Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
seni (adjektif)
Bersinonim dengan halus, kecil;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam bidang seni visual, apakah terjemahan yang sesuai untuk marker pen?Terjemahan untuk marker pen ialah pen penanda.Penyemakan dan penterjemahan22.07.2016
Assalamualaikum, saya seorang guru sekolah rendah pengkhususan pendidikan seni visual. saya telah hasilkan sebuah novel grafik /komik berilmiah untuk bacaan kanak-kanak, mempunyai jalan cerita seperti sebuah komik tetapi berteraskan pendidikan pengkhususan nutrien pemakanan, ia telah disemak oleh pegawai zat makanan daerah di sekolah. Adakah pihak tuan boleh mencadangkan bagaimana untuk saya mengetengahkan karya ini ke pasaran? untuk makluman, sebelum ini saya telah pun menghasilkan sebuah novel grafik/ komik yang lain untuk syarikat penerbitan buku Pekan Ilmu Publication, ianya telah diterima, namun hampir 2 tahun ia masih tidak diterbitkan.Salam Sdr. Yazid, Tahniah kerana berjaya menghasilkan buku dalam bentuk komik. Sekiranya novel sdr. telah lengkap (teks dan ilustrasi), bolehlah diajukan ke DBP untuk dinilai. Memang pihak kami sedang merancang untuk menerbitkan karya/buku informatif kanak-kanak dan remaja. Walau bagaimanapun, pihak kami tidak menerima sebarang karya yang telah diberikan kepada syarikat lain (menunggu untuk proses penerbitan). Sila hantar manuskrip kepada Pengarah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain14.06.2012
Salam.. Saya ingin mengetahui tentang laras bahasa terutamanya dalam laras seni (visual,tarian,nyanyian dan muzik). Terima kasih.Laras bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya misalnya laras bahasa klasik, bahasa istana, bahasa sains dan bahasa seni. Sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan dengan laras bahasa khusus kepada bahasa yang digunakan dalam bidang seni dan budaya.Tatabahasa26.02.2009
Suasana Seni merupakan vendor untuk bank rakyat dimana kami mengeluarkan visual iklan untuk pihak Bank. Visual ini memerlukan pengesahan daripada DBP. Diharap pihak tuan dapat membantu dalam perkara ini.Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain12.11.2014

Kembali ke atas