Tuan, adakah sama erti kata "senyum" dengan kata "senyuman"? | Senyum, senyuman dan tersenyum mempunyai makna yang hampir sama, namun konteks penggunaan setiap kata mempunyai sedikit perbezaan. Sila rujuk kamus untuk melihat konteks penggunaan kata tersebut. | Makna | 05.05.2015 |
Assalamualaikum, Apakah penjodoh bilangan bagi: 1. Bibir 2. Senyuman | Waalaikummussalam saudari Anzalina, Tidak kesemua perkataan memiliki penjodoh bilangan. Sama halnya dengan perkataan bibir dan senyuman. Kedua-dua perkataan tersebut tidak memiliki penjodoh bilangan. Namun dalam karya kreatif sering digandingkan bahasa puitis seperti seulas bibir dan sekuntum senyuman. | Tatabahasa | 07.10.2012 |
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak terbahagi kepada dua iaitu berbilang dan tak berbilang. Bagaimanakah kita membezakan antara konsep berbilang dan tak berbilang. Berikan contoh. Mengapakah "senyuman" dikategorikan dalam kumpulan "berbilang" padahal senyuman tidak dapat dibilang ? | Encik Rahim terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Encik Rahim setahu saya juga mengikut buku-buku tatabahasa senyuman diletakkan sebagai kata nama am abstrak yang tidak boleh dibilang. Pertanyaan saya daripada manakah Encik Rahim mendapat penjelasan yang mengatakan senyuma itu diletakkan sebagai boleh dibilang. Terima kasih. | Tatabahasa | 10.04.2009 |
selamat petang Adakah ayat berikut betul. 1. Manisnya sungguh senyuman penyambut tetamu itu. terdapat guru menyatakan tidak perlu letak -nya. Macammana pendapay cikgu. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah manis sungguh senyuman penyambyt tetamu itu. | Tatabahasa | 14.10.2008 |
Tuan, Penggunaan kata pemeri yang mana satukah yang betul dalam ayat di bawah? 1) Senyuman adalah satu-satunya perkara yang mampu membahagiakan seseorang seketika, walaupun dari jarak yang jauh. ATAU 1) Senyuman ialah satu-satunya perkara yang mampu membahagiakan seseorang seketika, walaupun dari jarak yang jauh. Mohon tuan sertakan jua penjelasan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Dalam konteks ayat tersebut, kata pemeri yang sesuai digunakan 'ialah'. Akan tetapi, jika perkataan 'ialah' dibuang, itu juga tidak menjadi satu kesalahan. | Tatabahasa | 05.01.2016 |
Salam, Mohon semakan bagi ayat berikut: "Sehelai Pakaian, Seribu Senyuman" | Tiada masalah dengan frasa tersebut, jika untuk cogan kata haruslah disesuaikan dengan konsep yang terkandung serta visual iklan tersebut. | Tatabahasa | 08.04.2014 |
Adakah semua kata nama terbitan berimbuhan akhiran -an ialah kata nama abstrak. Makanan, senyuman, lautan- kata nama konkrit atau kata nama abstrak sebab ketiga-tiganya boleh dilihat tetapi mempunyai imbuhan akhiran -an. | Akhiran -an apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja tertentu, membawa maksud kerja atau perkara atau benda hasil daripada melakukan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 117 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 23.07.2010 |
1)Adakah perkataan menuntun sesuai digunakan di dalam ayat di bawah? - Sofea menuntun wanita tua itu menyeberangi jala yang sibuk itu. 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi tatabahasanya atau perbendaharaan kata?Jika ada, mohon diperbetul. - Sungguh amat manis senyuman gadis yang bertugas di kaunter itu. -Pegawai Pertanian itu sedang berceramah dengan para pekebun kecil. -Peserta diminta berkumpul di gelanggang berhadapan Dewan Kaunselor. -Lengan baju kurungnya senget kerana silap dijahit. - Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. -Perbuatan kamu ini telah jelas salah di sisi undang-undang. 3)Adakah penggunaan perkataan terdedah di bawah salah?Jika ya mohon diperbetul. -Langsir itu terdedah apabila ditiup angin. 4)Apakah jawapan yang paling sesuai bagi tempat kosong di bawah?Adakah kedua-dua jawapan A dan B boleh diterima atau jawapan A yang paling tepat. - Siew Ping amat _________ melayari internet sehingga tidak sedar bahawa malam sudah larut. A. leka B. khusyuk | Ayat ini betul: 1. Sofea menuntun wanita tua itu menyeberangi jala yang sibuk itu. 2. Sungguh amat manis senyuman gadis yang bertugas di kaunter itu. 3. Pegawai Pertanian itu sedang berceramah kepada para pekebun kecil. 4. Peserta diminta berkumpul di gelanggang berhadapan Dewan Kaunselor. 5. Lengan baju kurungnya senget kerana tersilap jahit. 6. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. 7. Perbuatan kamu ini telah jelas salah di sisi undang-undang. 8. Langsir itu terdedah apabila ditiup angin. 9. Siew Ping amat leka melayari internet sehingga tidak sedar bahawa malam sudah larut. | Tatabahasa | 21.08.2014 |
Boleh nyatakan contoh ayat 'cliche' | Padanan 'cliche' dalam bahasa Melayu ialah 'klise' yang bermaksud ungkapan yang sudah terlalu sering digunakan hingga tidak lagi terdapat keistimewaannya atau kesannya. Contoh: dunia tanpa sempadan, kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman. | Istilah | 27.07.2009 |
Bagaimana hendak membezakan kata nama berbilang dan tidak berbilang? Adakah kata nama berbilang "countable noun" dalam bahasa Inggeris? Terjemahan bagi itu kata nama berbilang atau hitung? | Kata nama berbilang ialah kata nama yang sifatnya boleh dibilang. Contohnya satu atau tiap-tiap senyuman, hembusan, bayangan, pendapat, rancangan dan gangguan. Semua kategori kata nama berbilang ini termasuk dalam golongan "Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang ". Manakala kata nama tak berbilang ialah kata nama yang tidak dapat dibilang, contohnya angin, hawa, iklim, kecantikan, keadilan, kesungguhan, keseronokan, keriangan, angkasa dan semangat. Semua kategori kata nama tak berbilang ini termasuk dalam golongan "Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang ". Countable noun ialah kata nama hitung /berbilang. | Tatabahasa | 02.11.2014 |