Nama-nama yang dimohon ke DBKL adalah seperti berikut : 1) "RESIDENSI RIVERVILLE" 2) "RIVERVILLE SENTOSA" 3) "SENTOSA RIVERVILLE" Merujuk kepada ulasan DBP, penggunaan perkataan "RIVERVILLE" boleh digunapakai. Saya ingin mendapatkan pengesahan berkenaan perkataan tersebut memandangkan ia adalah gabungan perkataan Inggeris & French. (disertakan lampiran untuk rujukan) | Untuk makluman, pengesahan yang diberi adalah untuk RESIDENSI RIVERVILLE, bukan "RIVERVILLE" sahaja. Pengesahan diberikan kerana bentuk tersebut adalah betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu, iaitu "RESIDENSI" di depan dan "RIVERVILLE" di belakang. Dalam konteks tersebut, kami berpendapat "RIVERVILLE" sebagai nama khas yang diberikan kepada tempat tersebut. Kami tidak boleh memberi ulasan tentang perkataan tersebut kerana "Riverville" bukan perkataan bahasa Melayu. Kami hanya memberi khidmat nasihat untuk perkataan bahasa Melayu. | Lain-lain | 27.11.2013 |
MAKNA PERKATAAN "SENTOSA" DAN "VILLA" SECARA TERPERINCI. | Sentosa bermaksud aman dan tenteram,bebas daripada segala bencana,sejahtera, selamat. Vila bermaksud rumah yang besar dan mewah yang terletak di luar kota atau di tempat peranginan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1456 dan 1790. | Makna | 06.03.2008 |
Salam, antara berikut, yang manakah lebih tepat? 1. 'Persatuan Ibu Tunggal' atau Persatuan Ibu-ibu Tunggal'. 2. 'Rumah Anak Yatim Sentosa' atau Rumah Anak-anak Yatim Sentosa' Tujuan saya bertanyakan soalan ini adalah kerana 'persatuan' dan 'rumah' sudah menjadi satu entiti yang menyeluruh (merangkumi banyak dan besar serta sudah pastinya mengandungi lebih daripada 1orang, 1benda dan sebagainya). Jadi, mengapakah perkataan selepas itu perlu digandakan (jika jawapan yang betul memerlukan kata ganda)?Sekian, terima kasih. | Frasa yang tepat ialah "Persatuan Ibu Tunggal" dan "Rumah Anak Yatim Sentosa". | Tatabahasa | 08.07.2013 |
1." Saya berasal daripada keluarga yang aman" dan " Ali sekeluarga berasal daripada keluarga yang aman" Minta Tuan beri pendapat sekiranya terdapat kesilapan pada ayat di atas. 2."mi laksa" adakah perkataan ini boleh digunakan bersama? | 1. Kedua-dua ayat tersebut adalah kurang tepat daripada aspek pemilihan katanya. Kata 'aman' bermaksud tenteram dan sentosa lazimnya digunakan dalam konteks negara, seperti dalam ayat 'Malaysia merupakan negara kecil tetapi aman dan makmur; dan tidak digunakan dalam konteks keluarga. Begitu juga dengan penggunaan kata 'berasal' dalam ayat tersebut, lazimnya merujuk asal usul keluarga daripada golongan miskin, kaya, atau keturunan mulia, hina dan sebagainya. 2. Mi dan laksa adalah sejenis makanan yang berbeza antara kedua-duanya. Penggunaannya berdasarkan jenis masakan yang disediakan sama ada mi atau laksa. | Tatabahasa | 09.03.2011 |
Salam Sejahtera. Ada tidak DBP menerbitkan satu kamus khas yang berkaitan kata pinjaman dari bahasa lain. Sebagai contoh " Kamus Bahasa Melayau dari Pinjaman kata Bahasa Arab" Terima Kasih. | Belum ada kamus khusus kata pinjaman daripada bahasa Arab terbitan DBP. Walau bagaimanapun dalam Kamus Dewan pada entri kata tertentu dilabelkan sebagai Ar yang bermaksud etimologi kata itu daripada bahasa Arab dan diikuti maknanya dalam bahasa Melayu. Contohnya, pada entri kata tabaruk ditulis "Ar diberkati, berbahagia, selamat, sentosa". | Lain-lain | 21.05.2013 |