Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
seni (adjektif)
Bersinonim dengan halus, kecil;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pilih ayat yang betul 1 Kamu harus cepat sampai supaya tidak ketinggalan bas. 11 ¢ikgu Mat mengajarkan Matematik kepada murid-muridnya. III Darah seni memang sudah lama mengalir di dalam jiwanya. 1V Sungguhpun badannya letih, Zali tetap menghadiri majlis hari lahir. A. I,Il,dan lV B. ll,danIV sahaja. C. ll dan lll sahaja. D. 1,11,111 dan lV pilih ayat yang betul A. Fatimah memetikkan sekuntum bunga mawar dan diselitkan pada sanggulnya. B. Mereka berbincang mengenai kemenangan pasukan hoki sekolah C. Letih lesu badannya kerana tidak tidur semalaman D. Abang menghadiahkan adik sebuah buku cerita.1. Kami berpandangan ayat I,II dan IV betul. Walau bagaimanapun jika soalan yang ditanyakan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan, sila rujuk pihak yang berwenang dalam dalam hal ini seperti sekolah atau Majlis Peperiksaan Malaysia.  
2.
A. Fatimah memetikkan sekuntum bunga mawar dan diselitkan pada sanggulnya - betul.
B. Mereka berbincang mengenai kemenangan pasukan hoki sekolah - betul.
C. Letih lesu badannya kerana tidak tidur semalaman - betul.
D. Abang menghadiahkan adik sebuah buku cerita - salah.
Tatabahasa17.10.2014
SALAM,SAYA PERLU MEMBUAT CARIAN BAGAIMANA TEATER BOLEH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU.MUNGKIN PIHAK DBP BOLEH MEMBANTU DENGAN MEMBERI MAKLUMAT TENTANG DEFINISI TEATER MENURUT KAMUS DEWAN TERIMA KASIH.

Saudara,

Yang berikut ialah makna teater seperti yang dimohon.

i. Kamus Dewan Edisi Keempat 

 1. bangunan yg di dalamnya terdapat pentas tempat mempersembahkan drama, muzik, hiburan, dsb utk ditonton oleh orang ramai, panggung, pawagam; 2. seni pentas: mereka membicarakan perkembangan ~;

ii. Kamus Inggeris Melayu Dewan

1. building for performance of plays, operas, etc, teater, panggung: the town has a small ~, di pekan itu ada sebuah teater kecil; we arrived late at the ~, kami sampai lewat di panggung itu; 2. hall, room used for lectures etc, dewan: lecture ~, dewan kuliah; 3. also operating theatre bilik bedah; 4. theatrical activities generally, bidang teater: she has been working in the ~ for years, sudah bertahun-tahun dia bekerja dlm bidang teater; 5. art of presentation, performance of plays, (seni) teater: a book about ancient Greek ~, buku ttg teater Yunani kuno; 6. arena, kancah, medan: the Middle East remains the ~ of war, Timur Tengah terus menjadi kancah peperangan; 7. (US & Austral) cinema, panggung wayang, pawagam.

Makna07.09.2009
Apakah perbezaan rasuk, alang dan galang (untuk rumah)? Apakah istilah 'support beam' dalam bahasa?

Menurut Kamus Seni Bina terbitan DBP tahun 2016, huraian yang berikut diberikan untuk rasuk, alang dan galang:1">

i.    Rasuk = Struktur bangunan yang lazimnya berkedudukan mengufuk yang merentangi di antara tiang, berperanan untuk menanggung beban khususnya daripada lantai. Rasuk juga boleh dipasang pada bahagian lain seperti dinding dan bumbung.1">

ii.   Alang = Elemen struktur bangunan yang lazimnya berkedudukan mengufuk yang merentangi di antara tiang, berfungsi untuk menanggung beban khususnya daripada bumbung. 1">

iii.  Galang = Struktur melintang di antara tiang yang berfungsi untuk menyokong beban yang berat bagi sesuatu binaan yang mempunyai rentangan panjang. Galang terletak di bawah rasuk dan turut berfungsi untuk mengukuhkan struktur tiang. 1">

Untuk makluman, berdasarkan rekod kami, belum ada Istilah dalam bahasa Melayu untuk support beam. Namun kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk support beam ialah rasuk sokongan.
Istilah01.05.2017

Kembali ke atas