Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; menyengguk 1. mengangguk, meng-angguk-angguk; 2. menghantukkan (kepala dll): dipegangnya kepala budak itu dan di-sengguk-sengguknya di tanah; tersengguk 1. terangguk: brek menjerit dan mereka agak ~ ke muka; 2. terhantuk (ke depan); tersengguk-sengguk terangguk-angguk (orang mengantuk dll): malam telah begitu tua dan ada antara kami yg sudah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sengguk
Kata Terbitan : menyengguk, tersengguk, tersengguk-sengguk,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
9) Van yang membawa pekerja kilang itu tersengguk-sengguk kerana hampir kehabisan minyak. 10) Ayah telah membeli beberapa tangkai tasbih semasa mengerjakan umrah di Mekah.1. Perkataan tersengguk-senguk tidak sesuai kerana perkataan tersebut bermaksud terangguk-angguk(orang mengantuk).2. Perkataan tangkai tidak sesuai kerana perkataan ini bermaksud i.gagang pada buah ii. penjodoh bilangan untuk bunga.Tatabahasa22.07.2008
Salam sejahtera. Tuan, saya ingin dapatkan bantuan tentang penggunaan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan seperti ayat di bawah. Bas yang membawa pekerja kilang itu --------- kerana hampir kehabisan minyak. Penggunaan perkataan tersengguk-sengguk dan terhentak-hentak tidak sesuai. Boleh atau tidak menggunakan perkataan terhenti-henti? terima kasihCadangan kami terhenti-henti. Harap maklum.Tatabahasa28.07.2008
Apakah maksud a terpesot b terngilai-ngilai c berlatarbelakangkan ( perkataan ini adalah sambung bersama?) d tersenguk-senguk terima kasih.

a. perkataan terpesot tiada dalam rujukan kami. Sila pastikan ejaan sebenar.

b. terngilai-ngilai ialah ketawa dengan kuat dan nyaring bunyinya

c. berlatarbelakangkan ditulis sebagai satu perkataan apabila diimbuhkan dengan awalan ber...kan, jika latar belakang ditulis terpisah.

d. tersengguk-sengguk ialah kepala bergerak ke depan atau ke belakang, seperti keadaan orang mengantuk dan sebagainya.

Tatabahasa21.06.2010

Kembali ke atas