Saya berasa keliru terhadap konsep kata majmuk. Frasa berikut ang manakah kata majmuk? 1.replika budaya 2.pakaian tradisional 3.warisan budaya 4.kraf tangan 5.lagu budaya betitik /budaya betitik 6.papan nama /papan nama bangunan 7.seni khat 8.pakaian kebangsaan 9.almari pakaian 10.seni tulisan / seni tulisan Tamil 11.wartawan (maklumat ini diambil daripada buku teks BM tahun 5) Harap pihak dbp dapat membantu saya dalam membezakan kata majmuk dengan frasa nama. Terima kasih. | Kata majmuk ialah rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu, seperti kapal terbang dan bandar raya. Contoh yang tuan berikan ialah kata majmuk kerana kata-kata ini tidak boleh disipkan dengan unsur yang lain kerana akan memberikan pengertian yang lain. | Tatabahasa | 04.05.2020 |
salam saya nak tahu ada istilah untuk seni decoupage dalam daftar dewan? Adakah saya perlu gunakan italic untuk perkataan ini? | Belum ada padanan decoupage dalam sumber rujukan kami. Oleh itu, penulisannya dalam teks bahasa Melayu hendaklah diitalikkan atau diberi huraian untuk memudahkan pemahaman, seperti hasil kraf diperbuat daripada potongan kertas. | Istilah | 04.07.2016 |
A. Saya ingin tahu sama ada ayat di bawah ini betul atau silap. Jika silap; apakah kesilapannya. Kerjasama pihak DBP saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. 1. Dedaun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. 2. Pisang goreng itu mereka beli di gerai Wak Semah. B. Penggunaan perkataan "dari" dalam ayat di bawah, betul atau silap. 1. David memberitahu Mariah melaui e-melnya bahawa dia sempat membeli kraf tangan Kelantan dari Pasar Seni semasa dia berkunjung ke Malaysia. C. Bagaimana kita nak menentukan sama ada "ditampal dengan" atau "ditampalkan dengan" yang sesuai untuk ayat di bawah? 1. Dinding restoran itu _______________ pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah. | Saudara, Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Daun-daun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. Perkataan dedaun bermaksud pelbagai jenis daun. 2. Pisang goreng itu dibeli oleh mereka di gerai Wak Semah. Dibeli oleh mereka ialah bentuk pasif bagi diri ketiga. 3. Dalam ayat ini penggunaan kata sendi nama 'dari' betul kerana frasa 'dari Pasar Seni' ialah frasa sendi nama yang merujuk tempat. 4. Dinding restoran itu ditampal pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah atau Pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah ditampalkan pada dinding restoran itu. Ditampal (menampal) dan ditampalkan (menampalkan). Kedua-dua ayat ini boleh digunakan bergantung pada konteks dan maksud yang hendak disampaikan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan tentang kata kerja dengan imbuhan meN. | Tatabahasa | 10.11.2009 |