Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; bersentuh 1. kena sedikit pd, ber-hantuk sedikit dgn, mengenai (antara dua benda), bersenggol: penyakit ini berjangkit kerana ~ dgn badan orang yg berpenyakit; 2. bh bersetubuh; bersentuhan 1. berhantukan, bersenggolan, bersinggungan sedikit: kerana disesak orang, ~lah aku dgn gadis itu; 2. ki bersangkut-paut (dgn), berkaitan (dgn); menyentuh 1. mengenai (menyinggung) sedikit, menjamah: dia berasa pipinya di-sentuh orang; 2. melanggar sedikit, terkena pd, terhantuk pd: lengannya luka kerana ~ dawai berduri; 3. memperkatakan secara sepintas lalu sahaja (tidak secara terperinci), menyebut (sesuatu hal): kali ini saya ~ ke-dudukan syarikat-syarikat kilang padi di luar bandar; 4. menyinggung (perasaan), meng-ganggu (perasaan), menimbulkan sedikit (pe-rasaan terharu, sedih, dsb); menyentuhi mengenai, mencecah: langit menjadi gelap-gelita seketika sewaktu tirai benang halus itu mulai ~ bumi; tersentuh 1. terkena (tersinggung) sedikit, terjamah; 2. terlanggar (terhantuk, terkena, tersandung) pd: kakiku ~ batu; 3. diperkata-kan secara sepintas lalu sahaja, tersebut (dlm sesuatu ucapan dll): sudah tentu ada ibu bapa yg menghadapi soal-soal yg tidak ~ lang-sung dlm buku ini; 4. ki tersinggung (perasa-an), terganggu (perasaan), terharu: dia lekas ~; sentuhan senggolan, singgungan: ~ tangan yg takut-takut; kesentuhan 1. kena sentuh, disentuh; 2. dirasuki (dimasuki) orang halus; persentuhan perihal bersentuh (bersenggol, bergesel); penyentuhan perbuatan menyentuh; penyentuh sesuatu yg digunakan utk me-nyentuh (sesungut pd serangga dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sentuh
Kata Terbitan : bersentuh, bersentuhan, menyentuh, tersentuh, sentuhan, kesentuhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh saya tahu perkataan paling sesuai untuk "swipe" Konteks: Please swipe your card here.Bergantung pada konteks yang berkaitan dengan perbuatan tersebut, seperti sentuh atau lalukan (sila sentuh kad anda  di sini atau sila lalukan kad anda di sini).Lain-lain02.07.2017
terjemahan sebenar KAD TOUCH N GO dalam Bahasa Melayu???Untuk makluman belum ada istilah khusus dalam pangkalan data kami untuk "KAD TOUCH N GO." Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang kami cadangkan ialah KAD SENTUH DAN JALAN atau KAD SENTUH DAN LALU.Istilah06.09.2012
Saya nak sentuh semula tentang "Akhir sekali" dan "Akhirnya". Ramai yang mengatakan bahawa "Akhirnya" digunakan dalam format cerita. Apa pendapat pihak tuan?Menurut Kamus Dewan edisi keempat, 'akhirnya' bermaksud kesudahannya yang lazimnya digunakan dalam cerita.Tatabahasa26.02.2007
Apakah aspek yang boleh kita sentuh untuk menjawab soalan bagaimana coaching and mentoring membantu memberi kesan yang baik kepada sesebuah organisasi. Baik seandainya pihak tuan dapat memberikan contoh-contoh sekali. Terima kasih.Padanan istilah bagi "coaching" dan "mentoring"  ialah kejurulatihan dan pementoran, iaitu suatu konsep pemantauan daripada pihak atasan/pengurusan terhadap pekerja bawahan dalam sesebuah organisasi. Sila rujuk buku-buku yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang istilah atau pun menghubungi badan kaunseling institusi berkaitan.Lain-lain25.03.2010
