Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
seperti (kata tugas)
Bersinonim dengan laksana, ibarat, umpama, bak, bagaikan, macam, serupa.,

Peribahasa

Seperti pucuk pohon ru;
     ke mana ditiup angin ke situlah melentur.

Bermaksud :

Tidak tahu berfikir sendiri, senantiasa mengikut kemahuan orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di dalam ayat berikut perkataan yang lebih sesuai digunakan. 1. ..... perkara seperti mana yang dipohon atau 2. ....perkara seperti mana yang dimohonBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon ialah minta atau minta izin, manakala kata pohon bermaksud meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat kata yang lebih sesuai ialah dimohon.Ejaan04.11.2014
Ejaan 'sepertimana' dieja 'seperti mana' atau 'sepertimana'; atau tidak wujud penggunaannya? Atau ada perkataan yang lebih sinonim untuk digunakan di dalam surat/dokumen rasmi. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah seperti mana.Ejaan05.08.2019
Salam tuan, Minta penjelasan tentang perkara di bawah : 1. Penggunaan perkataan: bila mana , seperti mana. 2. Boleh ke digunakan awalan me untuk memakan / meminum 3. Mampan atau mapan 4. wujud ke tak perkataan merbahaya.

Saudara,

Bilamana bermaksud apabila, apakala atau ketika dan sepertimana bermaksud sebagaimana atau seperti. Imbuhan me... boleh digunakan untuk kedua-duanya.  Padanan bahasa Melayu untuk istilah sustainable ialah mampan manakala untuk established pula ialah mapan. Tidak wujud dan perkataan yang boleh digunakan antaranya marabahaya atau berbahaya. Terima kasih.

Makna01.02.2011
Yang manakah yang betul ejaan bagi rangkai kata yang berikut: 1. 'sejauhmanakah' atau 'sejauh manakah' 2. 'sepertimana' atau 'seperti mana' 3. 'Ketua-Ketua Menteri' atau 'Ketua-ketua Menteri'1. sejauh manakah
2. seperti mana
3. Ketua-ketua Menteri
Tatabahasa10.07.2013
Perkataan 'seperti mana' adalah satu perkataan atau dua perkataan?Ejaan yang betul ialah sepertimana.Ejaan05.07.2013
mana satu betul, Dato' Seri Najib atau Datuk Seri Najib, apapun atau apa pun, sepertimana atau seperti mana, Orang Asli atau orang asli, Tan Sri atau Tan Seri, Allah SWT atau Allah S.W.T. , pribumi atau peribumi, bumiputera b huruf besar atau kecil, ada kala atau adakala, senjakala atau senja kala, kerap kali atau kerapkali, Tunku ARahman Putra Al-Haj atau al-Haj, Alor Setar atau Alor Star, hub atau hab, titik tolak ada - atau tiada, perihatin atau prihatin, sembahyang Zohor, zohor atau Zuhur, mentua atau mertua,

Jawapan yang betul ialah 1. Dato' Sri Najib. 2. apa pun. 3. seperti mana. 4. orang Asli. 5. Tan Sri. 6. Allah SWT. 7. peribumi. 8. bumiputera. 9. adakala. 10. senjakala. 11. kerapkali. 12. Tunku Abdul Rahman Putra al-haj 13. Alor Star. 14. hab. 15. Titik tolak bermaksud perkara yang menjadi bahan atau yang digunakan untuk membuka perbincangan (huraian dll) tentang sesuatu; sesuatu yang menjadi dorongan untuk permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan dll). 16. prihatin. 17. sembahyang zuhur.

Lain-lain02.09.2010
Salam tuan... Ejaan manakah yang betul : 1.seperti mana atau sepertimana 2.ku ambil atau kuambil 3. deraf atau draf 4.skim atau sekim 5.pelaksanaan atau pelaksanaan 6.datok atau dato 7.periok atau periuk 8.enjin atau engin 9.walaupun atau walau pun 10.keset atau kaset 11.professor atau professor 12.trajedi atau tragedi 13.television atau televisyen 14.jawatankuasa kuasa atau jawatankuasa 15. estatika atau estitika 16.geran atau gran 17.logic atau logik 18.sambong atau sambung 19.awet atau awit 20.bataliun atau batalion 21.saikologi atau psikologiEjaan yang betul:
1. sepertimana
2. kuambil
3. draf
4. skim 
5. pelaksanaan 
6. Dato' (kurniaan daripada sultan/raja), Datuk (anugerah daripada  Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri)
7. periuk
8. enjin 
9. walaupun 
10. kaset
11. professor 
12. tragedi
13. televisyen
14. jawatankuasa
15. estetika
16. geran
17. logik
18. sambung
19. awet
20. batalion
21. psikologi
Pada masa akan datang, sila rujuk kamus atau layari laman web kami www.dbp.gov.my.
Ejaan22.12.2015
Saya ingin bertanya penggunaan perkataan i. sepertimana /seperti mana ii. agar / supaya iii. berhubung/mengenai/berkenaan boleh berikan contoh sekaliSepertimana bermaksud sebagaimana, ... sepertimana yang tercatat dalam dokumen perjanjian. Untuk melihat contoh penggunaan perkataan yang lain, sila rujuk laman web DBP.Tatabahasa24.10.2014
Ejaan terkini yang diguna pakai bagi perkataan "seperti mana" atau "sepertimana". Pohon pencerahan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah 'sepertimana'.Ejaan16.07.2014
Bolehkah dimulakan ayat begini dalam surat rasmi' 'Seperti mana pihak tuan sedia maklum, pihak universiti telah meluluskan peruntukan....Lazimnya permulaan ayat berbunyi "Sukacita dimaklumkan bahawa pihak universiti telah meluluskan peruntukan ... dan tidak ada dalam pangkalan data kami ayat yang bermula dengan perkataan sepertimana.Tatabahasa21.06.2012
12345678910...

Kembali ke atas