Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[seng.ga.ra] | سڠݢارا

Definisi : ; menyenggarakan mengurus, me-ngendalikan, menyelenggarakan; penyenggaraan perbuatan menyenggara­kan, pengendalian, pengurusan; selenggara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[seng.ga.ra] | سڠݢارا

Definisi : ; menyenggara membuat kerja-kerja supaya (sesuatu) berada dlm keadaan baik: ~ adalah penting bagi memastikan kenderaan berada dlm keadaan baik. menyenggarakan me­lakukan kerja-kerja pembaikan atau mengekalkan keadaan baik (mesin, bangunan dsb). tersenggara dpt atau sudah disenggarakan. penyenggaraan perbuatan (cara, hal dsb) menyenggara atau menyenggarakan sesuatu: ~ ba­ngunan. penyenggara orang yg me­nyenggara atau menyenggarakan se­suatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senggara
Kata Terbitan : menyenggarakan, penyenggaraan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh saya tahu apa beza senggara dan selenggaraSenggara dan selenggara sama sahaja maksudnya, perkataan senggara apabila menerima sisipan "el" menerbitkan kata selenggara.Tatabahasa05.05.2015
Assalamualaikum, Apakah perbezaan antara 'selenggara' dan 'senggara'?Perkataan senggara dan selenggara sama sahaja maknanya. Perkataan senggara apabila menerima sisipan 'el' di tengah-tengahnya menjadi selenggara.Tatabahasa27.09.2012
senggara akaun atau selenggara akaunMaksud kedua-dua perkataan ini adalah sama dan boleh digunakan.Lain-lain10.05.2010
maksud serta penggunaan perkataan selenggara dan senggara. Apa perbezaan antara 2 perkataan ini?

Tuan Jol,

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata selenggara dan senggara pada asasnya mempunyai mana yang sama. Hal ini demikian, kerana kata selenggara dan senggara ialah sesuatu perbuatan mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan: ladang yg luas diselenggarakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalankan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll).  Penjelasan terperinci tentang kedua-dua kata ini boleh dirujuk dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. 

  • senggara" title="senggara">senggara; menyenggarakan

    mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan;
  • penyenggaraan

    perbuatan menyenggarakan, pengendalian, pengurusan;  lihat juga selenggara.
  • Istilah25.03.2009
    Senggara atau Selenggara. menyenggara atau menyelenggara. Apa perbezaan dan bila perlu digunakanSenggara dan selenggara sama sahaja, perkataan senggara apabila menerima sisipan 'el' di tengah-tengahnya menjadi selenggara. Maka perkataan menyenggara dan menyelengggara juga sama sahaja.Makna15.08.2012
    Apakah perbezaan selenggara dan senggara? Selenggaraan dan penyenggaraan?Salam sejahtera,

    Tuan,

    Senggara dan selenggara sama sahaja maksudnya, perkataan senggara apabila menerima sisipan "el" menerbitkan kata selenggara. Begitu juga dengan senggaraan atau penyenggaraan yang mempunyai maksud sama iaitu perbuatan menyenggarakan atau mengendalikan sesuatu.

    Sekian, terima kasih.
    Tatabahasa04.01.2018
    Adakah terdapat perbezaan makna bagi perkataan senggara dan selenggara.Perkataan selenggara berasal daripada senggara yang telah ditambah dengan sisipan "el". Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, senggara bermaksud mengurus, mengendalikan atau menyelenggarakan. Kedua-dua kata tersebut sama makna dan boleh digunakan.Tatabahasa25.07.2013
    Salam sejahtera, Saya keliru dengan penggunaan penyenggaraan dan penyelenggaraan? Boleh jelaskan penggunaan kedua-dua perkataan ini?

    Tiada perbezaan antara senggara dengan selenggara. Senggara; menyenggarakan bermaksud  mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan; Selenggara; menyelenggarakan bermaksud 1. mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan  2. melaksanakan, menjalankan (rancangan, perintah dan lain-lain) 3. membela, memelihara, menjaga, merawat  4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dan lain-lain). Penyelenggaraan bermaksud 1. perbuatan menyelenggarakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan  2. pemeliharaan, pengawasan.   Penyenggaraan bermaksud perbuatan menyenggarakan, pengendalian, menyelenggarakan. 

    Makna27.01.2011
    Saya ingin bertanyakan tentang perkataan senggara dan selenggara serta penggunaannya dalam ayat. Adakah ia membawa maksud yang sama atau ada perbezaan di antara keduanya? Terima kasih.Perkataan selenggara berasal daripada senggara yang telah ditambah dengan sisipan "el". Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, senggara bermaksud mengurus, mengendalikan atau menyelenggarakan. Kedua-dua kata tersebut sama makna dan boleh digunakan.Tatabahasa22.02.2011
    Aapakah maksud senggara?

    Saudara,

    Makna senggara ialah mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

    Makna07.11.2009
    123

    Kembali ke atas