Salam sejahtera, perkara yang ingin saya sentuh di sini hanya berkaitan dengan contoh yang diberikan oleh pihak tuan berhubung imbuhan 'ter-' yang bergabung dengan kata kerja 'duduk' menjadi 'terduduk',Penjelasan tentang perkara itu saya memang jelas dan faham bahawa imbuhan 'teR-' juga merupakan salah satu imbuhan untuk Kata kerja yang salah satunya membawa makna 'dalam keadaan tersedia'. Cuma beza antara 'terduduk' dengan 'terdesak' ialah 'terduduk' tidak boleh didahului atau didiikuti oleh kata penguat sedangkan 'terdesak' boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Oleh yang demikian, saya merumuskan bahawa 'terdesak' dan 'terduduk' terdiri daripada dua golongan kata yang berbeza walaupun kedua-dua kata dasar ini ialah kata kerja (desak dan duduk), iaitu 'terdesak' ialah kata adjektif manakala 'terduduk' ialah kata kerja. Rumusan yang saya buat ini mungkin kurang tepat dan jika ada kesalahan, saya berharap pihak tuan boleh memperbetul kesalahan tersebut. Oleh sebab itulah timbulnya persoalan saya tentang kata penguat yang merujuk kepada darjah penghabisan paling dan sekali yang boleh hadir bersama- sama perkataan terdesak, contohnya 'Dalam keadaan paling terdesak, saya terpaksa meminjam wang daripada ceti haram).Dalam hal ini kita perlu melihat kepada kelas kata tersebut, duduk dan desak ialah kata kerja. Sedangkan darjah penghabisan mengungkapkan penggunaan kata adjektif melalui cara-cara yang dinyatakan. Tidak ada contoh penggunaan paling terdesak/sangat terdesak dalam pangkalan data kami. Penggunaan tersebut tidak gramatis dan mungkin banyak digunakan dalam bahasa Percakapan. Ayat yang betul ialah dalam keadaan terdesak, saya terpaksa meminjam wang daripada ceti haram.Tatabahasa30.01.2013
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan khidmat alihan bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu bagi frasa 'contact sports'. Yang mana lebih sesuai, adakah sukan sentuh / sukan sentuhan / sukan bersentuh / sukan bersentuhan? Atau ada yang lain selain ini? Terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, tiada padanan khusus terjemahan bagi frasa contact sports dalam data kami. Walau bagaimanapun, pihak kami mencadangkan padanan bagi contact sports tersebut ialah Sukan Sentuh.Istilah16.05.2018
Tuan / Puan, Salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan istilah sains dalam BM yang setara dengan istilah sains BI yang berikut: 1) Contact force 2) Non-contact force Sekain, terima kasih.Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk contact force dan non-contact force. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk contact ialah sentuh atau sentuhan dan non-contact ialah tanpa sentuh. Istilah bahasa Melayu untuk force ialah daya dan kuasa. Cadangan padanan istilah bahasa Melayu ialah daya sentuh dan daya tanpa sentuhIstilah14.11.2011
Assalamualaikum. Mohon maklumat: istilah yang sesuai bagi timeline dan touch point. Terima kasih.Timeline = garis masa. Touch point = titik sentuhIstilah03.06.2011
apakah yang dimaksudkan dengan pancainderaPancaindera ialah deria atau alat perasa yang lima : deria bau (hidung), deria rasa (lidah), deria dengar (telinga), deria lihat (mata), dan deria sentuh (tangan).Makna05.12.2007
Salam Satu Malaysia, Berikut merupakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang digabungkan.Tolong semak. 1.a)Hani menghantar e-mel kepada nenek.(dan) b)Hani menghantar e-mel kepada datuk. Hani menghantar e-mel kepada nenek dan kepada datuk? (adakah kata sendi 'kepada' datuk perlu digugurkan seperti kata sendi 'di"? 2. a)Semua komputer ada papan kekunci.(tetapi) b)Tidak semua komputer ada pad sentuh. Semua komputer ada papan kekunci tetapi tidak semua ada pad sentuh.(perlukah perkataan 'komputer' digugurkan selepas tidak semua? Sekian, terima kasih.1. Ayat yang gramatis ialah Hani menghantar e-mel kepada nenek dan datuk dan Semua komputer ada papan kekunci tetapi tidak semua ada pad sentuh.Tatabahasa20.10.2016
123

Kembali ke atas