan yang sesuai dengan konteks penggunaan perkataan yang tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.04.2015 |
salam Sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai perkataan 'Kededua' bagi menggantikan perkataan kedua-dua. contohnya 'kedua-dua ibu bapa' diganti dengan 'Kededua ibu bapa'. Adakah perkataan 'Kededua' itu sudah rasmi digunakan dalam penulisan ataupun sebaliknya? sekian terima kasih. | Tidak ada perkataan kededua dalam sumber rujukan kami, sementelahan perkataan kedua-dua telah mantap penggunaannya. | Tatabahasa | 12.03.2016 |