Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sekalian, segala: kalau ada wang, ~ boleh dibuat; 2. = semuanya, ke­semuanya sekaliannya: ~ memuji dia; 3. = kesemua segenap, setiap, seluruh: bunga itu merah ~; semua-semuanya segala-galanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak ada yg dikecualikan; sekalian; segala: ~ orang akan mati. 2 = semuanya, kesemuanya sekaliannya sekali: Kambing dan lembunya ~ dijual. 3 seluruhnya; segala-galanya: Berapa harga ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semua (kata tugas)
1. Bersinonim dengan sekalian: segala, seluruh, sarwa, sekotah,

2. Bersinonim dengan sekaliannya: kesemuanya, serba serbi, semuanya, setiap,

3. Bersinonim dengan segenap: setiap, seluruh, serata, seantero.,


Puisi
 

Kain tanjung kain pelikat,
     Semua sudah dijahit enjin;
Bunga berjunjung teguh berikat,
     Tidak bergoyang ditiup angin.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Kita semua (= sekalian) mati,
     tetapi kubur masing-masing.

Bermaksud :

Masing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mereka semua sangat ringan tulang. Saya ingin bertanya adakah betul penggunaan semua selepas perkataan mereka? Adakah dibolehkan?Frasa kami semua, kita semua, mereka semua, kalian semua boleh digunakan kerana semua di sini menunjukkan keseluruhan, bukan bilangan walaupun perkataan kami, kita, mereka sudah menunjukkan unsur jamak. Tatabahasa18.05.2020
mana betul bangun semua atau semua bangunFrasa yang betul ialah semua bangun daripada ayat semua dikehendaki bangun. Walau bagaimanapun frasa bangun semua juga telah mantap penggunaannya dalam kalangan pelajar.Tatabahasa04.01.2013
Adakah frasa di bawah betul ? 1. kami semua 2. kita semua 3. awak semua 4. kamu semuaFrasa yang gramatis ialah kami, kita, awak dan kamu.Tatabahasa11.07.2012
Selamat petang. Nak tanya, ayat berikut betulkah? 1. Milik siapa epal semua itu? 2. Epal semua ini berharga lapan ringgit. Perkataan yang ditegaskan ialah semua ini/ semua itu. Adakah penggunaanya betul? Terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah "Milik siap semua epal itu?"

2. Ayat yang betul ialah "Semua epal ini berharga lapan ringgit."

Tatabahasa12.07.2019
apakah perbezaan 'kesemua' / 'semua'Semua bermaksud "sekalian" dan "segala" dan semua juga membawa maksud "kesemua", iaitu "segenap", "setiap", "seluruh". Contoh ayat: 1. Bunga itu merah kesemua; 2. Semua orang akan mati.Makna10.08.2017
Salam sejahtera, Kata ganti nama "Kita" adalah dalam bentuk jamak. Jadi adakah penggunaan "kita semua" betul? Contohnya, Kita semua ditipu oleh Ali. Bolehkan perkataan kita diikuti dengan bilangan "semua" atau perkataan "semua" perlu digugurkan? Mohon beri tunjuk ajar. Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kita bermaksud kata ganti diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (mendengarnya), saya dan kamu semua.  Oleh itu, perkataan 'semua' dalam 'kita semua' tidak perlu digunakan kerana perkataan kita telah merangkumi maksud semua.Tatabahasa11.01.2011
Bagaimana mencantumkan kedua-dua ayat tunggal di bawah: a) Semua murid berkumpul di dewan. b) Semua guru berkumpul di dewan. Adakah ayat majmuk bagi jwp yg betul ialah: Semua murid dan guru berkumpul di dewan. ATAU Semua murid dan semua guru berkumpul di dewan. Adakah penggulangan perkataan 'SEMUA' diperlukan. Terima kasih.Ayat yang betul:

Semua murid dan guru berkumpul di dewan.

Tatabahasa20.10.2015
Selamat pagi Saya ingin bertanya semua kanak atau semua kanak-kanak ? sebab di belakang semua / setiap/ para tidak boleh bubuh kata ganda . yang mana betul ? terima kasihKanak-kanak bukan penanda jamak. Gandaan bagi perkataan tersebut sebagai penanda makna kesamaan atau keserupaan seperti gula-gula dan langit-langit. Oleh itu, frasa "semua kanak-kanak" boleh digunakan.Tatabahasa24.09.2012
Adakah penggunaan kami semua dalam ayat betul? Contoh ayat : Kami semua ke sekolah menaiki bas. Kami telah bantu atau telah kami bantu

Frasa kami semua (termasuk kita semua, mereka semua, kalian semua) boleh digunakan kerana semua di sini menunjukkan keseluruhan, bukan bilangan walaupun perkataan kami sudah menunjukkan unsur jamak. Kedua-duanya betul - kami telah membantu.../telah kami bantu...

Tatabahasa10.05.2010
Semua mereka yang hadir itu kebanyakannya ialah kenalan rapat Encik Lim. Munsyi, adakah semua mereka diterima sebagai ayat gramatis? terima kasih atas tunjuk ajat tuan.Frasa yang betul ialah mereka semua. Frasa mereka semua boleh digunakan kerana semua di sini menunjukkan keseluruhan (bukan bilangan), walaupun perkataan mereka sudah menunjukkan unsur jamak. Tatabahasa11.06.2012
12345678910...

Kembali ke atas