Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sendi
Kata Terbitan : persendian, bersendi, menyendi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Mengapakah kita gunakan kata sendi nama "daripada" dalam frasa "pulang daripada bercuti"?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud daripada ialah:
1.Kata sendi nama untuk menerangkan asal (sumber, bahan dan lain-lain) sesuatu benda
2 Kata sendi nama untuk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda atau lebih
3 Kata sendi nama yang menyatakan maksud mencegah
4 Kata sendi nama yang menunjukkan orang yg memberi
5 Kata sendi nama yang menunjukkan perubahan
6 Kata sendi nama yang menghubungkan sebahagian dengan keseluruhan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud bercuti ialah:
1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dan lain-lain), berlibur;
2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dan lain-lain)

Maka ayat yang betul ialah pulang daripada bercuti

Penggunaan dari yang betul hanyalah untuk menyatakan arah, tempat dan masa sahaja.
Tatabahasa03.07.2019
Mengapakah dalam ungkapan ke-14, tanda sempang (-) mesti diwujudkan di antara kata sendi nama "ke“ dengan kata bilangan "14"? Adakah hal ini demikian bertujuan untuk memisahkan kata sendi nama "ke" dengan kata bilangan "14” agar kata sendi nama dan kata bilangan tidak dicampuradukkan, iaitu kata sendi nama tidak bercampur aduk dengan kata bilangan atau kata bilangan tidak bercampur dengan kata sendi nama? Adakah kejadian ini disebabkan kata sendi nama dan kata bilangan berasal daripada golongan kata yang berlainan, jadi konsep "tidak mahu mencampuradukkan golongan kata yang berlainan" wujud dengan meletakkan tanda sempang(-)?Tanda sempang (-) dalam ungkapan ke-14 merupakan peraturan atau ketetapan yang telah ditentukan dalam gaya penulisannya.Ejaan11.07.2014
Berdasarkan soalan lalu, tuan mengatakan k kerja dan k adjejtif boleh hadir selepas k sendi nama. Jadi, apakah fungsi sebenar k sendi nama.Sebelum ini saya beranggapan bahawa k nama shj yg boleh hadir slps k sendi nama. Hal ini bermakna antara k sendi nama dgn k hubung tiada bezanya. hrp jelaskanKata sendi nama hadir di hadapan kata nama dan fungsi kata sendi nama ditentukan oleh peraturan khusus yang dijelaskan dalam setiap kata tersebut. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul sekiranya benar ada maklumat yang kami sampikan sebelum ini tidak/kurang tepat.Tatabahasa11.06.2014
saya Natcharee Marga Singkhara pelajar UNIVERSITI FATONI Selatan Thailand ingin pertanya DBP Apakah kata sendi nama Terima kasihKata sendi nama ialah perkataan yang hadir di hadapan kata nama dan fungsi kata sendi nama ditentukan oleh peraturan khusus yang dijelaskan dalam setiap kata tersebut. Untuk maklumat lanjut, layari  sendi+nama&d=10">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sendi+nama&d=10.Tatabahasa09.10.2016
Cikgu, kata sendi nama "ke" dapat digunakan untuk menunjukkan waktu atau masa sedangkan kata sendi nama "hingga" dan "sampai" juga digunakan untuk menerangkan masa? Contoh: Saya bersekolah dari pukul 8.00 pagi ke 5.00 petang. (betul) ...... dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang (betul) ...... dari pukul 8.00 pagi sampai 5.00 petang (betul) Maksudnya, kata sendi nama "hingga", "sampai" dan "ke" boleh digunakan untuk menunjukkan masa atau waktu?Sampai bukanlah kata sendi nama, tetapi antara maksud sampai ialah hingga. Oleh itu, penggunaan kata sendi nama ke dan hingga, juga sampai dalam konteks ayat tersebut idalah betul.Tatabahasa27.05.2014
Kepada DBP yang saya hormati, Adakah kata sendi nama "hingga" digunakan di depan frasa nama yang menunjukkan tempat? Contoh: ...... dari Kuantan hingga Kuala Lumpur. Dalam frasa ini, kata sendi nama "hingga" terletak di hadapan frasa nama yang merujuk tempat, iaitu "Kuala Lumpur". Adakah penggunaan kata sendi nama "hingga" ini betul? Kerana berdasarkan Tatabahasa Dewan muka surat 284 yang berkata: " Kata sendi nama 'hingga' dan 'sampai' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat. 'Hingga' dan 'sampai' dapat bertukar ganti antara satu sama lain." Dalam penerangan ini adanya perkataan "tempat". Jadi adakah kata sendi nama "hingga" merujuk tempat juga?

