Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pan.du/] | سڤندوق

Definisi : kain dll bertulis yg dibawa dlm perarakan dll utk menyatakan sesuatu kpd orang ramai dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pan.du/] | سڤندوق

Definisi : kain dll yg bertulis dgn sesuatu dan dibawa berarak atau ber­piket. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepanduk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolekah kami menggunakan perkataan 'Kami pakar BANNER dan BUNTING' bagi mendapatkan kelulusan dari pihak perbandaran?Penggunaan yang betul "Kami pakar sepanduk/kain rentang dan sepanduk".Penyemakan dan penterjemahan17.06.2015
Visual SepandukUntuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain18.04.2014
Pemohonan Iklan sepanduk 4kaki X 20kakiAdakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/ papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda.
Lain-lain08.08.2017
Pemohonan iklan sepanduk untuk Romantika Sdn Bhd. bila boleh dapat kelulusan? pemohonan dihantarkan pada 15/5/2017.Permohonan iklan akan dijawab dalam tempoh 3 hari waktu bekerja. Sekiranya terdapat apa-apa masalah pihak tuan boleh menghubungi kami melalui talian 03-21479400/9600/9200Lain-lain17.05.2017
Objek yang dipanggil "sepanduk" (banner) dan "papan tanda" (signboard) dikategorikan sebagai "placard" di dalam bahasa Inggeris, oleh itu adakah perkataan "pelekat" boleh digunakan sebagai padanan kepada perkataan "placard"?

Hal ini kerana kedua-dua "sepanduk" dan "papan tanda" mempunyai persamaan dengan "pelekat" iaitu "sesuatu benda yang mempunyai tulisan atau gambar yang bertujuan memberi maklumat kepada orang yang melihatnya"

Terima kasih.
Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi placard ialah pelekat.


Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan pelekat sebagai 1. sesuatu yang digunakan untuk me­lekatkan (gam, kanji, dsb); 2. helai plastik atau kertas yang mempunyai tulisan atau gambar untuk menandakan sesuatu, biasanya ditampal­kan atau dilekatkan pada sesuatu permukaan: ~ kereta.

Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pelekat.
Penyemakan dan penterjemahan02.10.2014
adakah penggunaan bahasa di dalam sepanduk yang dilampirkan mematuhi syarat dan peraturan bahasa?Singkatan ejaan tgh. dan ptg. perlu ada tanda titik. Untuk pengesahan iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Tatabahasa16.06.2014
adakah penggunaan bahasa di dalam sepanduk yang dilampirkan mematuhi syarat dan peraturan bahasa.Sila buat pindaan dan kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP"
1. Tertakluk pada terma dan syarat
2. 1.00 tgh. - 5.00 ptg.
Tatabahasa10.06.2014
Selamat pagi, pertanyaan saya berbunyi begini. Penggunaan singkatan atau akronim ( UKM, SPRM, TVET). Bagaimanakan penggunaan singkata atau akronim yang betul bagi mencetak sepanduk atau kain rentang yang betu? Adakah boleh terus dengan sinkatan atau akronim atau perlu menulis sepenuh ayat kemudian singkatan atau akronim ditulis dalam kurungan cth: TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION TRAININ (TVET). Sekian terima kasih

Bagi sepanduk atau kain rentang, singkatan atau akronim rasmi sesebuah institusi itu boleh digunakan (contoh: UKM, SPRM, DBP). Walau bagaimanapun, untuk singkatan TVET, perlu dinyatakan nama bahasa Melayu terlebih dahulu, iaitu Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Tatabahasa14.11.2019
Disini saya ingin mendapatkan khidmat tuan/puan dalam penyemakan ejaan bagi sepanduk seperti yang tertera dalam lampiran fail.Untuk pengesahan iklan, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my , klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Puan perlu mendaftar untuk kali pertama dan ikuti prosedur seterusnya.Lain-lain30.09.2013
Mohon kelulusan DBP untuk tujuan penggantungan Banner. Terima kasihUntuk makluman, DBP hanya mengesahkan sepanduk dalam bahasa Melayu. Sila terjemah kepada bahasa Melayu dan hantar semula melalui Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa)Lain-lain03.07.2013
123

Kembali ke atas