maksud sentral | Sentral ialah central dalam bahasa Melayu atau pusat. | Makna | 11.06.2010 |
Bagaimana pula dengan Ulu Tiram Sentral ? Bolehkah ia dirujuk sebagai stesen pengangkutan awam bas dan teksi di Ulu Tiram? | Mengikut Kamus Dewan, sentral boleh merujuk maksud yang menjadi pusat (pejabat-pejabat dan lain-lain), ibu (pejabat dan lain-lain). Maka, daripada makna ini, kita melihat adanya contoh KL Sentral yang bukan sahaja pusat pengangkutan awam juga kedai, restoran, dan pejabat. Dari aspek bahasa, Ulu Tiram Sentral boleh sahaja merujuk sebagai stesen pusat pengangkutan awam(bas dan teksi). Sukacita kami mencadangkan tuan mendapatkan kepastian dengan pihak PBT di tempat tuan sama ada penggunaan ini dibenarkan atau tidak dari aspek undang-undang kerajaan tempatan pula. | Makna | 28.08.2014 |
Perodua Sentral | Sila kemukakan soalan dengan jelas. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. | Lain-lain | 17.03.2015 |
BOLEH KE KITA MENGGUNAKAN NAMA HOTEL SENTRAL METRO DAN APAKAH MAKSUDNYA | Boleh. Sentral bermaksud 1. di tengah atau pusat; pasar ~ pasar yg terletak di tengah bandar; 2. (pejabat dll) yg menjadi pusat (pejabat-pejabat lain dll), ibu (pejabat dll); pemerintah ~ pemerintah pusat, manakala metro/metropolitan berkenaan dgn bandar raya utama dlm sesebuah negara. | Istilah | 09.06.2010 |
tukarkan perkataan rumi ke jawi PASAR BESAR MELAKA SENTRAL | PASAR BESAR MELAKA SENTRAL -ڤاسر بسر ملاک سينترل | Ejaan | 30.09.2015 |
Tuan, 1. Mohon khidmat nasihat tuan berhubung nama kawasan pemajuan yang sesuai, iaitu sama ada: i. Pusat Komersil Intan Sentral; atau ii. Pusat Komersil Sentral Intan. 2. Jabatan saya akan menyediakan sebuah papan penceritaan (Storyboard) berkenaan sejarah Bangunan Mahkamah Lama Teluk Intan, setelah merujuk kepada Jabatan Warisan Negara, pihak kami diminta berhubung dengan pihak DBP berhubung penterjemahan versi Bahasa Inggeris. Nasihat tuan berhubung perkara ini. Terima kasih. | Untuk makluman, perkataan "pusat" dan "sentral" mempunyai maksud yang sama dan tidak boleh diletakkan dalam satu frasa yang sama. Oleh itu, nama yang dicadangkan ialah PUSAT KOMERSIAL INTAN | Tatabahasa | 10.09.2014 |
Alami Transformasi Perodua Memperkenalkan Perodua Sentral, cawangan utama pusat jualan dan servis terunggu Perodua. Alami khidmat jualan dan servis serba baru untuk kereta Perodua anda. Semuanya dalam satu di premis yang pertama seumpamanya. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Untuk maklumat lanjut mengenai jualan atau servis, sila hubungi 03-79474600. | Untuk mendapat sijil pengesahan bahasa, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 09.04.2015 |
mohon tulisan jawi untuk nama syarikat berikut: HOTEL SENTRAL KUANTAN Terima Kasih | هوتيل سينترل کوانتن | Lain-lain | 19.06.2019 |
Salam Sejahtera .. ingin minta bantuan untuk perkataan jawi HOTEL SENTRAL KUANTAN terima kasih | هوتيل سينترل کوانتن | Lain-lain | 28.06.2019 |
Assalamualaikum wbt. Pihak kami telah menghantar borang penamaan bangunan untuk diperakukan pada 3.6.16. Nama yang di cadangkan adalah CARDIAC VASCULAR SENTRAL KUALA LUMPUR. Cadangan nama ini di tolak atas alasan tidak menggunakan bahasa melayu. Kami telah jelaskan bahawa penggunaan nama di atas menggunakan nama syarlkat yang didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965. (Dilampirkan di bawah untuk informasi pihak tuan.) Dapat kiranya pihak tuan memberi penjelasan. | DBP tidak mengesahkan nama syarikat yang telah didaftarkan. Nama bangunan mesti mempunyai keterangan jenis bangunan dalam bahasa Melayu di bahagian hadapan nama seperti MENARA, WISMA, BANGUNAN dan sebagainya. Contohnya: MENARA CARDIAC VASCULAR SENTRAL | Lain-lain | 03.06.2016 |