Berikan jawapan yang betul & berikan sebab... 1. Semua murid menumpukan perhatian _________ ceramah yang disampaikan. A. terhadap B. dengan C. tentang D. untuk | 1. Semua murid menumpukan perhatian ____tentang_____ ceramah yang disampaikan. tentang- digunakan sebagai unsur yang membawa rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. ceramah - unsur mujarad yang dibicarakan. terhadap- digunakan unsur yang membawa rujkan yang melibatkan penyambut terterntu, sama ada manusia, haiwan atau benda. | Tatabahasa | 13.09.2012 |
Adakah frasa di bawah ini betul atau lewah 1) Semua warga sekolah 2) Semua lapisan masyarakat | 1. Frasa yang betul ialah warga sekolah kerana warga telah menunjukkan jamak. 2. Frasa semua lapisan masyarakat betul. | Tatabahasa | 08.09.2015 |
1. Semua calon peperiksaan dikehendaki supaya menghantar kertas jawapan. 2. Cikgu sedang perhatikan murid-muridnya bersenam di padang. 3. John membeli banyak cenderamata ketika melawat Pulau Tioman. Adakah ketiga-tiga ayat tersebut betul @ terdapat kesalahan? Terima kasih | 1. Semua calon peperiksaan dikehendaki menghantar kertas jawapan. 2. Cikgu sedang memerhati murid-muridnya bersenam di padang. 3. John membeli banyak cenderamata ketika melancong di Pulau Tioman. | Tatabahasa | 09.09.2015 |
Adakah frasa di bawah betul ? 1. kami semua 2. kita semua 3. awak semua 4. kamu semua | Frasa yang gramatis ialah kami, kita, awak dan kamu. | Tatabahasa | 11.07.2012 |
Ayat manakah yang betul. 1.Semua calon peperiksaan itu dikehendaki supaya menghantar kertas jawapan. 2. Cikgu Ali sedang perhatikan murid-muridnya bersenam di padang. 3. Ahmad membeli banyak cenderamata ketika melawat Pulau Tioman. | Ayat yang betul ialah: 1.Semua calon peperiksaan itu dikehendaki supaya menghantar kertas jawapan. 3. Ahmad membeli banyak cenderamata ketika melawat Pulau Tioman. | Lain-lain | 09.09.2015 |
Tuan, antara ayat berikut yang mana betul? (1) semua pelajar turun daripada bas (2) semua pelajar turun dari bas | Ayat yang betul ialah 2. semua pelajar turun dari bas | Tatabahasa | 18.05.2012 |
Adakah dua ayat di bawah ini adalah betul? Kalau salah ,mengapa? 1)Semua calon peperiksaan itu dikehendaki supaya menghantar kertas jawapan. 2)Cikgu Lim sedang perhatikan murid-muridnya bersenam di padang. | Ayat yang lebih gramatis 1) Semua Calon peperiksaan dikehendaki menghantar kertas jawapan 2) Cikgu Lim Sedang memerhati murid-muridnya bersenam di padang. | Tatabahasa | 09.09.2015 |
Tuan, Yang manakah ayat berikut betul 1. Semua guru dan murid berkumpul di padang. 2. Semua guru dan murid-murid berkumpul di padang. Harap dapat penjelas tentang kedua-dua ayat di atas. Sekian,terima kasih. | Ayat yang tepat ialah ayat no. 1. Apabila sudah ada perkataan "semua" yang menunujukkan jamak atau ramai, tidak perlu lagi digandakan objeknya. | Lain-lain | 13.10.2014 |
Assalamualaikum dan saya ingin bertanya antara dua ayat yang berikut yang manakah yang bertul? (1) Semua minit mesyuarat hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha mesyuarat; atau (2) Semua minit mesyuarat hendaklah ditandatangan oleh Setiausaha mesyuarat. Sekian. Terima kasih. Wassalam. | Ayat yang betul ialah, "Semua minit mesyuarat hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha mesyuarat." | Tatabahasa | 30.06.2009 |
Penggunaan Tatabahasa Ayat: 1. Semua pelajar tingkatan 1, 2, 3, dan 4 diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah yang lengkap. 2. Semua pelajar tingkatan 1, tingkatan 2, tingkaan 3, dan tingkatan 4 diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah yang lengkap Soalan: Ayat mana yang betul, 1 atau 2?. Apakah kesalahannya? Terima kasih. | Kedua-duanya betul dan gantikan perkataan menggunakan kepada memakai. | Tatabahasa | 07.02.2012 |