| Assalamualaikum team DBP. Saya sedang menjalankan kajian bertajuk "Pertumbuhan antara negeri di Malaysia". Jadi saya ingin bertanya jika saya hendak menulis tajuk yang kesemua awalan huruf adalah besar, adakah saya perlu menulis "antara" dengan huruf A besar seperti ini - "Pertumbuhan Antara Negeri di Malaysia". Ataupun seperti ini - "Pertumbuhan antara Negeri di Malaysia". Terima kasih banyak atas perhatian tuan/puan. Selamat berpuasa. | Penulisan tajuk yang betul ialah "Pertumbuhan antara Negeri di Malaysia". | Ejaan | 16.05.2020 |
| Bolehkah kita membina ayat seperti ini: “Adik memadam papan hitam dengan bersih.” Terima kasih. | Ayat yang dibina betul. | Tatabahasa | 28.03.2020 |
| Bolehkah istilah berikut diterjemah seperti ini? 1)student cohesiveness --> keakraban pelajar 2) Open- endedness--> keterbukaan | Terjemahan yang dicadangkan boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.11.2019 |
| Tuan/Puan, Bolehkah istilah berikut diterjemah seperti ini? 1)student engagement in school --> penglibatan pelajar di sekolah Terima kasih | Terjemahan "penglibatan pelajar di sekolah" boleh diterima. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.12.2019 |
| adakah "Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12)" di eja seperti ini atau cukup sekadar "Rancangan Malaysia Ke-12" | Frasa "Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12)" dan "Rancangan Malaysia Ke-12" adalah betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 15.03.2023 |
| Maaf, saya ingin bertanya betulkah jika saya bina ayat seperti ini. Nenek kepada Pooja selalu menghidangkan pelbagai juadah kepada kamu. Adakah betul penggunaan ayat saya? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Nenek Pooja selalu menghidangkan pelbagai juadah untuk kamu. | Tatabahasa | 28.05.2020 |
| Salam sejahtera. Adakah ejaan "wara-wara" setelah menerima imbuhan apitan seperti ini "mengwara-warakan"? Mohon penjelasan. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah mengwara-warakan, contoh penggunaannya: Sila rujuk stesen radio yang mengwara-warakan isu tersebut. | Ejaan | 29.10.2022 |
| Pada bahagian field juga saya tidak beberapa pasti . Ayat nya seperti ini , System error! Invalid field type ?0! dan saya menterjemah kepada Ralat sistem! Jenis medan tidak sah ?0! | Cadangan jawapan bagi terjemahan tersebut ialah Sistem ralat dan Jenis medan tidak sah. | Lain-lain | 19.01.2022 |
| perkataan “asyik” - bolehkah ia digunakan sebagai contoh ayat Bahasa Melayu seperti ini “Ali, kamu sangat asyik!” untuk memberi makna Ali itu seseorang yang menyeronokkan? | Perkataan “asyik” kurang sesuai digunakan dalam contoh ayat yang diberikan. Asyik bermaksud menaruh berahi atau perasaan cinta yang amat sangat (terhadap seseorang), berahi (akan), cinta (akan) dan sedang sibuk, leka (dengan sesuatu), khayal (melakukan sesuatu). Perkataan yang lebih sesuai ialah menghiburkan, menggirangkan dan menggembirakan. | Lain-lain | 24.02.2021 |
| Adakah menjadi satu normalisasi penggunaan perkataan liburan pada masa kini. Penggunaan perkataan seperti ini tidak menjadi satu kebiasaan pada tahun 90an dan 2000an dahulu terutama untuk sesuatu artikel rasmi. Sila rujuk lampiran | Lampiran tidak boleh dibuka. Sila hantar semula soalan berserta lampiran yang boleh dibuka. Gambar tangkap layar tidak boleh dibuka. | Makna | 20.10.2025 |