Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sépét) kuyu, kecil sedikit (mata): mata-nya ~ juga, macam mata orang Cina; menyepetkan menjadikan kelihatan sepet, menguyukan (mata). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jk 1. sepat, kelat; 2. rasa tidak enak (mata), rasa sakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /sépét/ kecil dan tertutup sedikit kelopak matanya (spt mata orang Cina). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepet


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SOALAN - MENYIPIT

Ejaan yang betul ialah sepet dan kata terbitannya menyepetkan.


sepet
(kata adjektif) kecil dan tertutup sedikit kelopak matanya.

menyepetkan (kata kerja transitif) [kata pasif: disepetkan, sepetkan]

menjadikan (mata) kelihatan sepet.


Kata menyepetkan tidak sesuai digunakan dalam ayat yang diberikan.

Dicadangkan: Matanya melirik manja saat dia ketawa menjadikan raut wajahnya itu tampak lebih manis dan menawan.

Sila layari PRPM https://prpm.dbp.gov.my/ atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat tentang kata tersebut dalam bahasa Melayu.

Makna09.09.2024
Apakah kata lawan kepada sepet iaitu keadaan kelopak mata yang ada dua garisan.

Saudara/Saudari,

Lawan kepada mata yang sepet lazimnya digunakan bundar dan bulat.

Lain-lain10.09.2012

Kembali ke atas