Salam sejahtera. Soalan: Allah (sendiri/Sendiri?), (perkasa/Perkasa?), (mulia/Mulia?) Terima kasih | Jawapannya ialah: i. Allah Yang Berdiri Sendiri (merujuk kepada satu daripada 99 nama Allah, al-Qayyum) ii. Allah Yang Maha Perkasa (merujuk kepada satu daripada 99 nama Allah, iaitu al-Jabbar) iii. Allah Yang Maha Mulia (merujuk kepada satu daripada 99 nama Allah, al-Karim, iaitu Yang Maha Mulia dan Sedia Memberi)
| Ejaan | 21.09.2013 |
Yang mana paling tepat: a) "Bak kata pepatah Melayu, Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Betulkah, ibu?" b) "Bak kata pepatah Melayu, 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.' Betulkah, ibu?" c) "Bak kata pepatah Melayu, 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.' Betulkah, ibu?" d) "Bak kata pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Betulkah, ibu?" | Penggunaan tanda baca yang betul seperti dalam ayat: (d) "Bak kata pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Betulkah, ibu?" | Tatabahasa | 08.09.2011 |
adakah perkataan "diri sendiri" ditulis seperti "diri-sendiri" atau "diri sendiri"? terima kasih. | Cara penulisan yang betul ialah diri sendiri | Ejaan | 14.09.2017 |
maksud perkataan "perihal diri sendiri" | Maksud perihal diri sendiri ialah keadaan diri sendiri, iaitu perkara yang memerikan, menggambarkan atau menjelaskan diri sendiri untuk mudah difahami. | Makna | 10.07.2009 |
Apakah english reflexive pronouns dalam bahasa Melayu? Adakah sendiri, dirinya sendiri, diri, dirinya merupakan perkataan yang mirip gantinama reflexive bahasa inggeris? Saya cari 'sendiri' dan didapati ia termasuk dalam tatabahasa bahasa melayu golongan kata nama. Tolong beri penerangan. terima kasih. | Istilah reflexive pronoun dalam bahasa Melayu ialah kata ganti refleksif. Sila rujuk buku-buku berkenaan untuk mengetahui maknanya dengan lebih lanjut. | Istilah | 07.10.2010 |
saya pernah bertanya berkenaan perbezaan antara 'Bercinta Dengan Diri Sendiri" dan "Mencintai Diri Sendiri"...dan jawapan diterima ialah kedua-dua frasa tersebut membawa maksud yang sama, iaitu menaruh rasa cinta pada diri sendiri. terima kasih atas jawapan, cuma saya agak keliru dengan penggunaan "Bercinta Dengan Diri Sendiri" kerana saya pernah difahamkan frasa tersebut bermaksud menaruh rasa cinta pada diri sendiri tetapi lebih kepada taksub dengan diri sendiri...manakala tidak bagi frasa "Mencintai Diri Sendiri"...harap Tuan dapat memberi penjelasan..Terima kasih.. | Merujuk Kamus Dewan, tidak ada perbezaan tahap 'menaruh rasa cinta' pada maksud bercinta dan mencintai. Maksud 'menaruh rasa cinta' juga berbentuk abstrak dan boleh boleh diberi pelbagai tafsiran yang berkaitan dengan makna tersebut. | Tatabahasa | 13.09.2012 |
Adakah perkataan "sendiri" kata gantinama? Jika tidak, ia dilingkungan apa dalam tatabahasa bahasa malaysia? | Perkataan "sendiri" bukan kata ganti nama. Sendiri merupakan adverba yang berfungsi sebagai adjektif ataupun kata nama bergantung pada penggunaannya dalam ayat. Contoh sebagai kata adjektif ialah Rencana itu merupakan hasil fikirannya sendiri atau Dia tinggal sendiri di rumah itu. Contoh sebagai kata nama ialah Dia tinggal di rumahnya sendiri. | Tatabahasa | 02.09.2006 |
Salam sejahtera, Adakah "self-check" sesuai diterjemahkan kepada "semakan sendiri" atau "semakan-sendiri"? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih. | Padanan terjemahan yang sesuai untuk self-check ialah semakan sendiri atau semakan kendiri. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.09.2019 |
saya ingin bertanya...Apakah perbezaan antara 'Bercinta Dengan Diri Sendiri" dan "Mencintai Diri Sendiri"...Adakah 2 frasa ini membawa makna yang berbeza? | Kedua-dua frasa tersebut membawa maksud yang sama, iaitu menaruh rasa cinta pada diri sendiri. | Tatabahasa | 13.09.2012 |
minta maksud perkataan swadaya | Maksud perkataan swadaya ialah kekuatan sendiri, tenaga (daya ) sendiri | Makna | 24.04.2007 |