penggunaan mana yang betul "telur masak separuh" atau "telur separuh masak" | Telur separuh masak ialah istilah yang digunakan dan terjemahan daripada half-boiled egg. | Lain-lain | 05.08.2016 |
Telur separuh masak atau Telur masak separuh. Mohon penjelasan daripada jawapan yang diberikan. Terima kasih. | Telur separuh masak | Lain-lain | 02.12.2015 |
Kakak meletakkan ( setengah/separuh) jag Milo di atas meja. Ini soalan upsr 2005. Bukankah setengah dan separuh membawa maksud yang sama? | Benar, separuh dan setengah membaca maksud yang sama. Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 10.11.2014 |
Salam Sejahtera Apa beza separuh dengan satu perdua dalam ayat? Bagi ayat berikut: Mesyuarat itu terpaksa ditangguhkan kerana bilangan ahli yang hadir tidak sampai ___________. (separuh atau satu perdua yang lebih tepat) Sekian, terima kasih. | Mesyuarat itu terpaksa ditangguhkan kerana bilangan ahli yang hadir tidak sampai separuh daripada jumlah keseluruhan. | Tatabahasa | 30.04.2015 |
Selamat sejahtera. :) 1. Adakah separuh sama dengan setengah? 2. Hampir ________ daripada murid-murid di dalam kelas itu tidak tahu menulis tulisan khat. A. separuh C. sebilangan B. setengah D. sesetengah 3. Adakah bahkan = malah = malahan ? 4. Beliau bukan sahaja pemurah ________ prihatin terhadap rakyat miskin. A.malah B. walaupun C. bahkan Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, separuh bermaksud 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; manakala setengah pula bermaksud 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah. | Lain-lain | 31.05.2017 |
apakah perbezaan antara "setengah " dengan "separuh"? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, separuh bermaksud 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; manakala setengah pula bermaksud 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah. | Istilah | 04.08.2010 |
Penggunaan ayat dalam surat separuh rasmi, dan mencari ayat yang sesuai untuk membuat surat teguran dan surat maklum balas | Saudara, Ayat dalam surat separuh rasmi hendaklah ayat atau bahasa yang rasmi memandangkan bahawa pihak yang akan menerima surat tersebut ialah badan atau institusi rasmi. Bagi soalan kedua diharap dapat mengemukakan soalan dengan lebih jelas. | Lain-lain | 10.08.2010 |
Perlawanan itu menjadi semakin hebat pada separuh kedua masa itu. munsyi, bagaimanakah betulkan ayat ini? TQ | Ayat yang betul ialah: Perlawanan itu menjadi semakin hebat pada separuh masa kedua. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Kata bilangan pecahan: Bilakah kita patut meletakkan kata sendi nama 'daripada' selepas kata bilangan pecahan? Bilakah kita tidak perlu meletakkan kata sendi nama 'daripada' selepas kata bilangan pecahan? Contoh ayat: Yang manakah gramatis? 1. Ali meghabiskan dua perlima gajinya untuk sewa rumah. atau Ali menghabiskan dua perlima daripada gajinya untuk sewa rumah. 2. Ali makan setengah kek itu. atau Ali makan setengah daripada kek itu. 3. Ali bekerja setengah hari semalam kerana dia ada temu janji dengan doktor. Mengapakah dalam ayat (3), kata sendi nama 'daripada' adalah tidak perlu? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Ali menghabiskan dua perlima daripada gajinya untuk sewa rumah. 2. Ali makan setengah daripada kek itu. 3. Ali bekerja separuh hari semalam kerana dia ada temu janji dengan doktor. Lazimnya dalam konteks rasmi kita menggunakan perkataan separuh seperti separuh hari dan separuh gaji, separuh hari ialah frasa bukan perbandingan seperti dalam ayat 1 dan 2. Untuk lebih jelas, lihat ayat ini. | Tatabahasa | 11.04.2014 |
Encik Rashid telah membeli .................... hektar kebun getah di Johor. a. seluruh b. separuh c. setengah d. sebahagian minta penjelasan jawapan..saya agak keliru.. | Encik Rashid telah membeli setengah hektar kebun getah di Johor. Walaupun separuh boleh membawa maksud setengah, lazimnya perkataan yang digunakan ialah setengah hektar. Seluruh hektar tidak digunakan kerana lazimnya dinyatakan dalam jumlah yang sebenar seperti dua hektar. | Tatabahasa | 15.05.2015 |