Assalamualaikum, Mohon penjelasan daripada tuan/puan/cik puan yang budiman, memberi pencerahan kepada persoalan-persoalan saya ini. Antara berikut, penggunaan kata sendi yang manakah lebih tepat dalam ayat di bawah: 1. a) Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan di dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun. Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan di dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun. | Kedua-dua ayat yang diberi adalah sama. Walau bagaimanapun merujuk pertanyaan saudara tentang penggunaan kata sendi, ayat yang betul ialah Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
berminat mendalami bidang penulisan novel/cerpen/skrip drama secara serius, bagaimana saya ingin mendapatkan bimbingan secara online?atau perlu ke bengkel?untuk pengetahuan saya kini bergiat aktif dalam bidang penulisan novel/cerpen tetapi kualiti sentuhan tangan saya itu masih lagi diperingkat 'beginner' kemungkinan cara penggunaan bahasa/kosa kata yang kurang sesuai atau kurangnya ayat-ayat puitis barangkali...apakah tips terbaik untuk menjadi seorang penulis berjaya terima kasih zera | Perkara utama untuk menjadi seorang penulis ialah tuan/puan perlu mempunyai minat/keinginan yang kuat untuk menulis dan mampu menyampaikan maklumat dalam bentuk karya/tulisan yang boleh difahami dan dimanfaatkan oleh pembaca sasaran. Keperluan asas untuk menjadi seorang penulis ialah tuan/puan menguasai ilmu bidang yang hendak ditulis, mempunyai kemahiran bahasa, memahami pembaca sasaran, mengetahui proses penerbitan dan mempunyai komitmen/disiplin yang tinggi. Untuk mengetahui dan memahami hal penulisan dengan lebih mendalami, tuan/puan perlu membaca buku tentang penulisan dan menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau organisasi. Untuk menjadi seorang penulis yang berjaya tuan/puan perlu menulis dan terus menulis. | Lain-lain | 04.10.2010 |
Tuan / Puan, Salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan istilah sains dalam BM yang setara dengan istilah sains BI yang berikut: 1) Contact force 2) Non-contact force Sekain, terima kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk contact force dan non-contact force. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk contact ialah sentuh atau sentuhan dan non-contact ialah tanpa sentuh. Istilah bahasa Melayu untuk force ialah daya dan kuasa. Cadangan padanan istilah bahasa Melayu ialah daya sentuh dan daya tanpa sentuh. | Istilah | 14.11.2011 |