Apakah jenis senjata yang dinamakan syahmura? Kamus dewan hanya menakrifkan sebagai sejenis senjata. Apakah jenisnya? Jenis senjata bilah? Senjata api? Apakah rupa bentuknya? | Assalamualaikum, Dewan Bahasa dan Pustaka hanya memberikan nasihat tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul dan baik sahaja dan tidak menerangkan tentang soalan yang ditanyakan mengenai rupa bentuk senjata tersebut. Sekian terim kasih | Lain-lain | 04.12.2018 |
depot simpanan senjata atau depoh simpanan senjata? yang mana satu tepat? | Penggunaan yang betul ialah 'Depot Simpanan Senjata'. | Tatabahasa | 28.03.2011 |
1. Mereka mendapat bantuan senjata dari/daripada Republik Rakyat China. | Mereka mendapat bantuan senjata daripada Republik Rakyat China. | Tatabahasa | 03.04.2012 |
MOHON TAHU EJAAN YANG BETUL SENJATAPI @ SENJATA API | Ejaan yang betul ialah senjata api. | Ejaan | 01.08.2007 |
salam. Laksamana Hang Tuah terkenal dengan (kecekapannya / ketangkasannya) bermain senjata. Jawapannya: kecekapannya atau ketangkasannya. Terima kasih | Laksamana Hang Tuah memang terkenal dengan kecekapan bermain senjata. Mengikut Kamus Dewan, kecekapan ialah kebolehan melakukan sesuatu (seperti kerja) dengan cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu). | Makna | 07.12.2014 |
Selamat pagi tuan, Laksamana Hang Tuah memang terkenal dengan _________ bermain senjata. Kecekapan atau ketangkasan? Yang mana paling sesuai untuk ayat di atas? | Laksamana Hang Tuah memang terkenal dengan kecekapan bermain senjata. Mengikut Kamus Dewan, kecekapan ialah kebolehan melakukan sesuatu (seperti kerja) dengan cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu). | Makna | 07.12.2014 |
Apakah perbezaan antara pucuk dan laras (penjodoh bilangan) | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pucuk ialah penjodoh bilangan bagi surat (senjata api dan lain-lain). Laras ialah penjodoh bilangan (bagi senapang), pucuk. Oleh itu, persamaannya ialah kedua-duanya boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk senjata api. | Makna | 26.07.2011 |
apakah maksud telap dan tiris? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, telap bermaksud 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilukai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanahnya tanah liat yg tidak ~ air. Manakala tiris bermaksud 1. bocor (atap, perahu, bekas air, dll): bumbung rumahnya ~; dijahit layar mana yg robek, biduk ditambal mana yg ~; 2. meleleh (menerusi lubang atau celah), menitis, menitik-nitik: air dlm tanah terus ~ menerusi bumbung gua itu; air digenggam tiada ~ prb sangat berhati-hati mengeluarkan wang; | Lain-lain | 01.07.2010 |
Adakah kedua-dua ayat berikut betul dari aspek tatabahasa? 1) Oleh kerana kelaparan, dia terpaksa mencuri. 2) Ianya salah di segi undang-undang untuk memiliki senjata api. Terima Kasih. | Kedua-dua ayat kurang tepat dari segi tatabahasa. 1) Adakah kedua-dua ayat berikut betul dari aspek tatabahasa? Ayat yang tepat - Oleh sebab kelaparan, dia terpaksa mencuri. 2) Ianya salah di segi undang-undang untuk memiliki senjata api. Ayat yang tepat - Salah di sisi undang-undang memiliki senjata api. | Tatabahasa | 29.06.2011 |
apakah maksud seligi nibung? yang manakah betul antara bagitahu/bagitau? | Seligi nibung ialah sejenis senjata tajam daripada nibong. Kedua-dua kata 'bagitau' dan bagitau' adalah bahasa pasar/ bahasa percakapan. Perkataan yang betul ialah beritahu. | Tatabahasa | 28.08.2008 |