Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pa.du] | سڤادو

Definisi : sebati, terserap, berjalin: ada lebih kurang 800 kata Sanskrit yg kekal ~ dgn kata-kata Melayu sekarang; pembangunan material dan spiritual hendaklah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepadu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APA DIA WACANA KESEPADUAN DAN JUGA WACANA KERAPIAN? BOLEH JELASKAN SEDIKIT BERSERTA DENGAN CONTOH??Wacana bermaksud kesatuan fikiran sama ada lisan atau tulisan. Sepadu bermaksud satu kesatuan, berjalin. Rapi bermaksud teratur, kemas. Oleh yang demikian wacana yang sepadu dan rapi mempunyai ciri-ciri tersebut. Untuk mendapatkan contoh sila rujuk buku atau makalah berkaitan perkara ini di perpustakaan.Lain-lain17.10.2008
Tuan / Puan Saya sedang menyiapkan abstrak untuk tesis peringkat PhD di dalam bidang kejuruteraan. 1.Bolehkah saya menggunakan istilah nirsentuh sebagai terjemahan kepada istilah BI : contactless? 2. Bolehkah saya menggunakan istilah Sistem Pintar Terkamil sebagai terjemahan kepada istilah BI : Integrated Intelligent System? Saya mengambil istilah terkamil = integrated dengan merujuk kepada istilah Integrated Circuit = Litar Terkamil yang biasa digunakan di dalam Bidang Kejuruteraan Elektrik. panduan dan pedoman dari pihak tuan/puan amat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. -hanif-1. Padanan contact less dalam bahasa Melayu ialah tanpa sentuh.
2. Integrated boleh diterjemahkan kepada kamir dan sepadu. Istilah kamir bagi padanan integrated digunakan dalam bidang kejuruteraan, manakala frasa integrated intelligent system lazimnya digunakan dalam bidang pentadbiran. Kami cadangkan frasa tersebut diterjemahkan kepada sistem cerdas sepadu. Pintar lazimnya digunakan sebagai terjemahan kata smart.
Istilah05.07.2012

Kembali ke atas