Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan mengadakan Perutusan Naib Canselor dan didalam proses penyediaan tema, Naib Canselor telah memilih tema "Sepakat Ihsan, Persada Gemilang". Persoalannya, adakah ayat "Sepakat Ihsan, Persada Gemilang" tersebut merupakan sebuah ayat yang betul dan sesuai digunakan sebagai tema? | Penggunaan "Sepakat Ihsan, Persada Gemilang" kurang tepat. Cadangan kami Warga Sepakat, Persada Gemilang. | Tatabahasa | 11.01.2017 |
Mohon unruk rujukan dan Pembetulan "USAHAWAN PUTATAN SEPAKAT KE ERA KEMAJUAN, BERKHIDMAH TINGGI DAN BERMOTIVASI" | USAHAWAN PUTATAN SEPAKAT KE ERA KEMAJUAN, BERHEMAH TINGGI DAN BERMOTIVASI | Lain-lain | 18.03.2019 |
assalammualaikum saya mohon bertanya boleh berikan maksud ayat di bawah Sepakat Ihsan, Persada Gemilang terima kasih | Berikut makna bagi setiap perkataan: SEPAKAT - setuju, sependirian dan seia sekata IHSAN - perbuatan yang baik, kemurahan hati dan kebaikan PERSADA - tempat Tanah tumpah darah dan taman tempat bersuka-sukaan/berehat-rehat GEMILANG - bercahaya terang-benderang DAN cemerlang
| Lain-lain | 10.01.2017 |
Assalamualaikum, Bolehkah ayat dimulakan dengan "yang", contohnya, "Yang penting, kita mesti sepakat...." | Ayat boleh dimulai dengan kata hubung pancangan relatif yang. Ayat Yang penting kita mesti sepakat betul. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 252. Dua contoh lain penggunaan yang pada awal ayat adalah seperti yang berikut: (i) Yang berjaja kain itu jiran saya. (ii) Yang indah itu bahasa | Tatabahasa | 14.12.2018 |
Assalamualaikum, Apakah cara untuk lihat dokumen - dokumen yang menunjukkan kata sepakat yang berlaku dalam sidang - sidang MABBIM? | Waalaikumussalam, Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang keputusan MABBIM, tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Peristilahan melalui talian 0321479160 (Puan Emyliza). Sekian terima kasih | Lain-lain | 19.02.2017 |
Universiti saya akan mengadakan majlis perutusan Naib Canselor kami. Jadi saya ingin bertanya adakah ayat ini sesuai untuk digunapakai sebagai tema majlis tersebut. Ayatnya ialah SEPAKAT IHSAN, PERSADA GEMILANG. Adakah ayat tersebut daripada segi maknanya sesuai untuk digunakan? Mohon bantuan DBP untuk memberi cadangan dari segi bahasa. Sekian, terima kasih | Untuk makluman, penggunaan perkataan untuk tema yang dipilih kurang sesuai. Berikut makna bagi setiap perkataan: SEPAKAT - setuju, sependirian dan seia sekata IHSAN - perbuatan yang baik, kemurahan hati dan kebaikan PERSADA - tempat Tanah tumpah darah dan taman tempat bersuka-sukaan/berehat-rehat GEMILANG - bercahaya terang-benderang DAN cemerlang Kami mencadangkan supaya pihak puan memilih tema dengan perkataan yang tepat.
| Lain-lain | 10.01.2017 |
Maksud KESEPAKATAN dan huraikan maksud tersebut. | Kesepakatan bermaksud perihal sepakat dan persetujuan. Konteks kesepakatan sesuai dalam sesuatu kelompok masyarakat, rakyat sesebuah negara, ataupun kumpulan sesuatu organisasi. Contoh : kesepakatan dalam dalam membanteras kejadian jenayah di sesebuah kawasan dalam kalangan penduduk taman perumahan. | Makna | 26.02.2007 |
Apakah maksud peribahasa "bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat"? | Maksudnya kata sepakat tercapai dengan mesyuarat. | Tatabahasa | 01.11.2009 |
Selamat petang. Saya dari Majlis Daerah Dalat dan Mukah, Sarawak. Pihak pengurusan dan Ahli Majlis telah sepakat untuk menggunakan visi baru majlis iaitu "Mukah Towards A Vibrant Smart City". Sukacita untuk memohon bantuan daripada pihak tuan untuk melakukan terjemahan yang tepat kerana pihak majlis bercadang untuk menggunkan kedua-dua Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu. Permohonan yang sama telah saya ajukan pada 10 Mei 2017 yang lepas. Sekian, terima kasih. | Terjemahan yang sesuai bagi "Mukah Towards A Vibrant Smart City" dalam bahasa Melayu ialah Mukah Menuju ke Arah Bandar Pintar dan Ceria. | Makna | 15.05.2017 |
Selamat pagi. Saya dari Majlis Daerah Dalat dan Mukah, Sarawak. Pihak pengurusan dan Ahli Majlis telah sepakat untuk menggunakan visi baru majlis iaitu "Mukah Towards A Vibrant Smart City". Mohon bantuan daripada pihak tuan untuk terjemah ke bahasa melayu kerana pihak majlis ingin menggunakan kedua² bahasa kelak | Terjemahan yang sesuai bagi "Mukah Towards A Vibrant Smart City" ialah "Mukah Menuju ke Arah Bandar Pintar dan Ceria" | Makna | 10.05.2017 |