Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk sudu garpu,dan senduk? | Penjodoh bilangan bagi sudu, garfu dan senduk ialah sebatang. Jika sudu dan garfu, penjodoh bilangannya ialah sepasang. | Lain-lain | 09.08.2010 |
Mohon pencerahan untuk soalan di bawah: Pak Mat ____ ular Tedung Senduk ketika menebas di belakan rumahnya. A. digigit B. dipatuk C. dikacip D. dipagut Jawapan pilihan antara B dan D. Saya telah membuat ke atas kedua2 perkataan tersebut tetapi tiada maklumat kecuali kata dasar. Oleh itu, saya mohon pencerahan jawapan yang paling tepat supaya tidak menimbulkan keraguan dan kekeliruan. Sekian, terima kasih. | Menurut data kami, jawapan yang gramatis ialah B. dipatuk | Lain-lain | 11.03.2019 |
adakah perkataan menceduk wujud? apakah maksudnya? | Menurut Kamus Dewan, ceduk bermaksud cekung (pipi, mata, dll). Cedok bermaksud mengaut atau mengambil dengan senduk (cebok, gayung dll). Perkataan menceduk tidak wujud, sebaliknya perkataan mencedok wujud. | Makna | 21.11.2012 |
Apakah bezanya 'sudu' dan 'camca'. Kalau dikemukakan soalan ; Emak menyuapkan adik bubur itu menggunakan ______ ( A. sudu B. sudip C. camca D. senduk ) Jawapan manakah yang betul? Terima kasih. | Sudu dan camca membawa maksud yang sama. Jawapan A dan B boleh diterima. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Istilah | 29.06.2009 |
Apakah perbezaan menyudip dan mencedok? | Kedua-duanya tidak banyak perbezaan menyudip dari segi maknanya iaitu mengaut atau menyenduk dgn sudip atau mengaut atau menyenduk dgn sudip, manakala mencedok mengambil sesuatu dgn gayung (cebok, senduk dsb) atau mengambil atau meniru (drpd karangan, ciptaan orang lain, dll) | Tatabahasa | 06.08.2019 |
Huraikan contoh-contoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom Ahmad | Contoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam Ranjau Sepanjang Jalan. Watak Lahuma dan Jeha merupakan gambaran perjuangann hidup dari sebuah keluarga petani miskin yang menjadi proto-type dari petani miskin yang lain. sifat umum yang terdapat pada mereka ialah; - menyerah segala nasih kepada Allah SWT. Rintangan atau ranjau dalam kehidupan mereka sebagai petani adalah suatu yang wajar. Lahuma dan Jeha sebagai protagonis perlu menghadapi cabaran dari alam yang menimbulkan pelbagai konflik jiwa kepada mereka. - Lahuma mencintai isteri dan anak-anaknya tanpa batas dan cinta itu dicurahkan melalui pekerjaannya. Pengarang melukiskan Lahuma sebagai seorang petani miskin yang penuh tanggungjawab terhadap sawah yang menghidupkan keluargannya. Lahuma merupakan watak dinamis yang sanggup menghadapi maut dalam perjuangannya. Sungguhpun kesakitan ditikam duri nibung ia masih ingin menumpukan perhatiannya terhadap bendangnya yang belum selesai. Watak Jeha pula lambang dari isteri petani yang setia, yang cintanya tak terbatas dan pengorbanannya tak bertepi. walau bagaimanapun kualiti kewanitaannya masih tetap ada seperti di menjadi lemah semangat bola terkena geroh ular senduk, fikirannya terganggu oleh kematian Lahuma yang menyebabkan segala tanggungjawab terpikul di bahunya. Fikirannya terganggu oleh perderitaan yang tidak terselesaikan dan akhirnya menjadi gila dan dikurung tetapi masih memperlihatkan cinta kasinya terhadap suami yang telah mati dan terhadap sawahnya. | Sastera | 21.03.2012 |