Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~-sempung berolang-aling (perahu), terolek-olek: belalah perahu buruk ~-sempung di pangkalan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sempang (kata nama)
Bersinonim dengan tanda sengkang, tanda hubung.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengenal pasti atau mengenalpasti. horamat menghormati atau hormat-menghormati. terangkan sedikit tentang penggunaan tanda sempang.Penggunaan sempang i. kata ulang cth. anak-anak,ii. menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris,iii. memperjelaskan ungkapan,iv. merangkaikan huruf besar dgn huruf kecil, cnth. hamba-Mu, pro-Malaysia,v. merangkaikan ke dgn angka, cnth., ke-125, ke-2000. vi. hbgn. antara kata-kata pd rangkai kata setara tertentu atau istilah. cnth. alat pandang-dengar. Terima kasih.Lain-lain19.11.2006
Bagaimanakah menggunakan tanda sempang dalam kata ganda?

Dalam bahasa Melayu, terdapat 3 jenis penggandaan, iaitu:

i. penggandaan penuh

ii. penggandaan separa

iii. penggandaan berentak.

Tanda sempang digunakan dalam semua kata ganda kecuali kata ganda separa yang melibatkan kata dasar tunggal. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya sahaja dan letak gandaannya pada bahagian sebelum kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan menjadi vokal e pepet, contohnya:

laki --->  lalaki --- >lelaki

siku ---> sisiku ---> sesiku

jari --- > jajari --- >jejari 

Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku Kata Ganda Bahasa Melayu: Tinjauan Bentuk Berdasarkan Data Korpus . Terima kasih. 

Tatabahasa08.02.2009
salam...saya ada satu soalan kepada pihak DBP, soalan saya adalah bagaimana penggunaan tanda sempang (-) dalam konteks Bahasa Malaysia yang betul dan sebenarnya? terima kasih.

Encik Zairin,

 

Penggunaan sempang i. kata ulang cth. anak-anak,

ii. menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris,

iii. memperjelaskan ungkapan,iv. merangkaikan huruf besar dgn huruf kecil, cth. hamba-Mu, pro-Malaysia,v. merangkaikan ke dgn angka, cnth., ke-125, ke-2000.

vi. hbgn. antara kata-kata pd rangkai kata setara tertentu atau istilah. cnth. alat pandang-dengar. Terima kasih.

Tatabahasa14.06.2010
Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya tentang kaedah yang tepat menulis imbuhan pra dan pasca. Pengguna Bahasa Malaysia menulis imbuhan ini sama ada dijarakkan, ada sempang atau didekatkan dengan perkataan yang hendak diimbuhkan. Mana satukah cara penulisan yang betul? i. praijazah dan pascaijazah ii. pra-ijazah dan pasca-ijazah iii. pra ijazah dan pasca ijazah Terima kasih.Awalan asing (pra-, pasca-, maha- dan sebagainya) apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti praijazah, pascaijazah. Walau bagaimanapun ejaan ini berubah apabila awalan tersebut digabungkan dengan kata nama khas, seperti pra-Malaysia (bukan pramalaysia/praMalaysia).Tatabahasa16.06.2009
Bagaimanakah cara penulisan dalam esei untuk i. Guru Besar/guru besar ii. Guru Tingkatan/guru tingkatan iii. dibankkan/membankkan? iv. dicop/dicap? v. Tanda baca (:-) sering digunakan dalam penulisan. (penyenaraian). Tetapi apabila saya rujuk saya tidak menjumpai tanda baca tersebut. vi. Contoh tanda baca dalam penyenaraian - Antara ciri-ciri tersebut: 1. Xxxxxxxxxxxxx; 2. Xxxxxxxxxxxxx; dan 3. Xxxxxxxxxxxxx. atau Kita gunakan noktah pada setiap akhir ayat? Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah:

i. guru besar 

ii. guru tingkatan 

iii. dibankkan/membankkan - tidak ada contoh penggunaan kedua-dua kata ini, jika merujuk transaksi yang dilakukan boleh menggunakan perkataan lain seperti diamsukkan ke bank 

iv. dicap 

v. Penggunaan tanda baca yang betul ialah titik bertindin (:) atau sempang (-)

vi. Contoh tanda baca dalam penyenaraian - Antara ciri-ciri tersebut: 1. Xxxxxxxxxxxxx; 2. Xxxxxxxxxxxxx; dan 3. Xxxxxxxxxxxxx. Penggunaan tanda baca dalam contoh ini betul.

Tatabahasa06.12.2011
1.Bagaimana saya hendak tahu bila hendak meletakkan (-) pada perkataan?Saya jadi confused sebab ada kata ganda yang kena letak tanda (-) dan ada juga yang tidak perlu. 2.Saya masih tidak memahami cara penulisan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH dan saya kadang-kadang keliru dengan perbezaan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH.

Mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia tanda sempang digunakan untuk i. menulis kata ulang, cth. anak-anak; pegawai-pegawai ii. menyambung suku kata kata dasar yang terpisah oleh penggantian baris,  cth. menangguhkan penyelenggaraan pro-

                                                   jek; iii.  memperjelas ungkapan, cth. ber-evolusi dengan berrevolusi iv. merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar, cth. anti-Rusia, hamba-Mu v. merangkaikan ke- dengan angka,cth. ke-3,ke-40 vi. merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an, cth. tahun 80-an vii. menunjukkan hubungan setara atau rangkai kata istilah,cth. alat pandang dengar.

Cakap ajuk ialah ujaran sebenar penutur yang lazimnya ditandai dengan intonasi atau tanda baca. Cakap pindah ialah ujaran tak langsung. Untuk keterangan lanjut tentang kata ganda dan cakap ajuk dan cakap pindah sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang lain yang ada di pasaran. 

Tatabahasa07.03.2009

Kembali ke atas