| Senda gurau atau gurau senda? Bersenda gurau atau bergurau senda? | Senda gurau dan gurau senda, kedua-duanya boleh digunakan. | Lain-lain | 18.10.2017 |
| adakah perkata gurau senda satu kata ganda? dieja dalam satu perkataan atau dua? bergurau senda atau bersenda gurau? | Gurau senda ialah frasa dan bukan kata ganda dan dieja dua perkataan. | Tatabahasa | 29.10.2011 |
| Dalam perjalanan, kami berbual-bual sambil bergurau-senda。 Adakah ayat ini betul? Terima kasih. | Ayat "Dalam perjalanan, kami berbual-bual sambil bergurau-senda." adalah betul. | Tatabahasa | 10.05.2014 |
| Adakah penggunaan imbuhan mem, per, kan boleh digunakan | Apitan memper-...-kan boleh bergabung kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya, kata nama: isteri - memperisterikan senda - mempersendakan kata kerja: dengar - memperdengarkan bahas - memperbahaskan Walau bagaimanpun apitan memper-...-kan tidak boleh bergabung dengan kata adjektif, sebaliknya awalan memper ... digunakan dengan kata adjektif untuk membawa makna menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya, besar - memperbesar (menjadi lebih besar atau bertambah besar) dan indah - merperindah (menjadikan bertambah indah). untuk makluman lanjut sila dapatkan buku tatabahasa Dewan dan rujuk halaman 198 - 200 | Tatabahasa | 02.05.2013 |
| Apakah frasa BM yang sesuai untuk 'Engaging Humor'? Contoh ayat: The Engaging Humor path is designed to help you build your skills as a humorous and engaging public speaker. | Kami mencadangkan "engaging humour" diterjemahkan sebagai "bergurau senda" atau "jenaka bersahaja". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 22.07.2021 |
| Mengapakah imbuhan memper... kan tidak boleh digunakan untuk kata adjektif? | Puan Siti, jawapan yang boleh saya berikan adalah seperti yang berikut: -golongan kata yang boleh bergabung dengan apitan memper...kan ialah golongan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja, contohnya, kata nama isteri - memperisterikan senda - mempersendakan kata kerja dengar - memperdengarkan bahas - memperbahaskan manakala awalan memper ... digunakan dengan kata adjektif untuk membawa makna menjadikan lebih atau bertambah.Contohnya besar...memperbesar (menjadi lebih besar atau bertambah besar), indah ... merperindah (menjadikan bertambah indah) untuk makluman lanjut sila dapatkan buku tatabahasa Dewan dan rujuk halaman 198 - 200 Terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. | Tatabahasa | 10.02.2009 |
| Apakah beza dengan "serak" dan "gurau"? Terima kasih | Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza: serak - 1. parau atau garau (suara) 2. tersendat jalan pernafasannya (seperti orang kena selesema, berdahak, dan lain-lain) gurau - percakapan secara bermain-main, senda, kelakar, lawak, olok-olok | Lain-lain | 20.07.2022 |
| Assalamualaikum, Apakah ciri-ciri / perbezaan antara seloka dan gurindam? Terima kasih. | Waalaikumussalam. Istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Walaupun nama gurindam itu berasal daripada pengaruh asing, tetapi bentuk gurindam itu dicipta oleh masyarakat Melayu sendiri dan berkembang dalam tradisi lisan Melayu. Menurut Za'ba, gurindam ialah sejenis puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap. Puisi ini mengandung fikiran yang bernas untuk tujuan memberi nasihat dan pesanan. Gurindam digubah dalam bahasa yang indah. Berikut diturunkan salah satu contoh gurindam, iaitu: Kalau banyak berkata-kata, Di sanalah boleh terjadi dusta. Seloka juga berasal daripada bahasa Sanskrit, tetapi dalam bahasa Melayu seloka adalah sejenis puisi lisan Melayu yang tiada tetap sajaknya. Puisi ini digubah bertujuan untuk menyindir, mengejek, bergurau senda dan berjenaka dengan menggunakan bahasa yang berangkap seperti yang berikut: Aduhai malang Pak Kaduk Ayamnya menang kampung tergadai Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran Mudik menongkah surut Hilir menongkah pasang. | Lain-lain | 28.08.2009 |
| Hi, saya sentiasa mengelirukan penggunaan imbuhan. Bila nak guna akhiran kan, i dan bila guna memper...kan atau tidak ada kan. Bila tidak perlu guna imbuhan? Terima Kasih. | 1) Imbuhan akhiran –kan merupakan akhiran yang membentuk kata kerja dalam bahasa Melayu. Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran –kan untuk membentuk kata kerja. Contohnya, i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan. Akhiran –kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan. Contohnya: berbantalkan, dipertingkatkan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 183-186. 2) Imbuhan akhiran –i membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran –i, iaitu: (i) memberi pengertian kausatif atau menyebabkan sesuatu jadi: baik – baiki (menyebabkan sesuatu jadi baik), sudah - sudahi. (ii) memberi pengertian lokatif, iaitu menyatakan unsur tempat: turuni lurah – turun ke lurah. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 186-190. 3) Apitan memper-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya: memperisterikan, memperbudakkan, mempersendakan, memperdengarkan, memperlihatkan, mempertunjukkan. 4) Walau bagaimanapun apitan memper-...-kan tidak boleh bergabung dengan kata adjektif, sebaliknya awalan memper- digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya: besar – memperbesar (menjadi lebih besar atau bertambah besar) dan indah – memperindah (menjadikan bertambah indah).Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 208-211. | Tatabahasa | 08.06.2024 |