Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nan.tia.sa] | سننتياس

Definisi : sepanjang masa, selalu(nya); ® sentiasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.nan.tia.sa] | سننتياس

Definisi : sepanjang masa; sentiasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Laksana kain (= benang) putih.

Bermaksud :

Senantiasa menurut perkataan orang; kanak-kanak yang masih kecil.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
macam mana mahu menyertai contest yang berkaitan dengan penulisan cerpen atau sajak.Peraduan menulis cerpen atau sajak yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka akan diiklan dalam akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Dalam iklan tersebut dimuatkan maklumat tentang syarat pertandingan dan nama pegawai projek yang menguruskan pertandingan tersebut. Oleh itu, saudara disarankan supaya senantiasa merujuk akhbar tersebut.Lain-lain02.09.2007
1)Puan Kamariah membeli sebiji kek berperisa/berperasa coklat di kedai kek. yang manakah yang betul, berperisa atau berperasa 2) kedua-dua pengantin atau kedua-dua orang pengantin? yang manakah yang betul? 3)seekor lembaga atau satu lembaga??? 4)bagaimana cara untuk kita mengenal pasti penggunaan partikel pun sama ada serangkai atau jarak? contohnya kalaupun atau kalau pun???mana yang betul?? 5) "senantiasa" "sentiasa". yang mana yang paling tepat??1. Kek berperisa coklat.
2. kedua-duanya betul.
3. Satu lembaga.
4. Ada dua cara menulis partikel pun. Partikel pun yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Contoh: apa pun;telah pun. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, iaitu adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun dan sungguhpun.
5. Kedua-duanya betul.
Tatabahasa07.05.2013

Kembali ke atas