Kata sendi nama ke sering berpadanan dengan kata sendi nama dari untuk membawa maksud arah ke sesuatu tempat, contohnya ...dari Kajang ke Seremban. Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 268.

Tatabahasa03.06.2014
Apakah sendi namaSila manfaatkan kemudahan yang tersedia di laman web kami www.dbp.gov.my untuk mendapatkan makna/maklumat yang berkaitan. Contoh: tulis kata kunci seperti "sendi nama" dan tekan butang "CARI". Anda akan memperoleh data daripada pelbagai sumber seperti Kamus, Istilah, Peribahasa dan Khidmat Nasihat. Maksud sendi nama ini disalin daripada data "Khidmat Nasihat". Kata sendi nama hadir di hadapan kata nama dan fungsi kata sendi nama ditentukan oleh peraturan khusus yang dijelaskan dalam setiap kata tersebut. Untuk maklumat lanjut, layari  sendi+nama&d=10">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sendi+nama&d=10.Lain-lain22.09.2016
Bagaimana membezakan penggunaan kata sendi nama 'di' dan 'pada' untuk benda atau tempat"di" ialah kata sendi nama yang menunjukkan tempat dll. Contoh "di rumah", "di sekolah" dan lain-lain. Manakala "pada" pula ialah ialah kata sendi nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Contohnya "pada peringkat", "pada hari raya" dan lain-lain.Makna25.02.2015
Salam sejahtera, Saya ingin meminta tunjuk ajar dalam penggunaan kata sendi nama "akan". Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008;282), kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Persoalan saya, adakah kata sendi nama "akan" oleh digunakan sekiranya rujukan dalam sesuatu ayat (kata nama/frasa nama) bukan merujuk manusia? Contoh 1: Raksasa itu takut akan bunyi letupan. Adakah penggunaan "akan" dalam contoh ayat 1 betul? Sekian, terima kasih.Ayat contoh yang saudara berikan, Raksasa itu takut akan bunyi letupan adalah betul. Binaan ayat terdiri daripada subjek (raksasa itu) + predikat (frasa adjektif), rumus frasa adjektif (kata adjektif + kata sendi nama + kata nama), iaitu takut (kata adjektif) + akan (kata sendi nama) + bunyi (kata nama). Contoh yang lain, Badannya lemah dengan tiba-tiba - kata sendi nama dengan. Saudara perlu melihat ayat tersebut dari aspek binaan ayat frasa adjektif (lihat halaman 414, Tatabahasa Dewan) dan jangan dikaitkan dengan fungsi kata sendi nama "akan" dengan kata adjektif yang bersifat emotif.Tatabahasa16.10.2011
"untuk" merupakan kata sendi nama atau kata hubung? Tolong jelaskan dan berikan contoh. Terima kasih tuan.Selain berfungsi sebagai kata sendi nama, perkataan untuk juga berfungsi sebagai kata hubung pancangan komplemen. Kata komplemen ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. 

Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut:

a) menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaanya yang demikian, kata sendi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama bagi. Contoh: Asrama untuk/bagi  penuntut Sabah sedang dibina, derma untuk/bagi anal-anak yatim akan dipungut.

b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi. Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu)   

Perkataan "untuk" sebagai kata hubung pancangan komplemen seperti dalam ayat berikut;
a. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.
b. Untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil.

Tatabahasa04.11.2013
12345678910...

Kembali ke atas