Salam sejahtera tuan, Betul atau salah : kami semua / kita semua / mereka semua / kalian semua. Harap dapat penjelasan daripada tuan. Terima kasih atas maklum balas tuan/ | Frasa kami semua, kita semua, mereka semua, kalian semua boleh digunakan kerana semua di sini menunjukkan keseluruhan, bukan bilangan walaupun perkataan kami, kita, mereka sudah menunjukkan unsur jamak. | Tatabahasa | 18.07.2009 |
mana betul bangun semua atau semua bangun | Frasa yang betul ialah semua bangun daripada ayat semua dikehendaki bangun. Walau bagaimanapun frasa bangun semua juga telah mantap penggunaannya dalam kalangan pelajar. | Tatabahasa | 04.01.2013 |
Adakah frasa di bawah betul ? 1. kami semua 2. kita semua 3. awak semua 4. kamu semua | Frasa yang gramatis ialah kami, kita, awak dan kamu. | Tatabahasa | 11.07.2012 |
Salam sejahtera, Kata ganti nama "Kita" adalah dalam bentuk jamak. Jadi adakah penggunaan "kita semua" betul? Contohnya, Kita semua ditipu oleh Ali. Bolehkan perkataan kita diikuti dengan bilangan "semua" atau perkataan "semua" perlu digugurkan? Mohon beri tunjuk ajar. Sekian, terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kita bermaksud kata ganti diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (mendengarnya), saya dan kamu semua. Oleh itu, perkataan 'semua' dalam 'kita semua' tidak perlu digunakan kerana perkataan kita telah merangkumi maksud semua. | Tatabahasa | 11.01.2011 |
Selamat pagi Saya ingin bertanya semua kanak atau semua kanak-kanak ? sebab di belakang semua / setiap/ para tidak boleh bubuh kata ganda . yang mana betul ? terima kasih | Kanak-kanak bukan penanda jamak. Gandaan bagi perkataan tersebut sebagai penanda makna kesamaan atau keserupaan seperti gula-gula dan langit-langit. Oleh itu, frasa "semua kanak-kanak" boleh digunakan. | Tatabahasa | 24.09.2012 |
Adakah penggunaan kami semua dalam ayat betul? Contoh ayat : Kami semua ke sekolah menaiki bas. Kami telah bantu atau telah kami bantu | Frasa kami semua (termasuk kita semua, mereka semua, kalian semua) boleh digunakan kerana semua di sini menunjukkan keseluruhan, bukan bilangan walaupun perkataan kami sudah menunjukkan unsur jamak. Kedua-duanya betul - kami telah membantu.../telah kami bantu... | Tatabahasa | 10.05.2010 |
Semua mereka yang hadir itu kebanyakannya ialah kenalan rapat Encik Lim. Munsyi, adakah semua mereka diterima sebagai ayat gramatis? terima kasih atas tunjuk ajat tuan. | Frasa yang betul ialah mereka semua. Frasa mereka semua boleh digunakan kerana semua di sini menunjukkan keseluruhan (bukan bilangan), walaupun perkataan mereka sudah menunjukkan unsur jamak. | Tatabahasa | 11.06.2012 |
Semua kakitangan syarikat itu tidak dibenarkan membuat apa-apa ___ berhubung dengan kejadian itu. 'kenyataan' atau 'pernyataan', yang manakah paling sesuai bagi ayat ini? | Perkataan yang tepat ialah pernyataan. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Semua markah peperiksaan adik tinggi. Adakah penggunaan kata adjektif "tinggi" sesuai dalam ayat ini? jika tidak, apakah yang sepatutnya? | Kata adjektif yang digunakan betul. | Tatabahasa | 20.11.2012 |
Semua maktab perguruan akan ditutup bersamaan cuti semester pertama persekolahan. munsyi, apakah kesalahan ayat ini. TQ? | Perkataan bersamaan bermaksud bertepatan dengan dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |