Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.tal] | سنتل

Definisi : ; menyental 1. menggosok dgn kuat (supaya bersih), mengganyah: dia sudah ~ badannya dgn sabun lebih dua kali sewaktu mandi tadi; 2. bk, ki makan (hingga habis); 3. ki mengambil hak orang lain (tanpa ke-benaran), mencuri, mencopet: semalam pen-curi telah masuk kampung dan ~ tiga buah basikal; menyentalkan menggosokkan keras-keras, mengganyahkan; sentalan hasil atau tindakan menyental: ~ ini menanggalkan sel kulit yg telah mati; penyental alat utk menyental: batu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.tal] | سنتل

Definisi : ; menyental menggosok kuat-kuat supaya bersih, berkilat dll: ~ lantai dgn berus dawai. sentalan gosokan yg kuat supaya bersih, berkilat dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sental
Kata Terbitan : menyental,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah 'skrub' wujud atau diterima pakai dalam bahasa melayu menggantikan scrub dalam bahasa inggeris?Tisdak ada perkataan "skrub" dalam bahasa Melayu. Padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "scrub" ialah sental, gosok dan ganyah.Istilah28.01.2016

Kembali ke atas