Adakah pihak DBP mempunyai hak untuk menegur pihak seperti KTMB berkaitan tiada penggunaan Bahasa Melayu pada laman web KTMB? Jika ada, semak sekali laman web MyRapid. Saya pelik mengapa mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu dengan alasan laman web digunakan oleh semua orang dari pelbagai negara. Jika ingin dibandingkan, pengguna berBahasa Melayu lebih ramai berbanding yang berBahasa Inggeris. Selain itu, adakah pihak DBP mempunyai hak utk menegur pihak MRT Corp yang menggunakan sesetengah nama stesen bagi Laluan SSP dlm Bahasa Inggeris? Contohnya, Sri Damansara West, Sentul West, KLCC East, Bandar Malaysia North,Serdang Raya South&North dan Cyberjaya North. Lebih enak didengar jika perkataan 'West,East,North,South' ditukar ke Bahasa Melayu seperti KLCC Timur dan Sentul Barat. Harap pihak DBP dapat menyelesaikannya kerana penggunaan Bahasa Melayu semakin hari semakin berkurang. Terima kasih. | Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan pemantauan penggunaan bahasa dalam semua media termasuklah media peragaan dan paparan. Pemantauan kesalahan penggunaan bahasa yang dibuat berserta dengan pembetulannya akan dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan untuk diambil tindakan pembetulan dan sebagainya. Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. Terima kasih kerana peka dengan kesalahan dan perkara berkenaan dan amatlah kami hargai. | Lain-lain | 03.03.2018 |