Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[seng.sa.ra] | سڠسارا

Definisi : 1. kesusahan (kesulitan dll), pen­deritaan: berbagai-bagai ~ dan kesusahan yg ditanggungnya; azab ~ berbagai-bagai penderitaan; 2. menderita kesusahan (ke-sukaran dll): buat seorang bapa tentulah tidak suka melihatkan diri anaknya dlm keadaan hidup ~; menyengsarakan menjadikan (menye­bab-kan, mendatangkan) sengsara, meng­aniaya, menyusahkan: ~ rakyat jelata; engsaraan perihal sengsara: ibu kan-dungku telah mati dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[seng.sa.ra] | سڠسارا

Definisi : menderita kesusahan atau kesulitan; tidak pernah merasai ke­senangan; sentiasa susah dan menderita hidupnya: Jika kita malas belajar, nescaya ~lah hidup kita selama-lamanya. azab ~ berbagai-bagai kesusahan dan seksa yg diderita. menyengsarakan membuat jadi sengsara; menyebabkan sengsara: Perbuatan ayah tirinya yg kejam itu telah ~ hidupnya. kesengsaraan keadaan sengsara; kesusahan hidup: Ramai yg hidup dlm ~. penyengsaraan perbuatan atau hal menyengsarakan: Dia sedikit pun tidak berasa kesal atas ~ yg dilakukannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengsara (adjektif, adv)
Bersinonim dengan susah payah, menderita, melarat, sangsai, sengsai, seksa;,
Kata Terbitan : menyengsarakan, kesengsaraan,

Puisi
 

Anak raja menjadi duyung,
     Menjadi duyung di dalam laut;
Sangat sengsara hendak bergantung,
     Rasa bergantung di hujung rambut.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bagaimana kumbang putus tali.

Bermaksud :

Amat cepat; terlepas daripada sengsara. (Biasa juga: Kambing putus tali).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pelajar lelaki suka menyakiti pelajar perempuan di dalam kelas.Pelajar lelaki suka menyakiti pelajar perempuan di dalam kelas - ayat ini betul kerana menyakiti bermaksud menyebabkan berasa sakit, sengsara, sedih, pilu, dan lain-lain.Tatabahasa27.03.2010
Apakah istilah bahasa Melayu bagi 'pain cave'? Istilah ini biasa digunakan dalam kalangan komuniti triathlon dan pengayuh basikal jarak jauh untuk menggambarkan kesusahan yang amat menguji ketahanan fizikal dan mental mereka dalam sesi latihan yang panjang.Padanan bagi istilah pain cave dalam bahasa Melayu ialah fasa sengsara. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah25.09.2024

Kembali ke atas