Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ni.wa.ti] | سنيواتي

Definisi : bintang filem (wanita). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ni.wa.ti] | سنيواتي

Definisi : bintang filem perempuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seniwati (kata nama)
Bersinonim dengan bintang filem wanita, aktres, anak wayang, primadona.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya meminati Seniwati Sarimah dalam filem "Rantau Sepanjang Jalan". Adakah betul ejaan Seniwati di dalam ayat tersebut? Atau perlu pangkal hurufnya perlu ditulis dengan huruf kecil? Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih.Perkataan seniwati ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa18.08.2020
1. dia yang menyebabkan kami berpecah-belah? adakah ayat ini betul? jika tidak apakah pembetulannya? 2. seniwati yang terkenal sekali di dunia ialah ... adakah terkenal sekali betul digunakan ? terima kasih

1. Dia yang menyebabkan kami berpecah-belah. - ayat ini betul 

2. seniwati yang terkenal sekali di dunia ialah ... - frasa terkenal sekali adalah betul.

Tatabahasa01.06.2010
assalamualaikum..saya ingin bertanya adakah perkataan seniwati mempunyai imbuhan akhiran. adakah perkataan wati itu sendiri imbuhan akhiran atau bagaimana. terima kasih
Bentuk -wan, -man,-wati dan -nita merupakan akhiran yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 307 untuk maklumat lanjut. 
Tatabahasa05.12.2020

Kembali ke atas