Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : senyum yg menandakan gembira (geli hati, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : senyum yg menunjukkan kegembiraan seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpul
Kata Terbitan : menyimpul, menyimpulkan, tersimpul, simpulan, kesimpulan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, mohon pencerahan tentang kehadiran perkataan "dengan" dalam ayat ini. Rabbi, Aku Ingin Mengenal-Mu "dengan" Lebih Dekat atau Rabbi, Aku Ingin Mengenal-Mu Lebih Dekat. Terima kasih.Puan,

Ayat yang betul ialah "Rabbi, aku ingin mengenal-Mu dengan lebih dekat". Perkataan "dengan" dalam ayat tersebut merupakan kata sendi nama "dengan" yang membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan. Contoh lain, "Dia menyambut tetamu itu dengan senyum simpul".
Tatabahasa15.04.2019
dengan menggunakan digunakan bersama atau pilih antara satu?contohnya,dengan dan menggunakan digunakan berasingan.Terima kasihKata sendi nama "dengan" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud seperti yang berikut: 
i. membawa maksud bersama-sama atau berserta (Ayah pergi ke pekan dengan ibu.)  
ii. membawa maksud cara sesuatu dilakukan (Dia menyambut tetamu itu dengan senyum simpul.) 
iii. membawa maksud memakai atau menggunakan (Ani melukis potret itu dengan cat air.)
iv. menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama (Orang itu sentiasa sependapat dengan ketuanya.)

Berdasarkan penerangan pada nombor iii di atas, perkataan "dengan" tidak perlu digunakan bersama-sama dengan "menggunakan"  keranan telah membawa maksud "menggunakan".
Tatabahasa02.03.2012
"Kita Melihat dengan mata". Soalan#1: Dari segi tatabahasa, adakah ayat bawah ini betul? atau sepatutnya "Kita melihat dengan mengunakan mata?" Soalan #2: Melihat - kata kerja transitif atau tidak transitif? Soalan #3: Kata Sendi "dengan" sebagai "mengunakan sebagai alat" -- bolehkah diikuti dengan kata nama?Salam sejahtera,

Ayat yang betul, "Kita melihat dengan mata". Berdasarkan Tatabahasa Dewan (halaman 280), kata sendi nama "dengan" berada di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan. Contoh: 1) Sumbangannya kami terima dengan hati terbuka. 2) Dia menyambut tetamu itu dengan senyum simpul.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa22.10.2018
Ayat yang betul ialah Puan Lee pandai menganyam tikar daripada buluh. bolehkah terangkan penggunaan daripada..... kalau ayat "tikar diperbuat daripada buluh" memang betul, kenapa kita tidak boleh gunakan " Puan Lee pandai menganyam tikar dengan buluh". boleh terangkan penggunaan dengan dan daripada. sekian terima kasih.

Kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan unsur perbezaan atau perbandingan. Contoh:

i. Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya
ii. Ukiran itu diperbuat daripada kayu
iii. Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama.


Kata sendi nama "dengan" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud seperti yang berikut: 
i. membawa maksud bersama-sama atau berserta (Ayah pergi ke pekan dengan ibu.)  
ii. membawa maksud cara sesuatu dilakukan (Dia menyambut tetamu itu dengan senyum simpul.) 
iii. membawa maksud memakai atau menggunakan (Ani melukis potret itu dengan cat air.)
iv. menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama (Orang itu sentiasa sependapat dengan ketuanya.)

Tatabahasa04.09.2013
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Dia senyum sahaja apabila disapa. 2. Juruacara itu selit ke dalam penonton di bawah pentas. 3. Selitkan surat ini di bawah pintu. 4. Rakyat jelata datang mengangkat sembah kepada raja. 5. Baju ini sepadan dengan saiz badannya. 6. Mereka sepakat dengan saya. 7. Pertandingan semalam berakhir dengan / diakhiri dengan keputusan seri. 8. Simpul tali itu telah longgar. 9. Tembakan itu sipi. 10. Kami sukacita dapat melancong ke luar negara secara percuma. Terima kasih.Berikut ayat-ayat yang telah dipinda.

1. Dia tersenyum  apabila disapa.
2. Juruacara itu menyelit bersama-sama penonton di bawah pentas.
 3. Selitkan surat ini di bawah pintu.
4. Rakyat jelata datang mengangkat sembah kepada raja.
5. Baju ini sepadan dengan saiz badannya.
6. Mereka sepakat dengan saya.
 7. Pertandingan semalam berakhir dengan keputusan seri.
8. Simpulan tali itu telah longgar.
9. Tembakan itu sipi.
10. Kami gembira kerana dapat melancong ke luar negara secara percuma.
Tatabahasa13.03.2013

Kembali ke atas