Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.per.jua.ngan] | سڤرجواڠن

Definisi : sama-sama berjuang: ka­wan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seperjuangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan teman yang biasanya digunakan oleh penutur jati Bahasa Indonesia. Adakah betul penggunaan teman dalam penulisan Bahasa Melayu di sekolah rendah umumnya? Contoh ayat : Saya dan teman-teman ingin ke kedai. Penggunaan teman dikira sebagai arbitrari di Indonesia, tetapi tidak di Malaysia. Adakah salah jika guru menyatakan penggunaan teman tidak sesuai atau salah dalam pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah?

Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 2300 dan 2301 mentakrifkan “teman” sebagai orang yang dikenali dan mengenali. Perkataan ini diiktiraf sebagai kosa kata sah dalam bahasa Melayu bagi merujuk “rakan atau kawan”. Namun, dalam penggunaan di Malaysia, perkataan “rakan” atau “kawan” lazim digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan “teman” tidak dianggap salah bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat, contohnya “Ali merupakan teman seperjuangan saya ...”.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=TEMAN.

Lain-lain08.07.2025

Kembali ke atas