Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : senarai nama orang dll yg mem-punyai rekod buruk (spt telah melanggar peraturan atau undang-undang, mengingkari perjanjian, dll); menyenaraihitamkan merakamkan (me­masukkan) dlm senarai hitam: JPJ akan ~ pemandu teksi yg kerap melakukan kesalahan lalu lintas dan yg menipu penumpang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : senarai nama orang (syarikat dll) yg disyaki melakukan sesuatu yg salah atau yg membahayakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senarai (kata nama)
Bersinonim dengan daftar, lis, faharasat, indeks, katalog, jadual, susunan, catatan;,
Kata Terbitan : menyenaraikan, tersenarai, penyenaraian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan majmuk seperti sebut harga, senarai hitam dieja rapat jika diapit? Contoh : penyebutharga, disenaraihitam atau disenaraihitamkan? berkuatkuasa atau berkuat kuasa?

Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Oleh itu, “sebut harga”, “senarai hitam”, “penyebut harga” dan “berkuat kuasa” dieja terpisah. Walau bagaimanapun, apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya:

senarai hitamdisenaraihitamkan

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72 hingga 75.

Tatabahasa04.03.2024
Salam. Senarai hitam merupakan kata majmuk yg tidak mantap. Adakah perkataan ini akan dieja rapat sekiranya imbuhan apitan digunakan seperti menyenaraihitamkan.

Saudara,

Ejaan yang betul ialah menyenaraihitamkan. Kata majumuk dieja sebagai dua perkataan. Walau bagaimanapun, apabila menerima imbuhan awalan dan akhiran, perkataan  tersebut dieja sebagai satu perkataan.  

Ejaan22.08.2010
Bolehkah perkataan "ADA" digunakan di depan kata kerja? Misalnya : 1. Saya ADA semak senarai hitam. 2. saya ADA membuat kerja. 3. Surat pelantikan ADA difailkan. minta penjelasan.Perkataan ada boleh digunakan di hadapan kata kerja.

Contoh:
1. Dia ada pergi ke sekolah pagi tadi.
2. Saya ada menerima surat daripadanya.
Tatabahasa12.08.2013
Berdasarkan penjelasan tuan (ADA di depan kata kerja) Adakah ini bermakna ayat ADA di bawah tidak sesuai? 1(a) Dia ADA pergi ke sekolah pagi tadi. 1(b) Dia TELAH pergi ke sekolah pagi tadi. 2(a) Saya ADA menerima surat daripadanya. 2(b) Saya TELAH menerima surat daripadanya. 3(a) Dia ADA menyemak senarai hitam. 3(b) Dia TELAH menyemak senarai hitam. 4(a) Surat pelantikan ADA difailkan. 4(b) Surat pelantikan TELAG difailkan.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, terdapat beberapa makna ada, iaitu; 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki;

Penggunaan perkataan ada dalam ayat yang dinyatakan boleh digunakan.
Tatabahasa16.08.2013
Yang berikut mana satu adalah betul? Sebab? 1. Senarai borang-borang yang digunakan... 2. Senarai borang yang digunakan...Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, senarai bermaksud beberapa nama (orang, benda dan lain-lain) yang ditulis atau dicap berturut-turut; daftar: ~ nama pengarang. ~ hitam senarai nama orang (syarikat dan lain-lain) yang disyaki melakukan sesuatu yang salah atau yang membahayakan. ~ semak senarai yang di dalamnya terkandung barang-barang yang diperlukan, perkara yang perlu dilakukan, hal yang perlu diberi pertimbangan dsb, yang digunakan untuk disemak supaya semuanya telah ada, telah dilakukan dsb.


Daripada takrifan tersebut, frasa yang betul ialah senarai borang yang digunakan...
Tatabahasa19.11.2014
Assalamualaikum, Saya nak tahu istilah dalam Bahasa Melayu dan Nama dalam Istilah Saintifik (famili & spesis) pokok berikut: Nama Pokok : Ibol (Bahasa Murut) Kegunaan : Untuk menghasilkan warna Hitam dicampur dengan arang untuk mewarna buluh. Terima kasihPihak DBP tidak menyimpan senarai nama pokok seperti yang diperlukan. Saudara boleh menghubungi Jabatan Pertanian atau Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar di tempat saudara.Lain-lain01.03.2008
Salam, boleh saya dapatkan senarai sapaan anak/nama pangkat mengikut kedudukan dalam keluarga, misalnya anak pertama dipanggil Pak Long, anak kedua dipanggil Pak Ngah, dan seterusnya? Sekian, terima kasih.Dalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya.
Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long;
2. Angah @ Pak/Mak Ngah
; 3. Alang @ Pak/Mak Lang;
4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak;
5. Ateh @ Pak/Mak Teh;
6. Anjang @ Pak/Mak Anjang;
7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam;
8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai.

Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu.  Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja.
Tatabahasa28.10.2012
1. Apakah kekurangan dalam ayat ini~'Senarai keperluan yang perlu dibawa adalah seperti berikut:-' 2.Bolehkah kita menggunakan ayat yang mempunyai bersama-sama~'Kami pergi ke sana bersama-sama dengan ibu dan bapa.' 3. Berikan satu ayat yang dapat membezakan penggunaan kosa kata 'menyarung' dan 'menyarungkan'1. Tidak ada kesalahan dalam ayat tersebut kerana kata pemeri adalah boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti "adalah seperti". 
2.
Kami pergi ke sana bersama-sama  ibu dan bapa. - Penggunaan perkataan "bersama-sama dengan" adalah lewah dan tidak gramatis kerana mempunyai makna yang sama.
3. Menyarung bermaksud memberi bersarung. Contoh: Dia terus menyarung pakaian. Meyarungkan pula bermaksud memasukkan ke dalam sarung. Contoh: Kemudian Panglima Hitam pun menyarungkan kerisnya kembali. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, mohon rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4.
Lain-lain17.09.2015

Kembali ke atas