semoga tuhan mencucurkan kami rahmat atau semoga mencucuri kami rahmat | Ayat yang betul ialah Semoga tuhan mencucuri kami rahmat | Tatabahasa | 07.08.2010 |
semoga tuhan mencucurkan kami rahmat atau semoga mencucuri kami rahmat, yang manakah betul? | Tuhan mencucuri makhluk-Nya dengan rahmat dan Semoga Tuhan mencucurkan rahmat ke atas rohnya. | Tatabahasa | 08.08.2010 |
Minta penjelasan untuk ayat berikut. Ayat manakah yang betul? i) semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t ii) semoga roh beliau dicucurkan rahmat oleh Allah s.w.t Terima kasih. | Semoga roh beliau dicucurkan rahmat oleh Allah SWT. | Tatabahasa | 13.02.2013 |
1.”Semoga berjumpa lagi di lain lembaran.” . Apakah yang dimaksudkan dengan frasa “lain lembaran”? | Dalam Kamus Pelajar halaman bermaksud helai atau muka surat pada buku umpamanya. Berkemungkinan perkataan lembaran dalam konteks ayat tersebut bermaksud pada keluaran buku yang akan datang. | Makna | 09.03.2015 |
Assalamualaikum, Semoga dipermudahkan segala urusan. Saya mohon bertanya tentang penggunaan Maha Kuasa, Maha Penyayang, Maha Pemurah, dan yang seangkatan dengannya. Daripada segi ejaannya bagaimana? Adakah dieja dengan huruf besar ataupun kecil? Mohon perincian daripada pihak Tuan/Puan. Terima kasih. | Alaikumussalam. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semua sifat Allah ditulis dengan huruf besar. Contohnya: Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang Yang Maha Kuasa dan sebagainya. | Ejaan | 01.04.2014 |
salam... semoga pihak DBP boleh membantu saya. S: adakah DENGAN atau KEPADA yang lebih tepat? contoh ayat: saya berlindung (kepada/dengan) Allah daripada kejahatan syaitan yang direjam. | Mengikut laras yang sedia ada ayat yang betul ialah: Aku berlindung dengan Allah daripada kejahatan syaitan yang direjam. | Tatabahasa | 05.05.2008 |
Mohon semakan terjemahan ini Have a nice day. Semoga hari anda indah. Terima kasih | Dalam konteks budaya kita, ucapan selamat yang hampir sama seperti "semoga anda ceria hari ini". | Penyemakan dan penterjemahan | 06.11.2017 |
Mohon semakan terhadap ayat di bawah: Semoga terus memperolehi kejayaan dalam semua bidang serta dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Terima ksih. | Semoga terus memperoleh kejayaan dalam semua bidang serta dikurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. | Tatabahasa | 10.04.2015 |
“Semoga Allah mencucuri rahmat kepada guru kita sudah kembali ke alam yang kekal abadi.” Kita biasa menggunakan ayat ini. Namun ada pihak mengatakan ayat ini tidak tepat. Mohon penjelasan. | Ungkapan yang biasa digunakan ialah "Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas guru kita yang telah kembali ke rahmatullah." | Lain-lain | 22.12.2009 |
Mohon semakan terjemahan Have a safe and sound stay in here. Semoga awak menikmati percutian yang selamat di sini. | Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Semoga anda selamat dan menikmati percutian di sini. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.11.2017 |